13 Januari 2019

SOALAN POPULAR YANG SERING DITANYER MENGENAI ESP ( Pengedar Batu caves Selayang )

Bercerita tentang soya yang dah menjadi kegemaran ramai wanita-wanita diluar sana...Pasti anda salah satu nya yang ingin mencuba TETAPI anda nak mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut...

Pasti anda tertanyer2 kan ESP ni apa? betol ke tulin ? bagus ke untuk kesihatan ?

Oky disini kakina nak share beberapa soalan yang sering ditanyer oleh mereka2 yang mula2 nak tahu tentang ESP...

Seblum tu for info kalau nak tahu ESP ni terdiri didalam 10 listing yang paling popular diantara product2nya yang menjadi rebutan ramai bila OFFER ....memang cepat habis...tau...selain VIVIX yang mahal tu..tu pon ramai peminat ni kan lagi ESP je...murah dan banyak khsiatnya.....



apa itu esp



1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO tu..yang ada pada ESP?
Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Erti kata bahawa kacang soya ESP adalah bahan organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna.


2. Apa pula yang dikatakan ESP? 
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.


3. ESP tu perisa apa ya ? Ada ke perisa COKLAT , KOPI, OREN ?
Kalau nak tahu ESP adalah dari soya tulin. Sepertimana kita tahu ESP ni adalah kacang soya jadi ia adalah vanila lah...pure kacang soya kan....


4. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekul nya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.


5. Bagaimana ESP berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.


6. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan)



7. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki.


8. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya
Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.


9. Berapa sudu yg sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.


10. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil boleh kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, kita perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.


11. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).



12. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee yang lain?
Boleh, tiada masalah.


13. Ada mitos kata soya tak bagus utk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.


14. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel kanser). Betul kah?
Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam


15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
Tidak


16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium.


17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya spt ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.


18. Bolehkah ibu yang menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.


19.Pesakit GOUT boleh ke minum ESP?
Boleh


20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak



21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.


22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?
Rujuk jawapan 10.


23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon.



24. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit.


26. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabeties?
Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.



27. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?
Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.

28. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause.
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.

29. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date.

30.Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.

31. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.

32. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?
Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.

33. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.


34. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.

35. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil dan ibu menyusu?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.


36. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.


37. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam panas?
Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor.


38 Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi,?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.

39. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.

40. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.

41. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

42. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.

43. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang

44. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma.
Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doktor dahulu


Kalau nak list lagi banyak panjang berjela...macam2 persoalan biasa customer bertanyer ...sebab ESP ni soya tulin ...mereka ingat ia sama dengan soya yang ada dipasaran...diawet di proses dengan akohol...dan ada bahan kimia sedikit....

Itu sebab ESP terkenal pada mereka2 yang dah mula rasai dan mengamalkannya...ia memang bagus kerana ia adalah sumber protein terbaik...



Anda boleh nak dapatkan ESP SHAKLEE  ini boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini




Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , Taman Bolton, Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan