13 Disember 2018

PETUA - TIPS MENGURANGKAN BATUK KERING ( Pengedar Batu caves Selayang )

Bercerita mengenai BATUK kering ni kan..ada segelintir daripada kita ni  yang berkata 
"tak pe lah...bio lah nanti lelama senang lah tu..ni sikit je..batuk kan normal kan.....

Jangan ada perasaan begitu ...walaupon batuk tu hanya sedikit ..cer kira dah berapa lama anda  mengalami batuk tu,,3 hari 5 hari or lebih daripada itu ? KIRAnya baru sehari dua oky lagi kalau dah lama macamana...masih bertahan tahan dada sakit ...bila batuk tu berdarah?

Jaga lah kesihatan demi kelurga demi diri sendiri Normaly batuk ni tak lama ..kalau lama tu kena lag buat pemeriksaan ya...TOLONG lah ya...

Penyakit batuk kering kalau dibiarkan amat bahaya kerana  kesihatan juga akan melibatkan orang lain dijangkiti.. Pesakit akan mengalami batuk berdarah ..juga boleh melibatkan paru-paru rosak..

Mereka yang mengalami kena lah pergi ke hospital mendapatkan rawatan selama 6 bulan tanpa miss jika termiss perlu lah diulang semula untuk mengambil ubat...ubat pon kena makan secara berperingkat...Ingat tu...

Disini kakina share beberapa PETUA yang biasa orang buat disamping mendapatkan rawatan hospital juga menggunakan supplement....

Ooky kita jom lah kita baca juga tengok..kerana kebanyakkan nya ada dirumah  serta biasa diantara kita menggunakan juga mengamalkannya....




PETUA MENGURANGKAN BATUK KERING


Kalau nak tahu ada kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan BERLAKUNYA BATUK KERING  ni berpunca daripada :-

* ALAHAN


* Merokok


*ASTHMA


* Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease

* Asid dri perut naik semula ke esofogus yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)

* Rembesan cecair ke dalam tekak 


* Tekanan kerja, kewangan 


* Jangkitan pada salur pernafasan atau paru-paru 


* Demam atau penyakit virus sepertimana influenza


* Ubat yang dipanggil ACE inhibitors yang mana doc menggunakan pil ni untuk pesakit yang ada mengalami tekanan darah tinggi.


Bila seseorang diserang batuk..memang menyeksa kan diri sendiri juga rakan sekeliling..Better rawat lah secepat yang munkin.



Disini kakina nak share beberapa Petua tradisonal untuk mereka yang lebih selesa dengan cara tradisional...tetapi jangan lupa rawatan dari Hospital jangan diabaikan ya....


1. COKLAT...



Petua mengurangkan batuk kering


Sepertimana kita tahu coklat yang ni  dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. 

Maka, dengan minum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa...cuba amalkan ..in sha alllah  dengan izinya




2. MENTHOL


Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. 


Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.




3. SUP AYAM tanpa minyak...atau dengan lebih mudah masak air ..


Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.





4. MINUM AIR  YANG KERAP




PETUA KURANGKAN BATUK


Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting.


 Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.




5. KUNYIT



PETUA KURANGKAN BATUK


Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. 


Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk and




6. PERGI SPA URUT


Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. 


Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.




7. TEH DAN MADU




PETUA KURANGKAN BATUK


Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. 


Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.




8.  MANDI DENGAN AIR PANAS




PETUA KURANGKAN BATUK


Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. 

Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.




9. KEADAAN ALAM SEKITAR YANG BERSIH



PETUA MENGURANGKAN BATUK


Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. 

Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.
Peringatan ni ..adalah petua...bukan ubat ya....


Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari atau pon lebih  , anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.

Kita disuruh ikhtiar..selebihnya adalah kuasa dari allah....jika ia berpanjang pergilah dapatkan rawatan segera ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan