25 Mac 2017

BERIADAH BERSAMA KELURGA DI MARINA COVE, TELUK BATIK


Hi....cuti sekolah ni , kekawan bawak kelurga pergi mana ya ? keluar oversea ke ? Dalam Malaysia saja...
Biasa nya cuti-cuti sekolah ni macam-macam aktiviti yang boleh kita buat kan, untuk anak-anak juga keluarga...Masa ni lah kita luangkan masa bersama-sama kelurga....rehatkan minda...rehatkan badan...
Almaklumlah pada mereka yang mempunyai anak-anak masih sekolah , ini lah masa nya untuk beriadah kan..



Ok lah macam kakina masa cuti sekolah ni sebenarnya kalau diikutkan tahun ni memang tak der planning pon nak kemana..sebab anak-anak kakina dah besar panjang...dan mereka semua pon di IPTA...jadi masa cuti anak-anak tak sama....

Tetapi secara kebetulan pada 18/03/2017...ada majlis persandingan anak buah kakina di SEDARI, Perak...Oleh itu kami adik beradik berkumpul dan menginap di MARINA COVER RESORT, Teluk BATIK, PERAK...untuk restkan badan pada hari sabtu tu seblum pergi majlis persandingan di sedari, perak.

Kakina bertolak dari Kuala lumpur pada pukul 8.00am dan singgah di kampung sekejap bagi menunggu adik beradik yang lain...Lebih kurang pukul 10.30am baru kami 4 biji kereta bertolak ke Teluk Batik, perak...untuk rehatkan badan sambil beriadah bersama kelurga..

Disini kami berehat sambil menikmati angin laut di tepi pantai Teluk batik....masing-masing ada aktiviti tersendiri....




Tengok saja anak-anak main belon....ada yang tertidor tepi pantai...ada yang makan aiskrim sambil menikmati pemandangan tepi pantai....nak mandi tak boleh sebab masa tu panas terik...wei...






Dah puas restkan badan , kami semua pergi chek-in bilik di MARINA COVE...
Ini lah first time kakina menjejak kaki di MARINA COVE RESORT ni....best gak lah...tempat tu....


Ruang dapur Resort....Marina Corve Resort....
Ampun tak boleh memasak ya....MASAK air boleh ler...heeeee



Bilik kami sekelurga...ada 2 katil bujang dan 1 bilik air...
Didalam setiap Apartment ada 2 BILIK dan 2 Bilik Air ya....cukup kalau ada 2 kelurga...dan boleh share gak...sebab luas...




Ruang tamu...dengan Sofa ...TV siap astro tapi dengan channel terhad...boleh gak tidur diluar....if bilik tak cukup..bawak je toto...boleh hampar dan tidur....golek-golek





Terdapat juga ruang meja makan...dan 4 biji kerusi....sesuai sekali untuk kita makan diatas meja if lah kelurga tak ramai...boleh juga simpan makanan...kan kan....alamk promote TUPPEWARE pulak kan....Ini bilik adik kakina...ni....




Ok lepas kakina cerita pasal bilik...mai kakina cerita pulak apa yang ada kat MARINA CORVE...
" MARINA WATER PARK" best tau....rugi siapa tak masuk...if dah beli n tempah bilik...memang satu set dengan team park ler....kalau idak kena lah bayo RM 10.00 untuk dewasa...




Ini pula adalah swimming pool di Resort....yang ni nak kecut...mecut pon boleh ...tiada larangan time..mandi lah sepuas-puas hati anda....Anak-anak buah kakina memang pantang jumpa air...terjun saja..tak ingat lapar dan penat ...
Bayangkan lah dari sampai hingga ke malam dok berendam..tak puas kat WATERPARK ...mereka beredam pulak kat swimming pool....seronok katanya.....BIo je kan ler...
CANTIK kan pemandangan dari atas...








YANG ni jangan TERKEJUT ya!!!!
ADIK kakina dan anak buah sulung kakina...kalau nak tau...seorang anak 3 seorang anak 4....
Tetapi macam anak dara kan....cantik kan...mak-mak ni...gojes...lagi tu..



Ok lah cukup sampai disini saja coleth kakina...sempena percutian kakina dan kelurga ...di Marina Cove, resort, perak....

Pada yang teringin nak pergi...kakina sarankan pergi lah best tempat tu...Nak dari makan pon mudah je...
Luangkan lah masa anda dengan kelurga anda....

Enjoy family ...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan