13 Jun 2017

RESIPI KUIH LAPIS DARI DAPUR KECIL KAKINA

Assalammualaikum semua 
Apa khbar harini ya...Dah setengah bulan kan kita menjalani ibadah berpuasa....Seronok tak?
Perut kempis...badan sihat...Perut dapat rest daripada bekerja....kan

Hari ni kakina nak share pulak cara membuat #KUIH LAPIS...ya..
Teringin nak membuat...jom lah...kita cuba...jangan kata tak tahu tau...Sebenarnya kan, anda bukan tak tahu .Alasan tak reti tak tahu tu semua cakap je...Bak kata nak seribu daya tak nak seribu dalih...BETOL tak..


RESIPI KUIH LAPIS DARI DAPUR KAKINA

Bahan-bahanya :-

2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
4 cawan air ( 1 cawan santan pekat + 3 cawan air )
1 cawan Gula Pasir
Sedikit perisa rose
Sedikit pewarna merah
Garam

Cara-caranya :-

Satukan tepung gandum, tepung beras,tepung jagung,gula,santan juga air ,garam dan perisa rose kedalam blender...
Blender hingga betul-betol halus...dah siap bagikan dua bahagian...satu merah satu lagi ikut suka..
Panaskan pengkukus...bila air dah mendidih..masukkan satu warna dulu dalam 200ml dan kukus selama 10minit dan diikuti lapisan kedua...hingga lah habis...

LAST lapisan kena kukus dalam setengah jam bagi betol2 masak..
Dah siap masak bagi sejuk dahulu sebelum dihidangkan...

Selamat mencuba sahabat-sahabt kakina, ingin membuat tempahan boleh saja
sila wssp kakina ditalian 017 2785151

Untuk mencari shaklee pon boleh juga...

#kuihkampungsememangidamankesukaankamiseklurga
#resipimudahsedap
#resipidaridapurkakina

.............next episode...nantikan pelbagai resipi dari dapur kecil kakina................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan