Dan juga TIBI...tapi tahu tak penyakit tu boleh berjangkit pada orang berdekatan didalam rumah atau sekitar kita...
Batuk kering atau lebih dikenali dengan nama TUBERKULOSIS (TB) adalah sejenis penyakit yang berjangkit dimana ia disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali dengan nama MYCOBACTERIUM TUBERCULOSIS yang biasa menghingapi paru-paru seseorang...
Namun untuk pengetahun semua jangan saja paru-paru kuman tu hinggap...Ia juga mengjankiti bahagian anggota badan yang lain tau..seperti tulang,sendi,organ pembiakan , usus, kulit jua selaput otak ( TUBERCULOUS MENINGITIS )
TIBI memang menjadi satu masalah yang paling besar didunia ni kerana ia adalah merupakan penyakit berjangkit yang muncul semula..dimana PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) menganggarkan bahawa :
1/3 dari penduduk dunia memang dijangkiti TIBI
Hampir 9 juta orang didunia ni menghidap TIBI pada setiap tahun
Dianggarkan 2 juta berlakunya kematian pada setiap tahun
Paling banyak adalah di benua AFRIKA ,ASIA juga AMERIKA SELATAN
Kalau nak tahu orang yang paling berisiki mendapat TIBI adalah mereka-mereka yang sering membuat lawatan ke luar negara seperti benua AFRIKA juga ASIA...bagi yang menghidap HIV memang berisiko tinggi menghidap TIBI...elakkan daripada mendekati pesakit HIV yang menghidap TIBI...kerana TIBI boleh merebak...
BAKTERIA PENYEBAB adalah Mycobacterium tuberculosis,
Iaitu bakteria berbentuk rod Manusia juga boleh dijangkiti tuberculosis bovine yang disebabkan oleh M. bovis.
Iaitu bakteria berbentuk rod Manusia juga boleh dijangkiti tuberculosis bovine yang disebabkan oleh M. bovis.
CARA IA TERJADI:
Melalui udara apabila seorang pesakit yang menghidap tibi batuk atau bersin, bacteria ini boleh menjangkiti individu yang berada berhamoiran dengan pesakit Tibi tersebut.. TIBI Bovine (yang disebabkan oleh Mycobacterium bovis) menular melalui pemakanan yang tercemar, produk tenusu yang tidak dipasteur dari lembu yang dijangkiti.
Melalui udara apabila seorang pesakit yang menghidap tibi batuk atau bersin, bacteria ini boleh menjangkiti individu yang berada berhamoiran dengan pesakit Tibi tersebut.. TIBI Bovine (yang disebabkan oleh Mycobacterium bovis) menular melalui pemakanan yang tercemar, produk tenusu yang tidak dipasteur dari lembu yang dijangkiti.
M.tuberculosis boleh berjangkit, tetapi kebanyakan jangkitan tidak menyebabkan penyakit. Risiko mendapat penyakit adalah 5 hingga 10% semasa hayat, tetapi boleh meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya faktor kurangnya daya ketahanan tubuh (contohnya jangkitan HIV).
TANDA DAN JUGA GEJALA TIBI / BATUK KERING
*Batuk berterusan melebihi dua (2) minggu
*Batuk berkahak dan kadang-kala berdarah
*Hilang selera makan dan susut berat badan
*Demam
*Sukar bernafas (Dispnea)
*Berpeluh di waktu malam
*Sakit dada
*Suara serak
CARA RAWATANNYA ADALAH :-
Diagnosa makmal dilakukan melalui pemeriksaan kahak pesakit Tibi .Pemeriksaan cecair atau dalam tisu badan yang lain.
Diagnosa penyakit TIBI turut disahkan dengan cara pengkulturan M. tuberculosis dari kahak atau spesimen pernafasan yang lain untuk TB pulmonari dan cecair atau tisu badan lain yang terjejas untuk TIBI luar pulmonari.
Secara purata, ia mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk proses kultur dan mengenal pasti M. tuberkulosis, walaupun menggunakan teknik kultur yang cekap.
Diagnosa penyakit TIBI dilakukan berdasarkan kriteria klinikal sekiranya tiada pengesahan mikrobiologi.
RISIKO BILA KENA TIBI :-
- Batuk berdarah (hemoptysis)
- Udara dalam paru-paru (pneumothorax)
- Paru-paru bernanah (empyema)
RAWATAN YANG SEBAIKNYA BILA KENA TIBI :-
Penyakit TIBI dirawat dengan rawatan pelbagai ubat selama 6 bulan (isoniazid, rifamipicin, ethambutol dan pyrazinamide selama 2 bulan, diikuti dengan isoniazid dan rifamipicin selama 4 bulan).
Bagi TIBI rentan ubat.(Drug resisant) lebih sukar dirawat. Ia memerlukan 4 hingga 6 jenis ubat selama 18 sehingga 24 bulan dan rawatan pula perlu dilakukan oleh pakar yang terlatih.
BILA KENA TIBI / BATUK KERING .
MEREKA YANG ADA TERSENARAI DIBAWAH PERLU MENDAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA DIHOSPITAL...jangan tunggu lagi
MEREKA YANG ADA TERSENARAI DIBAWAH PERLU MENDAPATKAN RAWATAN DENGAN SEGERA DIHOSPITAL...jangan tunggu lagi
- Pesakit tenat
- TIBI sebaran akut
- TIBI yang melibatkan sistem saraf pusat, perikardium, adrenal dan tulang belakang
- TIBI rentan pelbagai ubat (Multi-drug resistant)
- Pesakit yang tidak patuh dengan regimen rawatan
- Pesakit dengan komplikasi penyakit lain
- Pesakit turut menghidap penyakit berkaitan diabetes tidak terkawal dan kegagalan buah pinggang
- Pesakit mengalami kesan sampingan ubatan yang teruk seperti alahan kulit yang teruk atau jaundis
- Pesakit yang perlu mengurangkan kesan buruk (desensitisasi) ubat anti-tuberkulosis
RAWATAN YANG BIASA DOCTOR BAGI BILA DISAHKAN TIBI adalah:
Satu regimen rawatan TB di bawah pengawasan petugas kesihatan atau sesiapa yang dilatih dalam tempoh 6 bulan untuk memastikan pesakit mengambil setiap dos ubat.
ADA CARA nya BAGI PENCEGAHAN AWAL UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN TIBI PADA SESEORANG...
Imunisasi Bacille Calmette Guerin (BCG) diberikan kepada semua bayi yang baru lahir kecuali bayi yang mempunyai kontraindikasi seperti ibu HIV positif, bayi kurang berat badan. (semua bayi yang mempunyai kontraindikasi akan diberikan imunisasi BCG setelah mendapat pandangan daripada pakar kanak-kanak)
Revaksinasi BCG diberikan kepada bayi atau kanak-kanak yang berumur sehingga 15 tahun jika telah diberikan imunisasi BCG tetapi tidak mempunyai parut BCG, mempunyai parut pinpoint iaitu kurang dari 2mm dan tidak pernah mendapat imunisasi BCG.
Perlindungan vaksin bermula selepas 4 hingga 6 minggu. Dos tambahan tidak diperlukan. Imunisasi BCG telah terbukti memberi 70 hingga 80% perlindungan terhadap meningitis TIBI.
Jenis vaksin: Vaksin hidup tubercle bacilli
Bilangan dos:
Satu Dos
Bayi kurang dari 1 tahun : 0.05ml
Kanak-kanak berumur dari 1 tahun sehingga 15 tahun :0.1ml
Satu Dos
Bayi kurang dari 1 tahun : 0.05ml
Kanak-kanak berumur dari 1 tahun sehingga 15 tahun :0.1ml
Secondary BCG telah diberhentikan bermula 1 Julai 2002.
Cara pemberian : Intradermal
Kontraindikasi:
- Jangkitan simptomatik HIV
- Penyakit kulit yang teruk
- Demam tinggi melebihi 38°C
- Kurang Berat badan <1.8 kg
- Neonatal jaundis
Kesan sampingan :
- Papule pada 1 minggu
- Ulser 2-6 minggu. Sembuh dalam masa 12 minggu dan akan membentuk parut
Komplikasi :
- Lelehan dari parut dalam masa kurang dari 1 minggu contohnya saiz ulser 10 mm, lambat sembuh (lebih dari 12 minggu)
- Pembesaran kalenjar/ nanah di tempat suntikan atau subcutaneous.
- Parut keloid – rujuk doctor jika terjadi sebarang komplikasi.
Langkah berjaga-jaga
Individu yang melawat negara bukan endemik mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti.Anggota kesihatan yang bertugas secara langsung dengan pesakit tibi dinasihatkan menggunakan alat pelindung pernafasan (contoh: N95).
Individu dari negara dengan insiden TB yang rendah boleh dijangkiti semasa membuat lawatan ke negara dengan insiden TB yang tinggi (contoh:anggota kesihatan, pekerja bantuan kemanusiaan dan mubaligh(missionaries). Mereka dinasihatkan menjalani ujian asas TB pada kulit untuk membandingkan hasil ujian selepas kembali dari membuat lawatan.
Jika ujian menunjukkan jangkitan, individu perlu mendapatkan nasihat dan rawatan dari pegawai perubatan.
Pesakit yang sedang menjalani rawatan penyakit TIBI
PESAKIT DILARANG melakukan sebarang lawatan ke luar sehingga doktor yang merawat membuktikan bahawa pesakit tidak lagi infectious dan tidak berisiko menjangkiti orang lain.
Pesakit dinasihatkan agar MEMATUHI REGIMEN RAWATAN YANG DIITETAPKAN.
Rujukan / sokongan:
- International Travel & Health, WHO 2013
- Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD, Editor, 2004
- Clinical Practice Guidelines, Management of Pulmonary Tuberculosis, Ministry of Health Malaysia, 2002.
- Clinical Practice Guidelines, Management of Tuberculosis (3rd edition), Ministry of Health Malaysia, 2012
- WHO. Global tuberculosis control-surveillance, planning, financing: WHO Report 2007. Geneva: World
- Health Organization; 2007.
- http://travelhealth.co.uk/
- Manual Sistem Maklumat Tibi Kebangsaan (National Tuberculosis Information System BCG-TBIS BCG). Unit Kawalan Tibi / Kusta, Bhgn Kawalan Penyakit, KKM. 2004
- BCG Pratical Manual. National Tuberculosis Control Programme
- Panduan Program Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-Kanak Untuk Anggota Kejururawatan. Bhgn Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM 2008
Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan