Terutama batuk yang berpanjangan...dah pergi klinik pon still batuk juga. Bila batuk dada pon sakit ..adakala sampai terkencing-kencing dibuatnya...
Batuk sering kali berkait dengan selesma...juga demam...
Selesma demam hilang batuk still ada...itu yang biasa terjadi..sebab batuk ni banyak faktor mengapa ia lambat hilang...Itu yang kadangkala..di rumah pon stanby je ubat batuk...ubat yang dibeli difarmasi tu paling wajib ada...macam2 jenis..
Kakina sendiri pernah kena batuk begini...sebulan juga lah ..
Bila batuk je sakit dada sebab tahan
Bila batuk je sampai terkencing-kencing...
Masa tu memang malas nak pergi klinik...dan memang sikap kakina sendiri yang tak suka pergi klinik kalau sakit...kakina lebih suka cara tradisional...entah mengapa...
Nak dijadikan cerita...KAWAN2 dah bising sebab batuk dah macam anjing...kongg kong je...sampai air mata pon meleleh tahan sakit...TEWAS pergi juga klinik ...doctor kata...
"saya bagi awak ubat yang paling kuat tau..lepas ni awak sure tidur...SAYA bagi awAK mc JUGA...tolong balik dan rest...
Arrrr...paling tak suka duduk rumah...itu memang sikap kakina...
maka tak MC duduk opis macam biasa..bekerja...tahan sakit je...BATUK je pon..tangan kaki boleh buat kerja ...selamba je...itu lah kakina...allhmdulillah tiada apa yang terjadi...
Ingat ya jangan ikut kakina...chek lah secepat yang munkin..bila Terjadinya batuk yang berpanjangan...
Tahu tak batuk ni banyak faktor nya...sebab tu ia payah nak senang...
Mari kita tengok sikit adakah faktor-faktor ni ada pada diri kita yang mengalami batuk yang berpanjangan....
Kementerian kesihatan pon dah listkan beberapa faktor terjadinya batuk yang berpanjangan cuma kita ni manusia kadang-kadang tak ambil tahu atau ambik mudah je...penyebab-penyebab batuk berlarutan adalah sepertimana :-
* Alahan
* Asthma
* Jangkitan pada salur pernafasan ( bronchities,sinusitis ) paru-paru (pneumonia,tuberculosis)
* Penyakit yang berkaitan dengan virus sepertimana selesma juga influenza
*Perokok
*Penyakit paru-paru sperti chronic obstructive pulmonary disease
*Terdedah kepada habuk,asap dan bahan kimia ditempat kerja
*Asid dari perut naik ke esofagus,yang mana ia dipanggil gastroesophagel reflux disease (GRED)
*Rembesan cecair ke dalam tekak ( postnatal drip syndrome)
*Mengambil ubat yang diberi nama ACE inhibitors yang mana diambil oleh pesakit darah tinggi bagi mengawal tekanan darah tinggi..
Batuk takkan hilang selagi ia tak dirawat dengan betol...
Tetapi ia boleh ditegah denga pelbagai cara...Disini kakina share beberapa PETUA untuk mengurangkan batuk yang berpanjangan..
1. MINUM AIR yang lebih..
Tapi beringat ya...minum air kosong bukan air manis..
2. AMALKAN MINUM TEA + LEMON
Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.
Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.
3. MAKAN BAWANG PUTIH
Kopek bawang putih dan salai, jangan pulak salai hingga hitam.AGAK2 LAH YA...
Amalkan setiap hari...boleh dimakan begitu saja...atau makan dengan nasi...
4. AIR ASAM JAWA - PALING SEDAP(TANPA GULA)
Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam jawa ini.
Tidak diketahui apakah khasiat asam jawa sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.
5. AIR BELIMBING - BOLEH MINUM SELALU! (TANPA GULA)
Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.
Perah beberapa titis jus limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.
7. AISKRIM VANILA
Ada yang mengatakan aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana bila makan akan menyebabka tekak terasa kebas..
Aiskrim sifatnya sejuk dan apabila makan aiskrim tekak kita akan berasa begitu nyaman..Tapi ingat bukan makan air batu dok kunyah kerana ia membuatkan batuk bertambah teruk lagi tau...
Ini diantara tips dan petua yang kakina share untuk anda....
Jika ia berlarutan pergilah jumpa doctor ya...dapat kan nasihat yang sebaiknya...kita tak tahu apa akan berlaku bila batuk terlalu lama...
Setiap penyakit ada penawarnya...Ikhitar lah dengan sebaiknya...
Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan