25 Ogos 2020

MALAYA GRILL - KEDAI NASI ARAB SUPER SG BULOH

Assalammualaikum dan salam sejahtera..Bila cerita pasal makan tentu ramai yang suka mencuba dari satu tempat ke satu tempat dan membezakan rasanya juga harganya.

Tak terkecuali lah kakina juga suami..Hari sabtu 22/8 petang sambil melayan TV .. encik suami tunjuk gambar dari FB saja sambil berkata " ma ni mesti sedap kan...  bini pulak dok jawab "Oky je tu kalau nak cuba nanti abah belanja ma ya.Oraite je..haaaaa

 

 
Di jadikan cerita ahad 23/8 , abah pe kata hari ni ma tak masak..kita beli je yang semalam abah tunjuk kat ma #MALAYA GRILL tu..nak lah cuba gak
 
Oraite nanti kita pergi ya dalam pukul 11.30am lagipon kedai bukak 12.00pm kan..Oky karang suruh along drive abah ikut sekali ya..
 
Yeassss tersenyum bini bila paw laki...(sekali2 kan pe salahnya) lagipon bukan mudah nak dapat belanja dari encik suami ni..
 
11.30am kami bertiga pergi lah ke sana..perjalanan dari BATU CAVES ke Sungai Buluh mengambil masa lebih kurang 1/2 jam juga lah...mujur tak der jem...
 
 
 

malaya grill


Sampai je terus ambik port dan order...alhmdulillah staff MALAYA GRILL pon memberi layanan yang cepat. Kakina ordr je  #SET NASI + AYAM untuk 2 orang makan - 1 set , #SET NASI + AYAM untuk 4 orang makan dan #SET NASI + KAMBING GRILL untuk 2 orang makan..set set yang kami order lengkap dengan kuah dalca..acar ..juga sambal..


malaya grill

 

Kalau nak tahu lah kan set set yang kakina order tu kuantity nya betol2 banyak tau..Contoh #SET NASI + AYAM untuk 2 ORANG tu boleh makan untuk 3-4 orang juga lah nasi nya.ayam pon besar tau..hampir separuh ayam..begitulah SET 4 orang ..Kami makan lunch juga dinner tu pon tak habis


malaya grill


Dibawah ni adalah nasi bersama ayam untuk makan 4 orang tau..begitu banyak sekali Kuantitynya.Puashati sekali membeli malah ia begitu sedap dan kena dengan selera suami.


malaya grill

Yang nak pergi mencuba boleh ke MALAYA GRILL di Sungai Buluh..Ia terletak diMedan Selera Sungai buluh boleh je Google maps...sure sampai punyer.

Cuba lah...dan support restoran Melayu



21 Ogos 2020

RESIPI DAGING MASAK MERAH Dari Dapur Kecil KAKINA

Daging masak merah, per sedapnya bila dapat makan dengan nasi putih bersama ulam2 kampung 
lelagi bila time lapo boleh bertambah nasi dipinggan tanpa rasa ..arrr karang gemuks lah silap hari bulan boleh tak nampak mak mertua lalu belakang..

Yang banyak dapat daging ketika hariraya korban tu, mai intai intai resipi kakina yang mudah n simple saja.Tak perlu banyak bahan pon..

Masak kena rajin tak rajin tak berasap lah dapur hang...tu yang ramai je zaman sekarang dapur tak berasap..Nak makan ordr Grab aado....kan kan


RESIPI DAGING MASAK MERAH


Jom rajin rajin masak untuk keluarga kita ..suami..anak2 juga ibubapa ..Tukar selera ..dari asyik makan je kedai ordr je...cuba-cuba lah masak sendiri .If tak tau akan jadi tahu juga..Dari tak sedap pasti jadi lebih sedap kelak.Tak cuba tak tau kan...dah cuba baru tahu..

Sebenarnya nak masak ni bukan susah tau...Bile kita ikhlas membuat pastinya mudah.Yang penting adalah hati tu sendiri..
 
Daging memang boleh kita pelbagaikan jadikan masakkan yang sedap yang simple..
Antaranya daging masak kicap, daging masak sop, daging masak kari , daging masak kurmak, daging masak assam pedas, daging masak papparik..
 
Tapi kali ni kakina nak lain sikit daging masak merah versi kakina dari dapur kecilku..
 
Mari kita usaaaa Resipi ya... 
 
RESIPI DAGING MASAK MERAH - Versi Kakina
 
Bahan2nya:-
Daging 1 kg - rebus dan taruk sedikit warna merah ( kakina guna starbrand )
Bawang besar - 2 biji ( potong bulat )
Halia 2 inci ( potong panjang dan halus )
Lada Bombay 2 biji ( merah + hijau ) 
Cili api 10 biji ( ikut suka nak pedas ketidak ) 
Cili kering 6 biji ( di blender )
Lobak 1 batang ( potong panjang dalam 2 inci )
Putik jangung ( 1 bungkus )
Kacang panjang dalam 4 batang ( potong dalam 2 inci )
Serai 2 batang ( ketuk )
Daun limau purut 5 keping
Garam
Gula 
CILI SOS
Tomato sos
Sos tiram
Minyak
Air 

 
Cara2nya:-
Daging yang dah direbus toskan airnya dan potong2 nipis -simpan tepi

Tumis cili blender..sampai naik bau..masukan halia ,serai dah siap masukan daging yang dipotong tadi...

Lepas tu masukkan sos yang 3 jenis tu tadi...masukkan sayur, putik jagung , lobak masak dan gaul baru masukkan cili bombey cili padi daun limau purut...

Rasa dulu...air jangan lupa ya kalau nak yang berkuah sikit..
garam gula jangan lupa pulak taruk ya

MUDAH JE...dah complet bahan..ada sayur ada daging..boleh dihidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak memang sedap..

SELAMAT Mencuba ...

.....Next resipi ada lagi....
tunggu

20 Ogos 2020

RESIPI ASSAM PEDAS IKAN Dari Dapur Kecil Kakina

Assam pedas..per sedapnya lelagi dapat yang versi dulu2 cara mak mak masak dengan cara traditional

Tahu tak ada cara traditional..nak tau meh kakina share
Maksudnya tanpa belender cili ..all kita kasik tumbuk denagan lesung batu tau..Baru ada POWER kaw-kaaw
Dalam assam pedas tu pulak masukan nenes or sawi jeruk

Bila cakap sawi jeruk ni teringatkan perangai atau kesukaaan arwah abah kakina
Ia memang suka sesangat dengan assam pedas versi johor dengan ada nya nenas atau sawi jeruk ,dimasak pulak jangan pekat sedang sedang elok tak cair benooo
Ada caranya tau..hanya johor mari je 
 

 

Mari kita tengok Resipi Assam Pedas Dari Dapur Kecil Kakina. Simple je yang benarnya, mudah dan cepat kalau cara kakina lah ya


RESIPI ASSAM PEDAS IKAN DURI

Bahan-bahannya:

CILI Kering dalam rm2 direbus juga buang bijinya ( Semua di blender) 

dengan Bawang besar dalam 2 biji Bawang kecil dalam 4 biji  Bawang putih 4 biji Halia 1 inci Kunyit Hidup 1 inci Belacan juga Lada Hitam

Assam jawa , bunga kantan 2 kuntum , daun kesum rm1 minyak untuk menumis juga air 

Garam dan gula jangan lupa ya ikut lah rasa jangan pulak main buh je nanti jadi pengat pulak kalau terlebih gula dan jadi ikan masin kalau terlebih garam..agak2 lah ya

Sayur kakina guna bendi  ada juga yang guna terung bulat  terung panjang dan buah tomato.SEMUA ITU ikut lah pada diri sendiri nak masukkan apa dalam assam pedas, guna timun pon boleh juga bagi bahan tambahan


Cara-caranya mudah saja

Panaskan minyak dan masukkan bahan bahan blender tadi masak lah sampai naik minyak dan betol2 kering air cili tadi...lepas tu masukkan air assam jawa dan tambah air lagi.Masukkan bunga kantan daun kesum garam gula 

Bila air dah mendidih dan dah rasa baru masukkan ikan dahulu agak2 dah nak masak ikan baru masukan  sayur yang lain sebab sayur cepat lembik bila lama sangat masak dalam 10 minit lagi baru lah angkat ya

OK LAH is done siap resipi ASSAM PEDAS KAKINA

Selamat mencuba sayang2


Next resipi ada banyak lagi....lets cook for family




17 Ogos 2020

SET KULIT - YOUTH BUDGET ( Pengedar Batu caves Selayang )

Kulit bermasalah pasti nya merisaukan diri kita kan...Tapi bukan semua orang ada budget nak mencantikan kulit sepertimana ia berada boleh je...pergi spa...beli product mahal2..injection ke atau buat perubahan dengan pembedahan plastik ke or silicon ke...

Bak kata zaman sekarang ni ada pelbagai cara untuk dapatkan kulit yang cantik.Cuma disini kakina nak ingatkan jangan terlalu taksub nak kulit cantik jadi terus tak cantik malah makan teruk dari sebelumnya...Oleh itu buat lah penilaian dan berfikir dahulu...sebelum terlambat..

 Sekarang pon dah ada pelbagai product kecantikan, cuma beringat lah ya bukan mudah nak cantik dengan sekelip mata...BOHONG lah hari ni pakai esok dah cantik..BOHONG lah hari ni makan vitamin tu esok dah putih kulit...Haaaa dari situ lah kena beringat jangan sekadar tengok testimony2 yang ada dah mudah tergoda..

Kerana ramai je yang mudah tergoda atas semua itu..tetapi jarang sekali ada yang betol2 teliti dibelakang product ada bahan2 nya..sama ada ia betol bukan product terlarang dan bebas kimia..

 

 

youth skincare

 

 

Disini kakina nak share beberap list yang seharusnya anda tengok sendiri ya pada skincare yang anda gunakan selama ni..Ini bukan bertujuan untuk menakutkan tetapi untuk sharing ..Ramai yang sering berkata.."aku pakai product sememangnya selamat tau" tapi pernah tak terdetik tengor bahan2 apa yang digunakan dan betol ke ada kelulusan KKM..BOZ setengah2 product apa yang dihantar pada KKM tak sama dengan apa yang dijual...itu yang ramai tertipu..

Manusia boleh buat apa je  untuk duit..itu yang berlaku sekarang

Meh kita tengok ya ...

Senarai 1,500 bahan yang tidak digunakan di dalam formulasi YOUTH adalah terlalu panjang untuk disenaraikan. Ini sebahagian daripadanya:

 

Meh kita tengok ya ...

Senarai 1,500 bahan yang tidak digunakan di dalam formulasi YOUTH adalah terlalu panjang untuk disenaraikan. Ini sebahagian daripadanya:

Lauryl sulfates/Laureth sulfates - Pewangi Sintetik - Paraben

Pengawet Formaldehid - Pengawet Lain - Mineral Oil/Paraffin/Petrolatum

Microbeads (microplastics) - EDTA - Ethanolamines (MEA/DEA/TEA))

Chemical Sunscreens - Benzophenone - Phthalates - Cyclosilicone

Quaternary ammonium compounds

Quaternium-15 - Hydroquinone - Pewarna Sintetik

Bahan-bahan dari haiwan - Lanolin - PEGs - Propylene glycol

Logam Berat - Merkuri - Silver & Salts - Barium salts - Pelarut

Toluene - Chlorofluorocarbon propellants - Sebatian berfluorin

Coal Tar - Talkum - Wheat (Gluten)

 

youth skincare

 

 

Nak skincare YOUTH tapi nak yang budget..mari kakina perkenalkan pada anda.Di mana ia terdiri daripada 4 jenis yang biasa ramai customer ambil..

1. Luminous Gel Oil Cleanser
Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan & mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain.

2. Perfecting Skin Toner
Mengelupas, menghidrat dan menyuburkan kulit kita.

3. Youth Activating Serum
Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita.

Toner ini mempunyai teknologi yang telah dipatent iaitu Kompleks Pengaktifan Belia Shaklee

Yang mempunyai 10 x bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada tahap sel.

Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda.

4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50
Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 30 UVA / UVB matahari & melindungi juga untuk kulit kita daripada pencemaran alam sekitar

Wow. Perlindungan 2 dalam 1
Tanpa bahan kimia.
Hanya bahan semulajadi

Krim pelindung matahari ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer dari hidupan laut

5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
Krim malam yang baru ini menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit.

Dan menyokong proses pembaharuan kulit semasa kita tidur.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin,lebih bercahaya




Youth skincare terdiri daripada 5 bahan yang terbaik
  
Bahan2nya terdiri daripada :-

#Muscadine Grape

#Lotus Japonicus

#Schisandra Chinensis Fruit Extract

#Vital Repair Comples

#Apple Stem cell Extract

 

A.MUSCADINE GRAPE -Polifenol Muscadine Grape berfungsi dalam melindungi dan memperbaiki DNA sel dan dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.


B.LOTUS JAPONICUS
-mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. Ia membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit secara berstruktur.

 

C.APPLE STEM CELL EXTRACT -Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract boleh mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut dengan lebih lama.


D.SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT- SECARA tradisonalnya herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

 

E.VITAL REPAIR COMPLEX - yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Untuk dapatkan skincare YOUTH shaklee boleh hubungi kakina ya

 
 
*** Boleh juga wasap / call / pm - 017 2785151 kakina ya


Buat pilihan yang tepat bersama SHAKLEE...satu-satunya supplement yang terbaik dan sudah ada dipasaran lebih daripada 100 tahun...



Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , TAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.

14 Ogos 2020

RES V terlalu ISTIMEWA - MENGAPA ? ( Pengedar Batu caves Selayang )

 Tentu dah semakin ramai yang mengenali Res V kan, ia dalah adiik kepada VIVIX tapi walaupon adik ia lebih 30% POWER daripada VIVIX. Kalau nak tahu lah Res V ni adalah gabungan 7 bahan botani yang terbaik telah dipilih oleh para saintis termuka didalam penyelidikan mereka selama 10tahun lebih untuk dapatkan hasil yang betol2 hebat

Mengapa ? begitu dah kata adik mestilah kurang power kan...O No lah Shaklee takkan membuat sesuatu product baru yang kurang best dari sebelumnya setiap product pastinya lebih hebat daripada itu..

Res V mempunyai bahan2 yang lebih daripada VIVIX tau..itu sebab ia lebih power lebih mahal sikit je pon tak mahal ia setanding dengan kuality nya ya dan bukan biasa2 product. Gabungan botani telah dipilih secara teliti dan ia membuatkan kuasa polifenol .

 

 

Res V berbentuk KAPSUL - SOFT GEL

Sebenarnya kapsul  berbentuk soft gel dan ia agak keras sedikit , ia amat berbeza dengan product lain yang berbentuk kapsul. Ia bertujuan agar tidak berlakunya teroksidan dan mengekalkan kandungan POLIFENOL yang ada.

Mari kita kenali apa yang membuat shaklee buat Res V berbentuk kapsul.

Bentuk Res V adalah bujur dan ia mempunyai 2 lapisan luar dan dalam dimana ia ada tujuan yang berbeza iaitu:

lapisan luarnya ia diselaputi dengan BOVINE manakala sebelah dalam lapisan ia diselaputi dengan hampas kulit anggur/ biji anggur.

 ***mengikut piawaian KKM, ResV di ketogarikan/daftarkan atas ubat tradisional walaupon kita tahu ResV ni bukan ubat.Ia dalah supplement.Sebab kandungan ResV dah tersedia terpapar di kotak bahagian luar.


Kita Dah kenal Bentuk ResV ,Pe kata kita kenali pula MANAFATNYA..

 

ResV

 

ResV Untuk Kulit Sihat

Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas.

Meningkatkan pengeluaran kolagen dan membantu mencantikkan kulit wajah.

 

 
 

ResV Untuk Membantu Peredaran Yang Sihat

Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membantu menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol LDL ( jahat ).

Meningkatkan kolesterol HDL ( baik ) yang tinggi.

 

 ResV

ResV Untuk Mengekalkan Tahap Gula Darah Yang Sihat

Meningkatkan tahap kesihatan hati dengan mengawal tekanan badan dalaman dan mengurangkan kematian sel pada hati.

 

ResV Untuk Membantu Meningkatkan Fungsi Otak Yang Sihat

Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu dapat meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. -Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan


 

 

ResV Menyokong Detoks Yang Berkesan

Meningkatkan tahap kesihatan hati dengan mengawal tekanan badan dalaman dan mengurangkan kematian sel pada hati.

 

  

 

ResV Untuk Meningkatkan Tenaga Dan Kekuatan Otot

Membantu meningkatkan penghasilan tenaga dalam badan

 

ResV Untuk Perkembangan Sel Yang Sihat

ResV Untuk Memelihara Dan Menyokong Kesihatan Sendi -Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.

 

ResV untuk Perkembangan SEL yang SIHAT

Ia mengelakkan penipisan juga meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi

 


APA yang ada pada ResV sehingga ia menjadi terlalu istimewa?

Kalau nak tahu ResV ni adalah 6 patent yang dihasilkan khas dalam shaklee.Prosess pengekstrakan yang mana dipatenkan bagi mengelakkan kadar bioaktif POLIFENOL untuk memberikan kesan optimum pada pengguna  yang mengamalkannya.Ia nya seperti mana: 

Terdiri daripada bahan2 semulajadi  -  Ia tanpa PEWARNA - Ia juga TANPA BAHAN PERASA TIRUAN atau pemanis tiruan ( semua dari bahan asli ) - Ia tanpa pengawet - Ia tanpa bahan GLUTEN tambahan.  Semua ni memang dipatenkan KHAS EKSLUSIF hanya SHAKLEE punyer tiada siapa yang boleh tiru

 Tahu tak ResV ni kita tak perlu simpan dalam petiais ataupon petibeku. Ia mempunyai jangka hayat selama 24 bulan .Itu sebab ia terlalu mudah untuk kita simpan...BEST kan..

 

Yang teringin nak perolehi atau nak mencuba  nak dapatkan  SUPPLEMENT SHAKLEE  boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Boleh juga wasap / call / pm - 017 2785151 kakina ya

Buat pilihan yang tepat bersama SHAKLEE...satu-satunya supplement yang terbaik dan sudah ada dipasaran lebih daripada 100 tahun...


Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , TAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.

11 Ogos 2020

TIPS MEMILIKI KULIT YANG CANTIK BERSIH ( Pengedar Batu Caves Selayang )

Sebut je kata cantik , semua nak cantik nak lawa tetapi bagaimana nak cantik? Yang pastinya dah memiliki kulit yang cantik pasti tersenyum , tu pon ada gak yang tak berpuashati bila dah cantik  lagi nak cantik hingga sanggup buat pembedahan muka berani menanggung risiko dan sanggup mengeluarkan modal yang banyak semata-mata nak cantik.

Jom cantik
jom sihat bukan saja cantik diluar dimata orang , ia juga cantik didalaman ya. Ni bukan saja saja sembang tapi dengan syarat rajin 



Tips kulit cantik



Kakina nak share beberapa TIPS tentang memiliki kulit cantik. Agak2 ada tak yang berminat nak baca nak amalkannya...
 

1. Perbanyakkan minum air kosong 
 
Beringat ya badan kita amat perlukan air tapi pastikan minum air kosong lebih bukan lebihkan minum air manis sebab ada setengah orang memang tak suka minum air kosong kata "loya tekak /  tak lalu lah " pelbagai alasan Tetapi KALAU AIR MANIS LAJU JE TERUTAMA AIR BERAIS...tau tak akibatnya bila terlalu banyak minum begitu ..silap silap kaki kena potong baru tahu....jangan pulak menyesal kemudian hari bila disahkan awak kena diabetes..
Hidrasi adalah kunci utama kepada kulit yang segar dan sihat. Jika kurang air, ia akan mengundang kulit berjerawat dan pengeluaran minyak walaupun ia kering



2. Jangan lupa bersihkan muka sebelum TIDUR
 
Kerana bila tidur dengan solekan tak elok untuk muka yang mana liang roma akan tersumbat selama berjam-jam ketika tidur disebabkan tompokan bahan make-up.Kalau nak tahu kulit pon memerlukan masa untuk pernafasan.



3. Pastikan cukup tidur setiap hari 
 
Dimana sekurangnya 6-8 jam dalam sehari ya...jangan lebih jangan kurang.
Badan kena cukup rehat sebab bila badan tak cukup rehat, kulit kita akan menjadi letih serta kering ibarat badan yang tak mandi dalam seharian walaupon badan dah mandi.

Selain itu bila badan tak cukup tidur, kita boleh lihat mata akan jadi mata panda ( eye back ) atau lingkaran hitam dibawah mata.


4. Lebihkan makan BUAH-BUAHan juga Sayuran Hijau yang menyegarkan

Ramai diantara kita memang kurang makan buah-buahan kan...mengaku je ler...
kakina sendiri pon kurang makan buah.Kena paksa baru lah makan, yang benarnya malas dan ambik mudah semua tu tak fikir akan akibatnya.Banyak je buah-buahan yang bermanafat untuk kesihatan badan juga kulit contoh :Limau..kan ada vitamin C..tu salah satu ..ada lagi banyak sebenarnya
 
 

5. Sebaiknya kena lah sentiasa Berfikiran Positif KURANGKAN berperasaan Negative or Stress

Apa yang ada di dalam hati, itu yang terzahir di wajah. Kakina selalu dipesan oleh upline2 juga shabat dalam group serta family dimana mengatakan bahawa badan yang sihat datang dari hati yang sejahtera. Betol tu memang tak dinafikan dan sangat setuju dengan mereka semua. Kalau kita sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dan gembira selalu potensi untuk merasa stress amatlah nipis. 

Stress hanya akan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula tumbuh dengan cepat. Selain itu, tidur yang cukup juga membantu sel kulit mendapat rehat yang diperlukan dan bekerja dengan lebih efektif untuk pembentukan kolagen. Kolagen berfungsi memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sihat dan cantik. 

 

                        Youth SPF50

 

 6. Lindungi Kulit dari Cahaya matahari atau Sinar UV dan Penghawa Dingin

Masa yang paling genting adalah antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Pada waktu ini, membiarkan kulit terdedah di bawah sinaran matahari menyebabkan kelembapan hilang, masalah jeragat dan menggalakkan kedutan di wajah. Lebih teruk lagi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. 

Sinar matahari hanya bagus ketika awal pagi sahaja. Sekiranya anda terpaksa berpanas dalam tempoh yang agak lama, pastikan kulit anda dioles dengan foundation yang sesuai. Saya sendiri sentiasa memastikan kulit muka disapu nipis dengan  YOUTH - Age Defense Mineral Moisturizer SPF50

Bagi  mengurangkan kesan sunburn untuk pastikan kulit sentiasa lembap ketika bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Penghawa dingin membuatkan kulit kering dan gatal, dan menggalakkan kemunculan garis penuaan. 

  

Vitamin C


7.Vitamin Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Selain cara-cara diatas kakina nak bagi tahu juga tau betapa penting Vitamin untuk membantu mengekalkan keremajaan kulit agar sihat dan cantik. Vitamin yang paling sinonim dengan kulit adalah Vitamin C. Ia membantu proses pembentukan kolagen. Kolagen diperlukan dalam memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sihat dan cantik. 

Untuk pengetahuan semua, tubuh badan kita tidak mampu menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengambil Vitamin C untuk keperluan tubuh terutamanya kulit melalui pemakanan harian dan juga suplemen. 

Amalkan secara konsisten setiap hari dan anda akan lihat kesannya terhadap kulit anda. Namun pastikan vitamin yang anda pilih adalah selamat dan berkesan, sepertimana yang saya amalkan selama lebih 2 tahun ini. Vitamin ini juga saya gunakan sebagai masker seminggu sekali. 

Ada lagi satu vitamin iaitu ESP ni memang POWER gila , ramai wanita gemarkannya termasuklah kakina sebab ia adalah sumber protein.Esp DAPAT MENYEGARKAN badan dan melancarkan peredaran darah dalam badan itu sebab perlunya protein yang cukup untuk bina sel2 baru bagi mengantikan sel2 yang mati agar kulit lebih sihat. Tau tak badan kita perlukan protein yang cukup kerana bila kekurangan protein badan menjadi lemah kurangnya tenaga kulit pon tak sihat. Dan ESP boleh juga buat mask campur sekali dengan VIT C...per licin gebus kulit.


8. Menggunakan Pencuci Muka yang Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Ini yang paling penting , Tahu tak banyak sangat pencuci muka yang ada di pasaran sebenarnya mengandungi bahan kimia berbahaya yang tak sepatutnya ada. 

Banyak pencuci muka dipasaran ada mengandungi Hydroquinone, merkuri dan paraben antara bahan kimia yang sering digunakan dalam produk kecantikan untuk mendapatkan kesan pantas tetapi berisiko tinggi. 

Contohnya penggunaan produk yang mengandungi merkuri secara berpanjangan berpotensi menyebabkan kegagalan ginjal, gangguan mental (anxiety) dan juga masalah radang kulit yang meninggalkan parut. Ngeri kan? 

Jadi, pastikan pilih pencuci muka yang selamat dari bahan kimi berbahaya ini. Juga amalkan scrub muka seminggu 2-3 kali untuk menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati dengan lebih berkesan. Untuk kulit sihat dan cantik, saya gunakan pencuci YOUTH - Luminous Gel Oil Cleanser  Yang ini pula adalah 3 dalam 1 dimana ia mengandungi :- 

 - pH yang seimbang - Bebas sabun - Gabungan daripada vitamin serta polifenol serta alga

Ia lebih pada mengilatkan kulit wajah , mencerahkan kulit serta ia menjadikan kulit wajah agar lebih cantik..Shaklee product - YOUTH SKINCARE adalah jenama yang diyakini selamat dan 100% bebas dari PARABEN / BAHAN KIMIA

 

Yang teringin nak perolehi atau nak mencuba  nak dapatkan  SUPPLEMENT SHAKLEE  boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Boleh juga wasap / call / pm - 017 2785151 kakina ya

Buat pilihan yang tepat bersama SHAKLEE...satu-satunya supplement yang terbaik dan sudah ada dipasaran lebih daripada 100 tahun...


Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , TAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.