Kekadang mengalami masalah selera makan kurang , badan turun...badan letih...sebenarnya banyak lagi gejala2 gejalan TIBI ...cuma nya ramai yang masih tak ambik port...terutamanya bila sibuk dan ada juga tak kisah langsung bila batuk...
Jangan ambil mudah ya sahabt2..pergi lah buat pemeriksaan...mukin pemeriksaan pertama tak dapat dikesan...try lagi buat pemeriksaan ..tak mustahil tau..boleh berkali2 buat pemeriksaan baru dapat tahu ....bahawa anda ada TIBI...
Sebab ia pernah berlaku pada customer kakina sendiri...berbulan dia follow-up dengan hospital juga pakar , langsung tiada tanda ...
Tup tup....after 6 month bila buat pemeriksaan doctor berkata "Awak disahkan menghidap TIBI...ya...Luruh jantung bila doctor kata begitu...SOALAN PALING WIN doctor adalah MENGAPA baru sekarang awak jumpa doctor?
Bila doctor pertikaikan...apa lagi keluar lah semua surat2 yang mana pernah pergi buat pemeriksaan TIBI...
TERKEJUT juga doctor...mustahil lah...awak tipu ke apa ni?
Benarnya tak mustahil tau...
itu sebab bila mengalami masalah batuk ang lebih daripada seminggu baik dapatkan pemeriksaan di HOSPITAL dengan kadar segera....
TOLONG!!!! ya...Please alert bila dijangkiti...atau mengalami tanda2 sepertimana yang kakina bagitahu tu...
oleh itu mari lahh kita kenali dulu apa tu TIBI Penyakit Tuberkulosis (TIBI) .
Ia sebenarnya merupakan penyakit berjangkit
kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia dan berdasarkan data survelan TIBI 20
tahun kebelakangan ini, penyakit TIBI semakin banyak dilaporkan.
Tuberkulosis
adalah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, walau bagaimanapun,
jangkitan boleh berulang semula sekiranya pesakit tidak mematuhi rejim rawatan
TB dan menyebabkan rintangan kuman TB terhadap pelbagai ubat TB akibat
ketidak-patuhan menerima rawatan TB.
Dalam keadaan yang paling teruk, penyakit
TB boleh menyebabkan kematian apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius
untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan TB yang telah ditetapkan. Agen
Penyakit TB dan cara jangkitan Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium
tuberculosis.
Jangkitan kuman TB berlaku apabila seseorang tersedut udara
yang mengandungi kuman TB apabila seseorang pesakit TB batuk atau bersin dan
menghembus keluar titisan air yang mengandungi kuman TB. Masa pengeraman
selepas pendedahan kepada kuman TB sehingga menunjukkan tanda dan gejala
penyakit TB adalah dari 2 minggu sehingga 10 minggu.
Tanda Tanda juga Gejala-Gejala TIBI,
Jom kita kenali.... mukin memang anda ada tanda2 begitu tanpa perasaan....
Jom kita kenali.... mukin memang anda ada tanda2 begitu tanpa perasaan....
*Batuk melebihi 2
minggu·
*Demam
*Kahak berdarah
*Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang
*Berpeluh waktu malam
*Cepat letih atau lemah
badan
*Hilang selera makan
*Berat badan mula turun sikit demi sedkit
KETAHUI TEMPOH RAWATAN yang akan dilalui oleh setiap PESAKIT TIBI
Kita kena tahu bahawa tempoh minimum bagi rawatan TIBI adalah 6 bulan di mana pada 2 bulan pertama adalah fasa intensif dan 4 bulan berikutnya adalah fasa sambungan.
Kedua-dua fasa rawatan ini menggunakan strategi Directly Observed Treatment (DOTS) yang merupakan mekanisme pengambilan ubat TIBI di bawah penyeliaan dan perlu direkodkan.
Sekiranya pesakit menjalani rawatan TIBI dengan sempurna, pesakit boleh sembuh dari penyakit berkenaan. Manakala sekiranya pesakit TIBI mengingkari rawatan atau tidak mengikuti rejim rawatan yang telah ditetapkan, risiko yang berkemungkinan adalah kuman TIBI akan menghasilkan daya rintangan / daya tahan terhadap ubat TIBI yang digunakan dan menyebabkan ubat itu kurang / tidak berkesan terhadap kuman TIBI itu.
Ini mengakibatkan pesakit perlu menggunakan ubat yang lebih kuat untuk rawatan dan tempoh rawatan mungkin dipanjangkan. Dalam kes pesakit yang ingkar / gagal ikuti rejim rawatan yang teruk, pesakit mungkin akan mati akibat penyakit TB. Pesakit TB yang tidak mengikuti / tinggalkan rawatan akan kekal menjadi sumber jangkitan kuman TB kepada ahli keluarga atau sesiapa yang rapat dengan pesakit itu.
Kita kena tahu bahawa tempoh minimum bagi rawatan TIBI adalah 6 bulan di mana pada 2 bulan pertama adalah fasa intensif dan 4 bulan berikutnya adalah fasa sambungan.
Kedua-dua fasa rawatan ini menggunakan strategi Directly Observed Treatment (DOTS) yang merupakan mekanisme pengambilan ubat TIBI di bawah penyeliaan dan perlu direkodkan.
Sekiranya pesakit menjalani rawatan TIBI dengan sempurna, pesakit boleh sembuh dari penyakit berkenaan. Manakala sekiranya pesakit TIBI mengingkari rawatan atau tidak mengikuti rejim rawatan yang telah ditetapkan, risiko yang berkemungkinan adalah kuman TIBI akan menghasilkan daya rintangan / daya tahan terhadap ubat TIBI yang digunakan dan menyebabkan ubat itu kurang / tidak berkesan terhadap kuman TIBI itu.
Ini mengakibatkan pesakit perlu menggunakan ubat yang lebih kuat untuk rawatan dan tempoh rawatan mungkin dipanjangkan. Dalam kes pesakit yang ingkar / gagal ikuti rejim rawatan yang teruk, pesakit mungkin akan mati akibat penyakit TB. Pesakit TB yang tidak mengikuti / tinggalkan rawatan akan kekal menjadi sumber jangkitan kuman TB kepada ahli keluarga atau sesiapa yang rapat dengan pesakit itu.
Rajah - utama rawatan TIBI yang lengkap diberikan
adalah untuk gambor dibawah ya....
1. Menyembuhkan pesakit dari penyakit TIBI
2. Mengurangkan risiko jangkitan / transmisi kuman TIBI kepada orang lain
3. Mencegah pesakit TIBI daripada mendapat jangkitan TIBI yang berulang
SIAPA yang paling Berisiko Tinggi Untuk Mendapat
Jangkitan Penyakit TIBI
Terdapat 4 kumpulan orang yang mempunyai risiko yang
tinggi untuk mendapat jangkitan TB:
1. Mereka yang mempunyai hubungan rapat yang tinggal
bersama atau menghabiskan masa yang lama dengan individu yang mengidap penyakit
TB. Kadar jangkitan TB adalah tinggi apabila pemeriksaan sapuan kahak pesakit
adalah positif.
2. Individu yang mempunyai daya tahan imuniti yang rendah
seperti:
*Penyakit kencing manis
(Diabetes Mellitus),
*Jangkitan Human
Immunodeficiency Virus (HIV),
*Menghidap Kanser
*Badan yang Kurang zat
makanan
*Chronic Obstructive
Pulmonary Disease,
*Penyakit buah pinggang
di peringkat akhir
3. Individu yang hidup dalam
persekitaran penuh sesak seperti:
*Gelandangan
*Penjara
*Institusi
penjagaan seperti rumah orang tua dan tempat perlindungan
4. Penyalah-gunaan dadah dan
perokok:
*Penyalah-gunaan dadah
*Pengambilan alkohol
yang berlebihan
*Perokok
Risiko
Jangkitan Penyakit TIBI Juga Berkaitan dengan:
· Ruang pengudaraan
dikongsi bersama pesakit,
· Jarak fizikal dengan
pesakit.
· Tempoh pendedahan
antara kes indeks (Pesakit TIBI) dan kontak.
· Individu yang
mempunyai sistem daya tahan imuniti yang rendah lebih mudah mendapat jangkitan
penyakit TIBI.
Kepentingan Mendapatkan
Rawatan Untuk Penyakit TIBI:
· Untuk mengurangkan
jangkitan TIBI kepada orang lain.
· Untuk mengubati
pesakit TIBI dan memulihkan kualiti hidup dan produktiviti mereka.
· Untuk mengelakkan
kerintangan daya tahan ubat kuman.
· Untuk mengelakkan
jangkitan TIBI yang berulang.
Langkah-Langkah Kawalan Dan
Pencegahan:
· Bayi yang baru lahir
perlu mendapatkan pelalian BCG untuk mencegah daripada jangkitan TIBI
. Suntikan
imunisasi BCG diberikan di kemudahan kesihatan kerajaan dan swasta. Suntikan
BCG diberikan percuma di kesihatan klinik dan hospital kerajaan di Malaysia
untuk semua bayi yang baru lahir.
· Sesiapa yang
batuk selama dua minggu atau lebih, perlu SEGERA berjumpa doktor
untuk pemeriksaan sapuan kahak untuk mengesan jangkitan kuman TIBI.
·Jika disahkan sebagai
pesakit TIBI, dapatkan RAWATAN dengan segera untuk mengubati penyakit
TIBI dan mencegah penyakit TIBI daripada menjangkiti ahli keluarga atau mereka yang
rapat dengan pesakit.
Ahli-ahli
keluarga atau mereka yang rapat, atau tinggal serumah dengan pesakit TIBI juga
perlu menjalani pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan atau hospital
berdekatan.
Strategi-strategi yang boleh
menyumbang kepada kejayaan rawatan penyakit Tuberculosis:
Melalui pendidikan kesihatan
yang berkesan kepada pesakit dan ahli keluarga / rakan
sekerja pada masa memulakan rawatan. Ini termasuklah memberi penerangan
tentang:
. Ciri-ciri
penyakit TIBI
· Keperluan disiplin
pesakit TIBB terhadap pematuhan dengan rawatan yang berpanjangan
· Risiko terhadap pesakit
yang ingkar / tidak mematuhi aturan/rejim rawatan
· Kesan-kesan sampingan
ubat-ubatan semasa rawatan
· Risiko penyebaran kuman TIBI dan
kepentingan mengamalkan etika semasa batuk atau bersin dengan betul
Untuk Rujukan kekawan boleh... tengok ya....
1. Cawangan Kesihatan Primer, Bahagian
Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia.2011.Garispanduan
Pengurusan TIBI di Fasiliti Kesihatan.Edisi 2011.
2. Malaysian Association for the Prevention of
Tuberculosis (MAPTB).(2014).Berita MAPTB No. (August 2014). PP12731/06/2013
(033167). Percetakan Skyline Sdn.Bhd.
3. Shajahan, R., Navaratnam, P., Kasinathan,
G., Kadirvelu, A. and Pillai, N. (2016) Predictors of Re-Emerging Tuberculosis:
A Review. Open Access Library Journal, 3: e2520. http://dx.doi.org/10.4236/oalib.1102520
4. Ministry of Health. 2012. Management of
Tuberculosis – Clinical Practice Guidelines. (3rd Edition).
5. “Treatment of Tuberculosis guidelines”, WHO,
Geneva, 2011, 29 www.who.int/tb/en/ – See more at: http://www.tbfacts.org/tb-treatment/#sthash.EZJ62G58.dpf
6. http://www.hosp.keio.ac.jp/en/annai/onegai/
accessed on 23rd May 2017
7.http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/buku%20kecil/T/pdf/07_tibi.pdf.
Accessed on 25th May 2017.
TIBI ....boleh membawa maut jika dibiarkan begitu saja...Ingat tu...
Selain ubat2 hospital yang wajib dimakan selama 6 bulan....boleh juga ditambah dengan supplmnt bagi keperluan badan anda..
sekiranya berminat untuk mendapatkan SET TIBI SHAKLEE ini boleh hubungi saya dengan segera melalui WhatsApp saya akan terangkan lebih details lagi ....
atau...
Boleh juga call terus ke no 017 2785151 KAKINA pengedar shaklee anda semenjak 2015 lagi..
Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , Taman Industri Bolton , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang, Bukit Idaman..dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat...seperti Johor , kelantan , perak, pahang juga Sabah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan