31 Mei 2019

25 KEISTIMEWAAN BILA BERISTIGHFAR..

Istighfar adalah salah satu amalan paling singkat jika diucapkan, bahkan cuma (sekitar) satu detik saja untuk sekali mengucap istighfar. Tapi kenapa kita malas beristighfar? Rerajinkan diri beristighfar itu dalah sebaiknya tak kira masa da waktunya..

AMALAN yang paling mudah ...sekali dan mendapat kebaikkan untuk diri kita juga...

KELEBIHAN BERISTIGHFAR

 Allah sudah berjanji akan memberi kemulian kepada siapa saja yang sering mengucap istighfar. 

Berikut ini 25 janji Allah untuk anda yang gembar membaca istighfar

1. Menggembirakan Allah
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. Dicintai Allah
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. al-Baqarah: 222).
Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

3. Dosa-dosanya Diampuni
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni.

Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).
ISTIGHFAR

4. Selamat Dari Api Neraka
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’.
Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

5. Mendapat Ganjaran Surga
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (QS. Ali’Imran: 135-136).

6. Mengecewakan Setan
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup).
Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).

7. Menyebabkan Setan Putus Asa
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, “Saya telah melakukan dosa’. ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali.
Orang itu menjawab, ’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’.
Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’.
Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’
Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

8. Terhindar Dari Azab Api Neraka
Allah berfirman, “Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. al-Anfal: 33).
9. Menghilangkan Kesedihan
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

10. Diberikan Kegembiraan
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

11. Melancarkan Rezeki
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

12. Membersihkan Hati
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.” (HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

13. Mengangkat Darjat di Surga
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.” (HR.Ahmad dengan sanad hasan).

14. Mengikut Sunnah Nabi
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.” (HR.Bukhari).

15. Menjadi Sebaik-baik Orang Yang Bersalah
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.” (HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).

16. Bersifat Sebagai Hamba Allah yang Sejati
Allah berfirman, ”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a: ”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,” (iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.” (QS.Ali’Imran: 15-17).

17. Terhindar Dari Menjadi Orang yang Dzalim
Allah berfirman, ”… barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (QS. al-Hujurat: 11)

18. Mudah Mendapat Anak
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12).

19. Sentiasa Diturunkan Air Hujan
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’.
Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’.
Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)

20. Bertambah Kekuatannya
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)

21. Bertambah Kesejahteraannya
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

22. Menjadi Orang yang Beruntung
Allah berfirman, “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

23. Keburukannya Diganti Dengan Kebaikan
Allah berfirman, “Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Hud: 114).

24. Bercitra Sebagai Orang Mukmin
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.” (HR.Ahmad).

25. Berkeperibadian Sebagai Orang Bijak
Seorang ulama berkata, ”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).



ISTIGHFAR

Jom amalkan ....
Jadikan satu amalan ..kita...

Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat

30 Mei 2019

TIBI - BATUK DAN BERAT BADAN TURUN ( Pengedar Batu caves Selayang )

LAST week kakina menerima panggilan dari seseorang ibu muda yang mengatakan 
"kak boleh ke supplement shaklee pulihkan seorang pesakit TIBI? ...Allhuakbar degup jantung kakina bila dengar gitu....

Sebelum tu kakina ada bertanyer siapa disana? dari mana? Betol ke TIBI ? dah ke disahkan oleh doctor dan dah ke ambil ubat2 hospital?

Jawapan yang diberi oleh Ibu muda ...
"sebenarnya yang kena TIBI adik saya kak...doctor dah sahkan adik ada TIBI...dan dah mula makan ubat yang diberi....yang saya cukup risau berat adik semakin berkurangan...selera makan jadi kurang...mukin kesan ubat-ubat TIBI jadi kurangnya selera makan...

"Sebenarnya adik memang dah batuk lama...tak tau pulak kena TIBI...Last saya buat keputusan untuk buat chek-up sebab makin hari makin kurus pulak tengok adik...kasihannn sungguh  kak...saya tak sampai hati...makan pon nampak kurang nak berselera..paksa makan juga..."

Itu lah luahan seorang kakak yang sayangkan adiknya...yang mengalami batuk terlalu lama sehingga lah doctor mengesahkan bahawa adik menghidap penyakit  TIBI....

Sebab tu bila kita mengalami batuk yang berpanjangan jangan ambil lewa ya...
Ingat ..BATUK yang berpanjangan macam2 boleh berlaku macam2 penyakit boleh hinggap..
lebih baik mendapatkan rawatan segera....

BATUK KERING , TIBI , JANGKITAN KUMAN PADA PARU2 ...beberapa jenis berpunca daripada BATUK....

Tahukah...anda TIBI boleh bawak maut jika tak diubati....?




TIBI


TIBI tersebar melalui udara , sama sepertimana selesma juga...
Apabila seseorang yang sakit teruk, bersin , bercakap, ketawa atau menyanyi- titisan kecil yang mengandungi kuman akan dibebaskan ke udara..

Sekiranya anda menyedut udara yang mengandungi kuman TIBI itu / kuman jahat kemunkin anda akan dijangkiti seandainya antibiotik  badan anda lemah. Nampak tak..kuman jahat ni mudah berjangkit pada orang lain...Oleh itu berjaga-jaga lah...kuatkan sistem imun badan anda...



BATUK BERPANJANGAN


Kalau nak tahu TIBI adalah penyakit yang berjangkit, tetapi ia tak semudah dijangkiti penyakit tibi ni. Kuman TIBI tumbuh dengan perlahan-lahan.Itu sebab ramai yang tidak ketahui.Seandainya memang anda tinggal serumah atau lebih banyak masa bersama dengan orang yang berpenyakit TIBI..kemunkin mudah diri anda dijangkiti...

Kuman TUBERKULOSIS ni tidak hidup dipermukaan ..tetapi hidup di angin..ia tak dapat dilihat dengan mata kasar manusia...nak tengok kena guna microskop je sebab halus beno...
Anda tak boleh dijangkiti hanya dengan bersentuh tangan...kerana ia disebarkan melalui angin atau pernafasaan ...



TIBI


Kuman TIBI dalam tubuh badan sedang aktif..itu sebab anda sakit..Bila anda sakit TIBI..anda kemunkinan boleh menyebarkan penyakit tu pada orang lain .Kalau nak tahu 90% penyakit TIBI disebarkan oleh orang dewasa  dimana ia lebih dikenali sebagai TB AKTIF ...TB aktif adalah dari pengaktifan semula jangkitan TIBI LATEN.


Mari kita kenali GEJALA TIBI yang sebenarnya ...
Apa kah GEJALA itu...?

Untuk TIBI LATENT, tiada sebarang simptom atau tanda-tanda diketahui.
Sebagai pesakit anda perlu mendapatkan ujian kulit atau darah untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti atau tidak...

Lebih bahaya sebenarnya kalau kalau anda tak ketahui bahawa anda ada kuman TIBI . Kerana ia memang tak menunjukan simptom TIBI...


Tetapi KIRA nya anda mengalami TIBI AKTIF...
Ini tanda-tanda yang harus anda pastikan ...ada tak pada diri anda...


TIBI


GEJALA-GEJALA / TANDA-TANDA TIBI AKTIF adalah seperti dibawah :-

* Batuk yang berlangsung atau tak senang-senang iaitu batuk yang berpanjangan selama 3 minggu
* Batuk berdarah
* Rasa letih sepanjang masa
* Sakit Dada
* Berpeluh ketika malam hari
* Badan menggigil disiang hari juga malam
* DEMAM
* Hilang selera makan
* Pengurangan BERAT BADAN /Berat badan turun..

Seandainya anda ada mengalami tanda atau gejalan diatas yang kakina senaraikan, baik terus buat pemeriksaan dan dapatkan ujian dengan kadar segera. Jangan diam atau berlengah-lengah lagi...


Anda juga boleh mengambil supplement shaklee, untuk menguatkan lagi imun booster diri anda..disamping makan ubat-ubat hospital yang doctor bagi...

Disini kakina share beberapa jenis supplement yang biasa ramai customer amalkan bila mereka diserang PENYAKIT TIBI...

Ikhtiar sebaik yang terbaik untuk kembali sihat semula sepertimana sedia kala...


vivix


Hanya dengan satu sudu TEH saja setiap hari ia dapat memberikan kesihatan yang menyeluruh..Vivix adalah tonic pekat berwarna merah yang mana ia mengandungi campuran yang unik BOTANI Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah juga Lobak Unggu yang mana ia sangat kaya dengan POLIFENOL sehingga ia menjadikan VIVIX terlalu UNIK atau nama lain adalah RESEVERATROL...

Kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang tinggi .Dimana ia ada Reseveratol yang bertindak sebagai sistem imunisasi bagi memelihara sel-sel dariapda jangkitan virus dan bakteria...

POLIFENOL sepertimana kita ketahui ia adalah satu kumpulan FITOKIMIA yang mana terdiri dariapda sebatian tanaman yang mengandungi khsiat ANTIOKSIDAN dan juga SEL ANTI-PENUAAN 


Fungsi-fungsi Resveratrol pula adalah:-
* Melindungi dan mengaktifkan mitokondria
* Mengaktifkan gen anti-penuaan
* Meningkatkan daya ketahanan badan



VIVIX


VIVIX cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA  dengan 4 cara...

* Mempertahankan sel
* Memberi tenaga kepada sel
* Memperbaiki sel
* Meningkatkan prestasi sel

Dalam kes jangkitan penyakit TIBI, kemunkin besar anda telah dijangkiti kuman TIBI diperingkat awal. Tetapi sebab sistem imun anda menghalang mereka daripada merebak. Ini bermakna anda tidak mempunyai sebarang simptom dan tidak akan menjangkitkan penyakit ni pada orang lain aau keluarga anda..

Tetapi jangkitan sebenarnya masih hidup dalam badan anda dan boleh menjadi aktif pada satu hari nanti.

Dengan VIVIX yang kaya dengan antioksidan dan resvertrol. Antioksidan yang tinggi dapat meningkatan tahap imun tubuh seseorang.Ini dapat membantu mengelakkan kuman TIBI dari terus aktif..



Selain VIVIX, boleh juga ditambah lagi dengan supplement shaklee yang lain sepertimana:-


SET TIBI

GARLIC COMPLEX 
*Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit asthma atau infkesi paru-paru.
*Membantu peredaran darah yang baik

OMEGA GUARD 
*Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan
*Ia juga mampu mengurangkan serangan asthma dan membersihkan saluran pernafasan.


VITAMIN C 
*Kandungan antioksidan yang tinggi didalam Vitamin C membantu meningkatkan pertahanan tubuh.
Ia membantu mengelakkan jangkitan merebak atau mengelakkan jangkitan dari berlaku lagi..



NUTRIFERON
*Ia bertindak dengan meningkatkan interferon dalam tubuh badan manusia.
*Interferon berfungsi memberi signal kepada sel-sel imun yang berada jauh dari kawasan jangkitan.
*Sel-sel imun dari organ lain yang berjauhan akan sama-sama melawan jangkitan. Ini memantapkan kembali sistem pertahanan tubuh manusia...Semakin banyak sel imun yang bertindak, dengan ikut makin cepat proses penyembuhan dari satu penyakit.


Jika  anda atau keluarga anda dijangkiti TIBI atau Batuk kering, cuba lah ikhtiar dengan set IMUN shaklee / set TIBI shaklee.

In sha allah dengan izin dari nya , kembali pulih dari TIBI disamping mendapat faedah-faedah lain apabila mengamalkan supplement shaklee...

DUIT memang bernilai BESAR bila kita sihat, TETAPI tidak bernilai bila kita SAKIT!!



Yang teringin nak perolehi atau nak mencuba  nak dapatkan  SET TIBI SHAKLEE  ini boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini



Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat

28 Mei 2019

PETUA MENGURANGKAN BATUK ( Pengedar Batu caves Selayang )

BATUK...memang bermasalah pada sesiapa saja....
Terutama batuk yang berpanjangan...dah pergi klinik pon still batuk juga. Bila batuk dada pon sakit ..adakala sampai terkencing-kencing dibuatnya...

Batuk sering kali berkait dengan selesma...juga demam...
Selesma demam hilang batuk still ada...itu yang biasa terjadi..sebab batuk ni banyak faktor mengapa ia lambat hilang...Itu yang kadangkala..di rumah pon stanby je ubat batuk...ubat yang dibeli difarmasi tu paling wajib ada...macam2 jenis..

Kakina sendiri pernah kena batuk begini...sebulan juga lah ..
Bila batuk je sakit dada sebab tahan
Bila batuk je sampai terkencing-kencing...

Masa tu memang malas nak pergi klinik...dan memang sikap kakina sendiri yang tak suka pergi klinik kalau sakit...kakina lebih suka cara tradisional...entah mengapa...

Nak dijadikan cerita...KAWAN2 dah bising sebab batuk dah macam anjing...kongg kong je...sampai air mata pon meleleh tahan sakit...TEWAS pergi juga klinik ...doctor kata...
"saya bagi awak ubat yang paling kuat tau..lepas ni awak sure tidur...SAYA bagi awAK mc JUGA...tolong balik dan rest...

Arrrr...paling tak suka duduk rumah...itu memang sikap kakina...
maka tak MC duduk opis macam biasa..bekerja...tahan sakit je...BATUK je pon..tangan kaki boleh buat kerja ...selamba je...itu lah kakina...allhmdulillah tiada apa yang terjadi...

Ingat ya jangan ikut kakina...chek lah secepat yang munkin..bila Terjadinya batuk yang berpanjangan...




PETUA MENGURANGKAN BATUK


Tahu tak batuk ni banyak faktor nya...sebab tu ia payah nak senang...
Mari kita tengok sikit adakah faktor-faktor ni ada pada diri kita yang mengalami batuk yang berpanjangan....


Kementerian kesihatan pon dah listkan beberapa faktor terjadinya batuk yang berpanjangan cuma kita ni manusia kadang-kadang tak ambil tahu atau ambik mudah je...penyebab-penyebab batuk berlarutan adalah sepertimana :- 

* Alahan

* Asthma

* Jangkitan pada salur pernafasan  ( bronchities,sinusitis ) paru-paru (pneumonia,tuberculosis)

* Penyakit yang berkaitan dengan virus sepertimana selesma  juga influenza

*Perokok

*Penyakit paru-paru sperti chronic obstructive pulmonary disease

*Terdedah kepada habuk,asap dan bahan kimia ditempat kerja

*Asid dari perut naik ke esofagus,yang mana ia dipanggil gastroesophagel reflux disease (GRED)

*Rembesan cecair ke dalam tekak ( postnatal drip syndrome)

*Mengambil ubat yang diberi nama ACE inhibitors yang mana diambil oleh pesakit darah tinggi bagi mengawal tekanan darah tinggi..

Batuk takkan hilang selagi ia tak dirawat dengan betol...


Tetapi ia boleh ditegah denga pelbagai cara...Disini kakina share beberapa PETUA untuk mengurangkan batuk yang berpanjangan..


1. MINUM AIR yang lebih..



PETUA MENGURANGKAN BATUK


Tahu tak disebabkan air yang kurang dalam badan ia menjadikan batuk ...Oleh itu minumlah air yang secukupnya agar badan tak kering..Ia juga dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin didalam badan melalui air kencing kita...
Tapi beringat ya...minum air kosong bukan air manis..


2. AMALKAN MINUM TEA + LEMON 




PETUA MENGURANGKAN BATUK

Ramai yang sedia ketahui teh memang diakui baik untuk tekak dan batuk. Boleh tambah madu bagi mengantikan gula kerana ia amat membantu dalam proses pemulihan.Buat dengan air panas..campuran teh dan madu...dan minum...amalkan setiap pagi ...

Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.


Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.



3. MAKAN BAWANG PUTIH

Kopek bawang putih dan salai, jangan pulak salai hingga hitam.AGAK2 LAH YA...

Amalkan setiap hari...boleh dimakan begitu saja...atau makan dengan nasi...



4. AIR ASAM JAWA - PALING SEDAP(TANPA GULA)



PETUA MENGURANGKAN BATUK

Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam jawa ini.
Tidak diketahui apakah khasiat asam jawa sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.


5. AIR BELIMBING -  
BOLEH MINUM SELALU! 
(TANPA GULA) 
Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.



6. LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM


PETUA MENGURANGKAN BATUK

Perah beberapa titis jus  limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.



7. AISKRIM VANILA




PETUA MENGURANGKAN BATUK


Ada yang mengatakan aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana bila makan akan menyebabka tekak terasa kebas..


Aiskrim sifatnya sejuk dan apabila makan aiskrim tekak kita akan berasa begitu nyaman..Tapi ingat bukan makan air batu dok kunyah kerana ia membuatkan batuk bertambah teruk lagi tau...



Ini diantara tips dan petua yang kakina share untuk anda....

Jika ia berlarutan pergilah jumpa doctor ya...dapat kan nasihat yang sebaiknya...kita tak tahu apa akan berlaku bila batuk terlalu lama...

Setiap penyakit ada penawarnya...Ikhitar lah dengan sebaiknya...



Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.

27 Mei 2019

KERAP RASA KEBAS TANGAN DAN KAKI? ( Pengedar Batu caves Selayang )

Ada seorang kawan kakina satu kerja ni selalu mengadu kat kakina ...
yang mana beliau setiap pagi mesti rasa tangan kebas...

Malam pulak rasa kaki ni macam nak buang je...sengal kebas semacam...ni sering berlaku dan sering kata tak pe lah perkara biasa...Yang biasa2 tu lah akan jadi luar biasa kalau dibiar je...BAHAYA kesan jangka lama....

Kawan kakina ni namanya NOOR ...beliau ada cakap pernah  try pelbagai cara...tradisional pon ada....Namun tu semua tak berhasil....jalan mudah  sapu minyak panas je...baru lah rasa lega...Kadang tu rendam kaki dengan air panas..idak ler panas melegak tu...suam suam panas...baru lah lega...

Pernah juga makan ubat tahan sakit sebab tak boleh tidur kerana sengal dan kebas kaki tu melampau sangat...Siapa yang nak rasa gitu...semua orang tak mau kan.Jika selalu begini memang susah...

Kakina pernah pesan padanya...Buat lah pemeriksaan doctor sebab benda begini jangan buat main..sebab ni mukin tanda-tanda nya DIABETES , DARAH TINGGI juga STROK serta KOLESTROL yang tinggi  ...

Noor akur..dan buat pemeriksaan doctor...Allhmdulillah doc kata baru permulaan belum tahap serius lagi darah tinggi juga kolestrol tinggi...

KEBAS TANGAN DAN KAKI



Mari kita kenali dahulu mengapa BOLEH BERLAKUnya KEBAS TANGAN KEBAS KAKI PADA seseorang...terutama mereka yang mula meningkat umur....dan juga PUNCA sebenar?

1. Kalau nak tahu tu berpunca daripada permasalahan saraf itu sendiri...kerana Saraf adakalanya tercedera akibat kemalangan yang berlaku. Malah saraf juga boleh bermasalah akibat daripada pengumpulan bahan toksin didalam badan. Dalam sesetengah kes, tekanan juga boleh menyebabkan masalah kebas ini seperti penyakit Carpal Turnnel syndrom...


2. Berlakunya Penyempitan terhadap SALUR DARAH..
Dimana Faktor ini amat berkait rapat dengan gaya hidup kita. Pemakanan yang kurang sihat, kurang bersenam, serta amalan seperti merokok dan minum alkohol adalah antara punca kepada penyempitan saluran darah. 

Apabila ini berlaku proses aliran darah ke seluruh tubuh boleh terganggu dan menyebabkan seseorang itu mudah berasa kebas, sesemut atau sakit dihujung jari dan kaki. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi , diabetes dan stroke...


Kebas tangan dan kaki



Untuk pengetahuan semua bahawa bukan 2 faktor tu saja yang menyebabkan berlakunya kebas tangan dan kaki ya...

Dengan pengambilan ubat-ubatan juga boleh membuatkan pesakit mengalami keadaan kebas. Ini biasanya berlaku kepada pengambilan ubatan/drug yang mempunyai kesan kepada sistem saraf seperti Isoniazide yang digunakan dalam merawat pesakit Tibi. 

Selain itu juga dengan kekurangan Vitamin B dan kalsium dalam tubuh juga boleh menjadi punca. Kebas juga  mudah terjadi kepada wanita yang telah habis darah haid iaitu menopause , kegemukkan dan kurangnya darah dalam badan...


Tahu tak ada 3 jenis Vitamin shaklee yang menjadi PILIHAN ramai didalam permasalahan tangan KEBAS DAN KAKI KEBAS...

Mari kita kenali dengan lebih dekat apa kah vitamin shaklee itu...?


SET KEBAS TANGAN DAN KAKI




B-COMPLEX Shaklee
Dimana ia adalah vitamin B yang sangat lengkap.Dan ia juga mengandungi Vitamin B1,B6 dan B12 yang khusus untuk fungsi saraf dan memperbaiki peredaran darah didalam tubuh manusia..


OSTERMATRIK Shaklee
Bukan sekadar mengandungi kalsium saja tau...ia turut mengandungi Magnesium yang mana ia dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh. Ia berfungsi untuk menguatkan tulang dan gigi seseorang.

Selain itu juga ia menjaga tulang , membantu bagi mengelakkan berlakunya kejang dan kebas terutama pada ibu-ibu yang hamil...

Ia juga membantu melembutkan najis serta melancarkan pembuangan terutama pada mereka yang kerap mengalami masalah SEMBELIT terutama pada ibu yang sedang berpantang


OMEGA GUARD SHAKLEE..
Minyak Ikan Omega 3 ini berfungsi untuk melancarkan perjalanan aliran darah ke seluruh badan. Ia juga bertindak sebagai anti radang yang mengurangkan kesakitan kepada  sendi dan saraf yang bermasalah. Istimewanya lagi minyak ikan Omega ini berupaya menyingkirkan kolesterol yang berlebihan daripada tubuh, iaitu salah satu punca penyempitan salur darah yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi.

Buat lah PILIHAN YANG BIJAK untuk lebih sihat...

Jom dapatkannya, Seandainya nak dapatkan  SET KEBAS TANGAN DAN KAKI SHAKLEE  ini boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini



Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat