Lelagi bila ada perjumpan kelas sesama geng2 berbusiness...untuk perjumpaan kelas pulak dipesan kena bawak #portluk atau belkalan untuk share makan bersama2...
Apa makannan nak bawak ya? dok berlegar-legar dikepala....
Siapa sangka sebelum sehari kelas keesokkan harinya...ada pulak hal penting nak diuruskan...
Pening gak dok mikir...Tu taruk tepi je...masalah kecik je kan...Sabtu petang tu settel perkara yang penting didalam keluarga kecil kami....allhmdulillah settel...dengan sebaiknya....
Dah settel satu pekara...ni cari idea nak masak apa....
Maka terfikir lah JUADAH yang paling mudah paling Simple2 je...Nak tau...jom kita tengok resipi kakina kejap lagi...#KEK BATIK SEDAP
ALLHMDULILLAH dapat feedback kekawan ketika kelas..semua kata sedappp...
Bahan-Bahannya adalah seperti:-
1 paket Biskut Marrie
2 Cawan Milo
3 Sudu Besar Serbuk Koko
1 Buku Buttercup
1/2 Cawan Susu Pekat
Cara-caranya :-
1. Cairkan Buttercup sampai betol-batol cair
2. Bila Butercup dah cair , masukkan susu pekat dan kacau
3..Masukkan pula Milo dan serbuk koko...kacau hingga jadi cantik adunan
4. Bila adunan dah tak berketul-ketul , masukkan biskut marrie dan gaul sampai rata...
5. Boleh tutup api dan masukkan didalam bekas...tekan2 sikit ..
6. Biar sejuk sebelum masukkan kedalam petiais
Bahan-bahannya...Biskut marie , Milo ,serbuk Koko, Butercup , susu pekat
Cara-caranya 1. Cairkan Butter cup dulu
2. Masukkan susu pekat...masukkan Milo
3. Masukkan serbuk koko - gaul rata...sampai tak der berketul2 lagi
4. Masukkan Biskut marrie...gaul rata ...dh jadi masukkan dalam acauan..tekan2 rata...
Ok settel , sedap tau bila dah masukkan petiais ...dan boleh dihidangkan...if tak suka sangat manis bolehkurangkan susu pekat tu tadi...
Selamat mencuba semua....
Rajin2 kan lah tangan memasak untuk keluarga...ya...
Next episode...
New resipi lagi...
If nak cari supplement shaklee boleh wssp kakina www.wasap.my/0172785151
Tiada ulasan:
Catat Ulasan