31 Disember 2019

ALLAH PINJAMKAN HANYA SEKETIKA - LOLA DALAM KENANGAN

Kisah si kecil LOLA...hidupnya hanya beberapa bulan...saja...
Anak kucing jenis biasa-biasa je... kucing kampung...

Anak dara kakina jumpa sebelum puasa dan berakhir pada september 2019...




KUCING


Lola bukan nama asal si kecil ni...Sebenarnya anak kakina jumpa anak kucing ni di bus stop..sewaktu balik dari kelas...menangis mencari ibu...tah siapa tah buang dia di bus stop...

Sifat naluri sayangkan binatang yg ada pada anak2 kakina memang tak dinafikan...kalau boleh semua kucing yang dia nampak terbiar nak bawak balik je...tapi tak boleh...sebab dirumah memang dah banyak kucing...



LOLA DALAM KENANGAN

Tapi dah kata tak boleh..anak tetap bawak si lola ni balik rumah...
waktu memang kakina tak tahu...tiba2 balik dari kerja ...
anak kakina cakap " mama , adik ada bawak sekor tu dalam bakul...kasihan menangis je...lapar...ibunya tak der..dan banyk pulak kenderaaan lalu lalang...adik takut lah nanti dia kena langgar..tu adik bawak balik...boleh kan mama...

Adik...kan dah bawak balik ni...tak pe lah..next no tau....
rumah ni bukan ada sekor tapi ada 10 ekor...kang payah anak2 comel ni bekejaran...makan minum in sha allah..mama ikhtiarkan...klinik...pon sama...kita share sesama rezeki yang allah bagi...pada anak2 comel semua...

Suami kakina jeling je..masa dapat tahu ada lagi kucing dibawak balik....
siap sound gak lah...jangan bawak balik lagi....

Dari hari tu bermula kehidupan si Lola dirumah kakina...bersama kucing yang ada dirumah...MARU,CHIRO, IMU,BELLA,DIBO,LILY,COMOT,OSHI,DOLLY dan DEKU...

Mula mula memang semua dok pelik sebab tambah ahli..dalam rumah kan..masing masing dok cium...ada yang marah ada yang buat tak layan...tapi tak lama..dalam 2 minggu semuanya oky main bersama..makan bersama....

Lola terlalu kecik..dan kurus...lemah ketika tu...mukin juga kasih sayang dari ibu dah lama hilang...dan dik kerana bulu yang tak cantik tu yang dibuangnya...sampai hati kan  ada manusia yang bersifat begini..cantik ko bela ..hodoh ko buang...Tapi tak mengapa lah ...kami anak beranak memang tak kisah semua tu..yang penting niat kami membantu semampu yang boleh...agar LOLA kembali sihat..



LOLA DALAM KENANGAN


Lola paling rapat dengan OSHI...dan DEKU...
Dimana ada OSHI disitu ada LOLA
Dimana ada DEKU disitu lah LOLA...
OSHI dah macam ibu LOLA
DEKU dah macam abang LOLA....



LOLA DALAM KENANGAN


Lola dah kakina bawak  Vaksin sekali sambil buat chekup badan LOLA samaada oky ke tidak...NEXT MONTHNYA sepatutnya  nak buat yang ke 2...tak kesampaian sebab LOLA demam...doctor cuma bagi ubat demam dan antibotik saja...allhmdulillah LOLA sihat selepas tu...risau juga tengok keadaannya sebab dari keadaan Lola YANG setabil badan pon mula nak naik jadi drop semula...Mukin juga sebab dah berjemur berpanas berhujan....BODY LOLA jadi wek..lemah...

Ketika hari raya sebelum ni..kakina dan kelurga ada bawak LOLA balik kampung...allhmdulillah si kecil ni serasi di kampung...bermain bersama MARU,COMOT,OSHI....sebab memang kakina bawak 4 ekor termasuk LOLA balik ke JOHOR rumah mak kakina...


KUCING

Balik dari kampung keadaan Lola masih oky...semakin rapat dengan yang lain...sekali lagi kakina bawak Vaksin tapi sekali lagi juga doctor kata suhu badan LOLA panas...tak boleh buat vaksin...Tertangguh dah..jadi kena repet semula Vaksin pertama NEXT MONTH nya...

Bila tak dapat Vaksin...kesihatan LOLA merundung...
Mukin sebab terlalu kecik dan muda...bakteria mudah attack...dan terjadi lah perisitiwa sedih kami anak beranak...
LOLA pergi akhirnya...meninggalkan kami...maaf sayang mama tak kuat diatas kehilangan mu..



LOLA DALAM KENANGAN

Allhmdulillah beberapa bulan perginya LOLA...kami dapat mengharungi hari-hari dengan lebih tenang...boz ada lagi 10 ekor anak2 bulus yang menceriakan kami...

Sebenarnya untuk info semua terutama pencinta anak bulus...buat lah Vaksin untuk setiap anak bulus yang kita bela demi kesihatan bersama...
Bila kita mula2 vaksin kucing...tu ada 3 kali ni semua kena buat secara berturut tanpa miss ya...sebab bila kita ter miss date..kita kena ulang semula tau...boleh je buat awal seminggu dari date yang ditetapkan atau lebih seminggu dari date...Tak boleh terlebih over hingga 2 minggu ya...

Dan bila dah complet 3 kali dan bertutur dalam 3 bulan....
Akan ada lagi Vaksin setiap tahun tau...
Jaga lah anak2 bulus macam keluarga kita juga..sayangi lah ..
Jaga kebajikan ...nya
Jaga kesihataan...demam batuk selesma...

Datang dan perginya kucing membawa seribu makna dalam kelurga kami...

#kucingkami #MyLoveMyCat.. #MyFamilyCat #MARUCHIROCOMOTIMULILYOSHIDIBODEKUDOLLYBELLAanak2buluskami

27 Disember 2019

BETAPA PENTINGNYA KALSIUM PADA BADAN MANUSIA ( Pengedar Batu caves Selayang )

Kalsium tu apa sebenarnya dan dari mana ? Sayur-sayuran atau buah-buahan...
Agak2 dari mana ya...? Perlukah kita mencukupi kalsium dalam badan kita ? Anda rasa bagaimana ? 

Sebab ramai diantara kita ni memang kurang ambil kisah tentang keperluan kalsium dalam badan ...
BETOL tak?
Kalau tak betol sory lah...Kalau betol...ha apa lagi...cepat lah bertindak demi kesihatan juga tulang badan kita sememangnya perlukan kalsium...

Berapa banyak keperluan kalsium harian , adakah anda ketahui ?
If not meh kakina share sikit...ya....kita belajar jika tak tahu...dah tau..kita baca je..untuk tambah ilmu...kan elok...

KALAU nak tahu KALSIUM diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis

Ada setengah nya berkata -  kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Mari kita kenali banyak mana keperluan kalsium dalam badan seseorang tak kira lah anak2 , golongan dewasa..or vetern...


KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN


Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli.

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik.


KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. 

Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).


KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN


Kalsium juga penting pada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang lebuh bermutu pada anak yang menyusu juga bagi mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh badan .Ini kerana dalam 99% tubuh adalah dipenuhi dengan kalsium yang mana diperlukan untuk rambut, kuku,tulang, gigi dan 1% yang ada adalah untuk perbanyakkan air susu bagi pelengkap makanan...

Bagi ibu2 menyusu dengan mengamalkan ostematrik dapat juga mengatasi rasa lenguh badan serta membantu daripada berlakunya kerapuhan tulang...Rasa kesakitan pinggang dan lenguh-lenguh badan ketika menyusu kan anak akan hilang bila sentiasa konsisten mengamalkan OSTEMATRIK kalsium yang terbaik yang mengandungi magenesium juga vitamin D..

Keperluan kaslium seorang ibu menyusu adalah 1200-1500mg setiap hari untuk memenuhi keperluan kalsium si ibu dan anak...


KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN




KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN




KEPENTINGAN KALSIUM DALAM BADAN



Normaly ramai kata ...nak kalsium kena minum susu...
tahu tak banyak mana perlu di minum untuk mendapatkan 1000mg DALAM sehari...sebab ni lah kandungan kalsium yang diperlukan...



OSTEMATRIK


Disini kakina share kan...ya

4 gelas susu = 320 biji kacang almond = 4 biji ostematrik
semua ni bersamaaan 1000mg...

MANA nak...susu ? almond ? 


OSTEMATRIK



Mari kita kenali pulak bahan2 KALSIUM HEBAT SHAKLEE NI..mukin ramai yang belum ketahui...

Ramuan dan kandungan bahan yang ada didalam setiap tablet OSTEMATRIK :-

Vitamin D sebagai kolekalsiferol(100IU)
Kalsium sebagai kalsiun karbonat sitrat dan kalsium sitrat malat (250mg)
Magenesium sebagai magnesium oksida , magensium glokonat dan magnesium sitrat(100mg)
Zink sebagai zink glukonat (0.4mg)
Kuprum sebagai kuprum glukonat (0.05mg)
Mangan sebgai mangan glukonat (0.05mg)
Boron sebagai minera surih hidrolisat protein ( 0.75mg)


OSTEMATRIK



APA YANG BEST SANGAT OSTEMATRIK ni sehingga ramai yang suka kannya...kan SUSU ada...
Nak tahu jom kita tengok.....

1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat

2. Memulihkan kekejangan kaki kebas-kebas , sakit tulang dan simpul biawak pada ibu2 yang hamil

3, Mengelakan penyakit OSTEOPOROSIS atau tulang rapuh 

4. Mengurangkan stress tak kira apa keadaan terutama bila berada ditempat kerja...ketika menghadapi jem

5. Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal

6. Meringankan sakit ketika haid - Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi .Dengan kalsium yang cukup tidak mengalami senggugut.

7. Mengelakan gejala mudah meradang dan murung 

8.Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walaupon sibuk degnan urusan harian 

9. Membanty didalam masalah sembelit terutama ibu2 hamil dan juga berpantang

10. Membantu dalam masalah Gastrik

11. Membantu dalam pengurusan badan


APA YANG BEST OSTEMATRIK SHAKLEE NI...


OSTEMATRIK


* IA MUDAH ditelan kerana ia kecil dan licin 
* Ia menjadi alternative pada mereka yang memang tak suka minum susu sebagai sumber kalsium keperluan badan.
* Ia tidak berbau
* Ia tidak mempunyai rasa
* Ia tiada perasa tiruan, pemanis atau warna
* Ia bebas bahan pengawet


Sekiranya berminat untuk mendapatkan  OSTEMATRIK / KALSIUM SHAKLEE  ini boleh hubungi saya:

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini.




Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi
penghantaran POS dimerata tempat...

26 Disember 2019

RESDUNG - APA TU SEBENARNYA ( Pengedar Batu caves Selayang )

Biasa kita dengar orang kata "RESDUNG"..
Biasa orang kata Resdung lah tak boleh makan tu tak boleh kena habuk
Paling tidaknya sory lah aku Resdung ni tak boleh sejuk lah nanti bersin je...

Sebenarnya kan...last week ada seorang customer kakina call tanyer product shaklee yang dapat membantu mengurangkan selesma yang menyerang pada dirinya...dan beliau berkata "saya resdung lah kak..ada tak ubat shaklee boleh pulihkan...

Mula lah kakina bertanyer ..Resdung? bagaimana tu ya...alergik makanan,habuk ataupon alam sekitar...

Nak dijadikan cerita nama customer kakina ni adalah Puan CT.....allhamdulillah puan CT nak menerangkan bagaimana beliau boleh mengalami RESDUNG...

Beliau bekerja di satu syarikat yang berhawa dingin..dan beliau sering bersin serta mengalami hidung berair...Beliau berkata badan terlalu sensitive bila kawan2 dalam opis bersin...esoknya beliau akan mengalaminya juga.

Dan paling ketara...didalam Opis terlalu sejuk sehinggakan keadaan diri beliau tak tahan terpaksa pulak pakai baju sejuk  dan mudah saja bersin hidung berair..kepala pon jadi sakit katanya...

Setiap kali mengalami maasalah ni ke pergi klinik...sebab demam secara automatik akan menyerang...MC lah jawabnya sebab kepala jadi berat dik bersin yang kerap...
Pergi klinik faham2 je lah kan..pasti doc bagi ubat demam,selesma juga antibotik...Tapi RESDUNG tetap on juga tiada ke sudahan...

Beliau kata nak cuba #set RESDUNG shaklee...supplement membantu dalam kesihatannya......



RESDUNG



Sebelum kakina bebel dengan lanjut...moh lah kita kenali 
Apa itu Resdung ?
Ia adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

DIdalam penduduk negara kita - Dianggarkan hampir 25% mengalami penyakit resdung yang serius. 

Untuk info dan mukin ramai yang tahu bahawa Tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelimumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. 


Detail Mengenai - PENYAKIT RESDUNG...
Pasti ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. 

Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


APAKAH PULAK RESDUNG kait pada SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.

Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.


Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.


APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.



KENALI GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya



APA YANG BERLAKU BILA MENGALAMI RESDUNG / KEBURUKANNYA BILA ADA RESDUNG 
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


MARI KITA KENALI BAGAIMANA PUNCA BAKTERIA BOLEH MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. 

Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.


b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.


c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.


d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.



ADA BERAPA SEBENAR  - JENIS  RESDUNG 

*Akut
*Kronik



KITA KENALI - APA YANG DIKATAKAN RESDUNG AKUT...


Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.


Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.


Antara ciri-cirinya RESDUNG Akut ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.


* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.


* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.



APA PULA YANG DIKATAKAN - JENIS RESDUNG KRONIK


Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.


Bila seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami masalah seperti:


*Kegatalan pada bahagian muka yang teruk

*Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.

*Kerap bersin pada waktu pagi

*Ada kalanya hidung tersumbat

*Tanpa demam tetapi hingus bertambah


*Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala

*Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.



SIAPA PULA YANG  BERISIKO MENDAPAT RESDUNG....


1. Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat

2. Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung


3. Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok


4. Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

5. Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.



6.Dewasa


Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.





BEBERAPA TIPS  BAGI MENCEGAH DAN RAWATAN RESDUNG...

* Banyakkan berehat yang cukup.Baring lah dimana bahagian badan yang boleh bernafas dengan betol agar dapat melegakan resdung

* Pesakit resdung jangan sapu rumah ..lebih baik gunakan vacum ataupon mop untuk membuang sampah

* Amalan minuman panas atau cecair panas seperti teh dan sop

* Elakkan makanan yang berunsur seafood yang mana ia kaya dengan sumber protein serta juga belacan

* Lap muka dengan tuala yang suam.



ADA KE CARA UNTUK KEMBALI PULIH SEMULA DARIPADA RESDUNG?

Selain cara atau tips yang ada , anda boleh juga mengamalkan supplement shaklee untuk kembali cergas semula seperti beberapa supplement yang ada dibawah ni...

Mari kita kenalinya dengan lebih dekat lagi...


SET RESDUNG




A. ALFALFA COMPLESX SHAKLEE ( Size L/S )
* Ia mempunyai kelebihan anti keradangan atau anti kulat 
* Ia kaya dengan sumber klorofil serta dapat membantu mengurangkan keradangan terutamanya jika ada ezema , resdung , alergik dan gegata..
* Ia juga berfungsi sebgai agent Detox yang mana ia mampu mendetokkan toxin , asid yang berlebihan serta kuman kerana itu lah penyebab berlakunya Resdung

*** Bagi pesakit SLE tidak digalakan ambil ALFALFA 

B. B-COMPLEX SHAKLEE
*Ia mengandungi B6 yang mana amat penting untuk pemuliharaaan selaput lendir yang sihat serta membantu dalam pengeluaran antibodi badan
* Ia membantu dalam mengurangkan bengkak
* Ia membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
* Ia memelihara sistem saraf serta berfungsi sebagai anti-stress


C. VITAMIN C SHAKLEE
* Ia bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu badan kita mengalami side effect daripada pengambilan drug anti histamin
* Ia dapat menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
* Ia membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
* Ia dapat meningkatkan fungsi T-CELL dan juga MACRPHAGE ( Fungsi sistem pertahanan badan dan sel darah putih.
* Ia dapat meningkatkan pertumbuhan tisu
* Ia dapat meningkatkan antibodi badan lebih kuat dari seranga demam selesma..

Sekiranya berminat untuk mendapatkan  SET RESDUNG  SHAKLEE  ini boleh hubungi saya:

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini



Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , Taman BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang, Bukit Idaman..dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat...seperti Johor , kelantan , perak, pahang juga Sabah..


25 Disember 2019

MENGAPA HARUS PILIH COLLAGEN POWDER SHAKLEE ( Pengedar Batu caves Selayang )

Sebut saja pasal COLLAGEN Powder ni , mesti kita terbayang betapa mahalnya collagen ni...
Sebut  pasal COLLAGEN powder ni, mesti terfikir hanya untuk kecantikan kulit...
Sebut  pasal COLLAGEN powder pasti ada hati teringin nak membeli terutamanya yang bergelar WANITA..memang tak lari dari nak cantik dipandang mata ramai...TETAPI tahu tak tak semua COLLAGEN POWDER tu betol2 elok diamalkan...

Sebagai pengguna kena alert...ketulinan dan keberkesanannya collagen powder bukan sekadar tengok testimony yang ada...Kekadang mata kita dikaburi testimony...sanggup berhabis duit cucuk...atau beli product yang entah apa kandungan didalamnya...mula2  kesan yang  menakjubkan...Bila lelamaan kulit jadi kehitaman atau berubah rupa dari biasa2 jadi semakin teruk...


Di sini kakina nak share tentang sedikit 
Mengapa anda harus memilih Collagen Powder dari Shaklee dari collagen yang lain terutama tak pasti bahan-bahannya...



COLLAGEN POWDER


Mari kita kenali lebih dekat lagi tentang KOLAGEN MARIN shaklee ni..

1. Mengandungi Kolagen Jenis 1:-
Dimana ia adalah collagen marin yang terbaik kerana ia merupakan collagen jenis 1 yang mana ia untuk kesihatan kulit dan ia merupakan blok asa bagi membina kulit...Kalau nak tahu kolagen jenis 1 ni dapat menyumbangkan 90% kolagen untuk badan membina kulit, tedon , ligamen , organ dan tulang

Ia juga meningkatkan ketegangan kulit dan menjadikan ia tidak mudah kendur..Ia memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka pada setiap inci badan manusia..

2. Penyerapan yang TERBAIK -
KOLAGEN POWDER Shaklee juga mempunyai penyerapan yang tinggi kerana ia mempunyai zarah yang kecil...
Kolagen marin mempunyai penyerapan yang tinggi dimana ia boleh meningkatkan sistesis kolagen pada bahagian dermis dengan lebih effisyen yang mana ia dapat membantu kulit , tulang dan sendi...

3. IA terdiri daripada bahan yang terbaik dimana
daripada ikan dari lautan dalam sepertimana ikan merah yang mempunyai dalaman menahan tekanan yang tinggi didalam dasar laut..ia membuat kan  ia lebih tahan lasak dan mempunyai sumber collagen yang sangat tinggi.. dan berkuality...



MENGAPA COLLAGEN POWDER


Tahukah anda Collagen ni sebenarnya apa?

COLLAGEN  ia bertindak "PELEKAT untuk mengikat terutama dibahagian kulit. Penghasilan  collagen secara semulajadi akan berkurangan apabila usia kita bertambah dimana kulit kita akan mula mengendur dan mula lah berlakunya garis-garis halus. Dengan pengambilan collagen ni lah bagi membantu kulit sihat kembali..


TAHU TAK COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni TERLALU ISTIMEWA...
Sebab apa kakina kata begitu...

1. ia mengandungi 4000mg proprietari collagen  sisik ikan laut ( ikan merah ) yang di pilih dengan teliti yang diekstrak dari ikan merah..

2. Berat molekul yang rendah untuk penyerapan yang tinggi

3.Pek individu yang mudah dibawa kemana saja..

4. Memberikan collagen yang baik ditambah vitamin C juga vitamin B untuk menyokong kulit lebih tegang, tampil lebih muda dan kekal jelita..



MENGAPA COLLAGEN POWDER


COLLAGEN POWDER..MENGAPA anda harus MENGAMBIL COLLAGEN hari ni...

Disini kakina nak share 5 SEBAB MENGAPA ?

1. COLLAGEN adalah bahan UTAMA untuk kulit agar lebih TEGANG...
30% protein dalam badan anda adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. 

Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan. Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut


2. COLLAGEN BERFUNGSI MENYOKONG KESIHATAN SENDI BADAN KITA
TAHUKAN ANDA BAHAWA -  Collagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan2 , fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda. Itu sebab perlunya collagen...



MENGAPA COLLAGEN POWDER



3.KOLAGEN ANDA ROSAK SETIAP HARI 
Spertimana kita sedia ketahui bahawa pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. 

Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV, anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen


4. PENGHASILAN COLLAGEN DALAM BADAN AKAN BERKURANG SETIAP TAHUN...
Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun 

Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang


5. RAMBUT DAN KUKU PON PERLUKAN COLLAGEN TAU...
Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.


KITA KENALI 6  MANAFAT  COLLAGEN POWDER Shaklee....



COLLAGENPOWDER


**** TAHUKAH KITA..Bila kita mengalami tekanan , pendedahan kepada cahaya matahari dan merokok boleh mempercepatkan lagi berlakunya kerosakkan collagen dalam badan..Ini boleh mengakibatkan kulit kendur serta berlakunya kulit berkedut, kuku rapuh serta rambut runtuh juga kering


**KALAU nak tahu UJIAN KLINIKAL ke atas Shaklee COLLAGEN POWDER nya adalah membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebus selepas menggunakannya selama 8 minggu secara konsisten...wajah yang lebih muda dari sebelumnya..

69% Peningkatan terhadap kelembapan kulit

75% Peningkatan terhadap kelicinan kulit
90% Peningkatan terhadap kecerian wajah seri wajah juga kulit
80% Pengurangan kedutan pada wajah pengamalk collagen shaklee



Buat keputusan Bijak, Pilihan adalah ditangan anda..yang baik datang dari anda..yang buruk juga dari anda...



Yang teringin nak perolehi atau nak mencuba nak dapatkan  COLLAGEN POWDER SHAKLEE  ini boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini




Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , TAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.