18 Mac 2019

KHASIAT KURMA MERAH - KERING ( Pengedar Batu caves Selayang )

Per wanginya...
Per semerbaknya bau nya....dikunyah lagi lah best...Bila dah terliur tengok setiap hari geng2 opis minum air dari KURMA merah yang kering bersama Mata kucing...Mau tak tergoda..iman ni...

Biasa orang islam dibulan ramadhan memang mengamalkan buah kurma yang datang dari pelabgai negara untuk sumber tenaga...Kurma merah memang jarang sekali umat islam mengamalkannya...

Tahu tak apa khasiatnya sehingga Kaum cina suka mengamalkannya untuk dibuat minum  juga didalam masakan mereka...

Meh kakina explint sikit mengenai Khasiat Kurma merah ni...


KHASIAT KURMA MERAH



Kurma Cina adalah sejenis herba yang kaya dengan khasiat. Masyarakat Cina menggunakan kurma merah ini untuk menyediakan hidangan sup herba jua boleh dibuat minuman...
Kurma Merah adalah bahan wajib untuk menyediakan leng chee kang. Hidangan ini merupakan sejenis minuman yang menyegarkan dan dipercayai dapat menyejukkan badan. Ianya boleh diminum sejuk atau panas. Campuran bahan-bahan yang berkhasiat seperti kacang gingko, biji teratai dan fungus putih menambahkan lagi nilai khasiat minuman ini.


KHASIAT KURMA MERAH

Untuk pengetahuan, di China kurma merah telah dilabel sebagai “Raja Kacang” kerana kaya dengan nilai khasiat pemakanan. Jumlah vitamin C dalam kurma merah adalah 70 hingga 80 kali lebih tinggi daripada anggur dan epal, serta kaya dengan vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, protein, kalsium, fosforus, besi dan magnesium.
Buah ini mampu merangsang pengeluaran sel darah putih, serta meningkatkan imun badan, dan mengurangkan paras kolesterol dalam aliran darah. Ia juga boleh membantu melindungi hati. Ia seperti buah beri acai dan makanan antioksidan lain, kurma merah dipercayai boleh membantutkan sel kanser.

KHASIAT KURMA MERAH

Kurma merah ini juga mempunyai vitamin C yang tinggi. Ia dapat menukar kolesterol yang berlebihan ke dalam asid hempedu, yang dapat membantu mengelakkan batu karang. Sementara itu, fosforus dan besi memainkan peranan penting dalam mencegah osteoporosis dan anemia, terutamanya kepada kaum wanita. Banyakkan khasiat kurma merah ni.

Di Antara - 10 khasiat Kurma Merah (kurma cina) untuk kesihatan :

1. Kurma Merah boleh meningkatkan produksi sel darah putih yang bermanfaat untuk tingkatkan ketahanan tubuh.

2. Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).

3. Kurma Merah kaya dengan anti-oksidan yang boleh melemahkan sel kanser.

4. Mampu memberikan nutrisi serta meningkatkan produksi darah.

5. Kurma Merah bermanfaat juga pada wanita kerana ia boleh melancarkan pengeluaran darah haid dan darah selepas melahirkan.

6. Sangat baik untuk pesakit diabetes

7. Bagus untuk mengatasi perut kembung dan penderita masalah pencernaan seperti sembelit.

8. Menyembuhkan batuk berkahak, sakit gigi, dan infeksi gusi.

9. Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.

10. Dapat menenangkan fikiran dan boleh menyembuhkan pesakit insomnia.


PELBAGAI JENIS-KURAMA MERAH KERING, Meh kita kenalinya..

Sebenarnya terdapat 6 jenis kurma merah kering yang boleh didapati di pasaran.
*Shahany
*Mozafati
*Kabkaab
*Zahidi
*Shahabi
*Rabbi
Kurma Merah Kering juga merupakan sumber yang kaya dengan kalsium yang membantu pertumbuhan gigi dan tulang yang lebih kuat, serta mencegah penyakit sendi dan artritis. Mineral lain yang wujud dalam buah ini adalah Magnesium, Fosforus, Kalium, Tembaga, Mangan dan Selenium.

Serat tinggi di dalam kurma merah membantu melancarkan sistem kolon dari sisa najis yang tertinggal di dalam saluran, malah boleh bertindak sebagai bahan pelawas. Caranya ialah dengan merendam Kurma merah kering di dalam air selama sehari, dan makan pada waktu malam sebelum tidur (termasuk minum air rendaman kurma). Hasilnya anda akan mendapati pergerakan usus yang jelas pada keesokan harinya.

Kurma merah kering juga boleh membantu menguatkan otot-otot jantung bagi pesakit jantung. Malah wanita hamil dinasihatkan agar makan Kurma merah segar atau kering untuk mengukuhkan otot-otot rahim serta memudahkan proses bersalin. Kebanyakan ahli bina badan makan Kurma sebelum bersenam, kerana ia boleh memberikan tenaga dan kekuatan untuk senaman yang lebih lama.

KHASIAT KURMA MERAH


Kurma Kering merah membantu meningkatkan stamina fizikal dan libido. Ini kerana ia kaya dengan mineral dan mengandungi beberapa fitonutrien yang bertanggungjawab untuk memberikan kekuatan stamina dalam badan yang lebih tinggi.

Sifat-sifat antioksida Kurma kering merah boleh membantu penghadaman dan merawat masalah keasidan dan pedih ulu hati, ulser perut dan kolitis. Ia membendung pertumbuhan beberapa organisma patologi dalam usus dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang membantu penghadaman.

Kurma ini juga sangat kaya dengan kalori. Sebiji Kurma merah boleh memberikan tenaga sebanyak 66 kalori. Jadi anda boleh mendapatkan berat badan yang ideal dengan cara yang sihat dengan memakan Kurma merah.



Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan