14 Mac 2019

KEBAS TANGAN APA YANG PERLU KITA TAHU ( Pengedar Batu caves Selayang )

Kebas tangan adalah salah satu simptom yang tanpa diduga boleh berlaku pada siapa saja terutama pada golongan mereka2 yang memang ada penyakit tertentu..Ini memang ditakuti oleh semua . 
Salah satu penyakit ramai ketahui  yang paling dirisaukan apabila seseorang itu menghadapi kebas tangan adalah pesakit angin ahmar.

KEBAS TANGAN

Kalau nak tahu lah kan kebanyakan masalah kebas tangan bukan berpunca daripada mereka yang ada  angin ahmar dan selalunya angin ahmar akan menyebabkan simptom lain terutamanya kelumpuhan pada bahagian tangan ataupun kaki.
Perkara ini selalunya berlaku ketika mana tangan anda terhimpit disebabkan posisi tidur yang tidak betul. Posisi tersebut akan menyebabkan saraf dan juga saluran darah terhimpit menyebabkan fungsi saraf deria dikawasan tersebut akan berkurangan.
Ini akan menyebabkan seseorang tidak merasakan apa-apa rangsangan langsung pada ketika itu seolah-olah anda tidak mempunyai tangan. Tetapi setelah kita membetulkan posisi badan dan himpitan itu hilang, maka tangan tersebut pun akan beransur normal dan dapat merasa semula.
Masalah ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu duduk dalam keadaan bersila pada satu masa yang lama. Pada ketika itu, individu tersebut akan mula merasa kaki menjadi kebas dan seolah-olah dicucuk jarum. Apabila dia berdiri semula, himpitan tersebut akan hilang menyebabkan saraf dapat berfungsi semula seperti biasa.
Keadaan seperti ini selalunya tidak dirisaukan oleh para doktor. Akan tetapi terdapat beberapa keadaan yang merisaukan doktor jika kebas itu berlaku tanpa melibatkan posisi badan seseorang pesakit.


APA PUNCA TERJADINYA KEBAS TANGAN ?

Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.
Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan dimana ia bukan disebabkan posisi badan saja tau..
Diantara nya adalah seperti dibawah ni:-

1. PENGHIDAP KENCING MANIS

Kencing manis boleh merosakkan saraf di dalam badan sedikit demi sedikit. Pada mulanya ia akan mula merosakkan saraf di bahagian kaki terlebih dahulu. Jika ia terlalu teruk, ia boleh naik ke bahagian tangan pula.
Sebanyak 30% mereka yang menghadapi kebas dibahagian kaki adalah disebabkan kencing manis.

2. PESAKIT ANGIN AHMAR ATAU STROK

Masalah ini selalunya akan menyebabkan pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian tangan dan kaki. Ia disebabkan pendarahan ataupun sumbatan darah yang berlaku dibahagian otak.
Pesakit boleh mengadu simptom kebas ataupun tidak pada bahagian yang lumpuh

3. SINDROM HIMPITAN SARAF BERLAKU ( Nerve Entrapment Syndrome )

Saraf yang terperangkan ataupun mengalami himpitan ini selalunya berlaku dikawasan yang membentuk terowong. Dimana saraf tersebut perlu memasuki lubang/terowong itu. Jika lubang itu menghadapi keradangan, ia akan menyebabkan fungsi saraf terganggu dan tangan akan kebas.

4. PENYAKIT SISTEMIK seperti :-

Penyakit yang melibatkan seluruh sistem badan seperti kegagalan buah pinggang, masalah hati, kerosakan pada salur darah, keradangan kronik dan sebagainya yang menyebabkan himpitan pada saraf

5. BADAN KEKURANGAN VITAMIN yang diperlukan

Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.

6. PENGAMBILAN  ALKOHOL yang berlebihan atau KERAP

Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan tahap vitamin thiamin menjadi berkurangan di dalam darah.
Thiamin juga merupakan salah satu elemen yang diperlukan untuk membentuk saraf yang sihat. Kekurangan elemen ini akan menyebabkan pesakit mengalami kebas-kebas badan.

7. TOKSIN YANG BANYAK

Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.
Jadi, sebaiknya anda  dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri...hati2 memilih skincare yang ada dipasaran sekarang ..jangan mudah terjebak ..

8. PENYAKIT AUTOIMUN

Penyakit Autoimun adalah satu penyakit yang berlaku disebabkan kekeliruan sistem imun. Ia akan menyebabkan sistem imun badan menyerang sel badan sendiri.
Beberapa jenis penyakit autoimun adalah:
  • Guillain-Barre syndrome
  • Systemic Lupus Erythematosus
  • Rheumatoid arthritis

9. BERLAKUNYA KECEDERAAN dalam kemalangan

Trauma yang melibatkan kerosakan pada saraf akan menyebabkan rasa kebas pada bahagian tangan ataupun bahagian lain.

Sebagai contoh jika terdapat tulang yang retak dibahagian tengkuk ataupun slipped disc yang berlaku dibahagian tengkuk, ia akan menyebabkan saraf terhimpit dibahagian itu. Ini akan menyebabkan saraf yang berhubung dengan tangan tidak dapat berfungsi dan menyebabkan tangan menjadi kebas


PERLU KE BUAT UJIAN bila terasa SESUATU PADA TANGAN seperti KEBAS?

Seperti yang dinyatakan diatas terdapat pelbagai punca kepada masalah tangan kebas. Tetapi setiap daripada punca tersebut mempunyai simptom yang spesifik dan doktor akan membuat keputusan ujian mana yang sesuai dibuat ke atas pesakit.

1. Kencing Manis

Pesakit selalunya akan mengalami kencing yang kerap dan dengan isipadu yang banyak. Bagi pesakit ini, ujian untuk menentukan gula di dalam darah perlula dilakukan untuk mengesan sama ada pesakit mengalami masalah kencing manis ataupun tidak

2. Angin Ahmar

Pesakit akan mempunyai masalah kelumpuhan tangan dan kaki. Bagi pesakit jenis ini, mereka perlulah melakukan Imbasan CT(CT-scan) untuk melihat sama ada berlaku pendarahan ataupun kawasan otak yang sedang mengalami kematian sel disebabkan sumbatan darah

3. Sindrom himpitan saraf

Selalunya masalah ini disahkan dengan hanya melakukan pemeriksaan fizikal sahaja.
Ujian untuk penyakit yang menyebabkan masalah kebas tangan ini akan diceritakan pada topik yang lain.

JENIS RAWATAN UNTUK MEREKA YANG BERMASALAH KEBAS TANGAN..?

Punca kedua selepas saraf terhimpit disebabkan posisi badan adalah Sindrom saraf terhimpit(Nerve Entrapment Syndrome). Penyakit yang selalunya disebabkan masalah ini adalah Carpal Tunnel syndrome iaitu himpitan yang berlaku di kawasan pergelangan tangan.
Rawatan yang selalunya diberikan adalah dengan membuka ruang dipergelangan tangan tersebut untuk mengurangkan tekanan pada saraf itu. Selepas daripada itu, rasa kebas tangan akan berkurangan.
Tetapi terdapat beberapa penyakit yang memerlukan rawatan pada penyakit yang menyebabkan kebas tangan tersebut seperti kencing manis, penyakit autoimun, penyakit sistemik dan beberapa jenis penyakit yang lain.
Jika penyakit jenis ini dapat dikawal dengan baik sebagai contohnya penyakit kencing manis mempunyai kawalan gula yang baik, maka masalah kebas tersebut pun akan berkurangan jugak.
Rujukan:
  1. National Institute of Neurological Disorders and Stroke: “NINDS Paresthesia Information Page.”
  2. The Neuropathy Association: “About Peripheral Neuropathy: Symptoms and Signs.”
  3. National Institute of Neurological Disorders and Stroke: “Peripheral Neuropathy Fact Sheet.”

Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan