Salam sejahtera semua , Anda kenal tak or anda ketahui tak siapa kah pengasas SHAKLEE yang terkenal dimerata dunia...Siapa kah gerangannya siapakah jejak yang menwujudkan shaklee..ORANG biasa...doktor ke ?
Mai kakina perkenalkan...pengasas shaklee...
Siapakah sebenarnya Dr. Forest C. shaklee?
Jom kita kenali diri beliau ..dengan lebih lanjut...dengan kehebatannya...mengapa beliau menwujudkan shaklee...
Dr
Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894. Beliau dilahirkan dengan
batuk kering dan doktor semua bersetuju dia tidak mungkin akan hidup .
Kepercayaan orang tuanya dalam hal-hal alam menyebabkan mereka berpindah ke
utara di mana tanah yang subur menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang
berkualiti. Mereka mengamalkan makanan hasil daripada ladang.
Pada tahun 1915, Dr. Forrest
C. Shaklee telah mencipta "vitalized minerals", iaitu merupakan
multivitamin yang pertama di dunia. Sekarang dikenali sebagai Vita-Lea Iron
Formula.
Dahulu
Dr Shaklee berkata
peningkatan kesihatan beliau bukanlah satu penyembuhan ajaib tetapi ia berlaku
secara semulajadi dan perlahan serta berkaitan dengan pemakanan yang baik ,
persekitaran yang sihat dan senaman.
Dr Shaklee memutuskan
untuk mengkaji perubatan dan mencipta produk berasakan alam semulajadi kerana
keinginannya untuk membina kesihatan seperti kata-katanya:-
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan
tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah yang diceburi. Mereka
dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan.
"
Dr
Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia , falsafah dan
ketuhanan. Shaklee
menghabiskan banyak masa di lapangan baru diagnosis X -ray. Bahaya pendedahan
berlebihan tidak diketahui sepenuhnya pada masa itu. Pada tahun 1921 beliau
bimbang tentang luka bakar ulserasi parah di pinggang kiri dan bahu kiri.
Shaklee berjumpa dengan pakar kanser di Chicago, yang disahkan kanser.
Diagnosis disahkan di Klinik Mayo di Rochester, Minnesota.
Dr. Shaklee tidak
mengaku kalah dan bertekad untuk terus sembuh demi masa depannya. Dr. Shaklee
memulakan program intensif pemakanan dan membuat analisis darah. Dengan hanya
makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan ditambah diet dengan kuantiti
yang banyak vitamin dan mineral, luka ulserasi menunjukkan tanda-tanda
penyembuhan. Dr. Shaklee yakin bahawa penyembuhannya bergantung kepada sikap
positif, kesihatan mental dan nutrisi yang tepat.
Pada
akhir tahun 1922, luka mula sembuh dan telah digantikan oleh tisu yang sihat .
Kekuatan dan tenaga beliau juga kembali dan memberi keyakinan tentang pemakanan
kesihatan. Shaklee memutuskan untuk menumpukan usahanya untuk penyelidikan
pemakanan. Beliau memberi tumpuan kepada membina kesihatan yang baik daripada
merawat pesakit yang sakit. Beliau memindahkan keluarganya ke Eugene, Oregon
dan kemudian ke Oakland, California.
Pada tahun 1955, Dr
Shaklee , yang pada ketika itu berumur 62 tahun menyatakan hasrat kepada dua
orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Lee keinginannya untuk merubah masyarakat
dalam meningkatkan kualiti pemakanan . Dia ingin memulakan perniagaan untuk
mengedarkan makanan tambahan. Pada tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation
ditubuhkan untuk memberi makanan terbaik di dunia.
Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®
Melalui kajian,
pengalaman dan pengetahuan inilah bermulanya jualan langsung produk shaklee
untuk mendidik pengguna tentang pemakanan tambahan semulajadi dan menjadi tugas
pengedar sah Shaklee kini untuk menyebarkan kebaikan Vitamin Semulajadi yang
diasakan lelaki hebat ini.
Itulah kisah hidup serba sedikit Dr.Forrest C.Shaklee
#pengedarBatucaveSelayanGombak
#penghantaranposdimanasaja
#CodPinggiranbatucaveSelayanGombak
#CodTamanSamuderaBoltonSelayangdankawasanyangberdekatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan