19 Jun 2020

RESIPI APAM NASI WARNA WARNI DARI DAPUR KAKINA

NASI  biasa masak ada je tak habis ...betol tak...

Bila tak habis kekawan buat apa dengan nasi tu...simpan dalam bekas lepas tu taruk dalam petiais ke atau buang tong sampah...je...

Tentu ramai yang menaafatkan nasi tu kan....Tahu tak dia boleh buat apam nasi yang sedap lembut...

Rasa-rasanya tentu ramai tahu resipi ni kan....lelagi ramai ibu2 yang memang pandai masak...

Ok kakina nak share Resipi yang mudah je....untuk anda semua...
Nak tahu jom tengokkk dan baca lah ...






RESIPI - APAM NASI WARNA WARNI ( Dari Dapur Kakina )

Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh muripan / yeast kering
Pelbagai warna ( jika suka, kakina buat beberapa warna bagi cantik )
Kelapa parut putih secukupnya dan digaul garam 





CARA-CARA MEMBUATnya...

1. Nasi dikisar bersama air dan gula sehingga halus.

2. Dalam mangkuk, satukan tepng gandum, tepung beras dan yeast serbuk. Kacau rata.
Tuang nasi yang dikisar tadi dan gaul rata. Perap selama 3 jam

3. Bila nak kukus panaskan periuk pengukus. Kekny guna acuan lompang yang disapukan sedikit minyak.

4. Satu adunan letak pewarna, satu lagi biar putih. Nak buat warna putih semua atau buat satu warna ke 3 ke 4 warna pun boleh je.

5. Masukkan apam dalam acuan. Jika nak campur warna, masuk adunan tu berselang seli ye.

6. Kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak - kering bahagian dasar nya apabila dikeluarkan dari acuan.




Siap diperap...dan untuk dibahagikan kepada 4 bahagian





Kita bahagikan kepada 4 ...buat lah colour 
Siap untuk dikukus selama 15 minit





Apam Nasi - Siap untuk cucu...


Sila2 lah menafatkan resipi jika berminat....simple je , dari kita buang nasi yang tak habis , baik buat kuih kan..boleh juga dimakan dan jimat....

Selamat mencuba

Next resipi ada ...

Nantikan...kehadirannya dari dapur kecil kakina...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan