Apakah juadah yang senang cepat dan sedap dimakan dengan nasi...terutama bila penat bekerja disiang hari...
Ibu-ibu yang bekerja ginilah...malam dah mikirkan apa juadah nak dimasak keesokkan hari nya...lain lah ada bibik kat rumah mudah je...dan lain lah ordr dari FOODPANDA...ordr ordr je..
Kakina lebih suka masak...walaupon dia simple je...sekurang-kurangnya hasil air tangan seorang isteri juga ibu...untuk keluarga...kan kan...
Sudah pasti nya terkebel-kebel memikir...apa itu?
Nak masak apa itu? ikan ? ayam ? daging ? sayur....Nah pelbagai bahan nak memikirkannya...
Dapat ikan nak masak apa pulak ?
AMbik ayam...lagi lah asyik ayam saaja...
Pening pening...mumet mumet kata orang jawa...
Tak payah pening-pening...Hari ni kakina nak share masakkan yang paling simple dimasak...dan ia betol menyeleraakan selera anda...Dah pasti nya boleh tambah nasi..HILANG dIET...oooo
Menu ni memang kegemaran kakina...kalau tak control boleh bertambah nasi dipinggan...Lagipon dah memang dibesarkan dengan menu2 bersambal dari kecik hingga lah tua ni...
Meh kakina share 1 resipi paling mudah untuk ibu-ibu yang diluar sana time pening2 dok fikir menu apa nak masak...
Kasik campak2 je...
Menu - Sambal ikan bilis Sedap Versi kakina
Meh tengok resipi yang paling mudah juga menyelerakan ...makan dengan nasi panas ikan goreng...Yummy!!!!
Kakina tambah Jering untuk lebih menarik...boleh je taruk petai juga...kalau minat...
Hanya ikan bilis je pon boleh...
#RESIPI SAMBAL IKAN BILIS versi KAKINA
Bahan-bahannya :
Ikan bilis ikut suka berapa banya
*Cili api ikut berapa nak ( kakina guna dalam 20 biji )
*Cili merah besar ( dalam 5 biji )
*Bawang Besar ( 2 Biji )
*Bawang putih ( 5 biji )
*Bawang kecik ( 6 biji )
*Belacan sikit
Air Asam jawa
Minyak sikit
Jering / petai ( ikut selera masing-masing )
Cara-caranya :
1. BLENDER semua bahan yang bertanda tadi...
2. Goreng ikan bilis simpan tepi dulu
3. Buang kulit jering / petai dan potong-potong ...basuh taruk tpi
4. Taruk minyak dalam kuali...bila dah panas masukkan bahan yang dibelender tadi, masak hingga kering...
5. Bila bahan agak kering..masukkan air asam jawa, garam juga gula sedikit...
6. Dah betol2 pecah minyak masukan petai / jering dan gaul rata dalam 5 minit barulah masukkan ikan bilis...
Dah settel boleh makan...jom...
Begitu lah resipi dari kakina...mudah je kan...simple je kan...yang tak tahan pedas tu boleh kurangkan cili api....
**** Fungsi bawang merah + bawang kecik memekatkan lagi sambal tu dan ia lebih sedap ...
Next kakina share resipi lagi ya...
Nak cari supplement shaklee mari wasap kakina....
Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan