29 September 2019

GEALA-GEJALA GASTRIK YANG RAMAI TAK KETAHUI ( Pengedar Batu caves Selayang )

GASTRIK sering kali kita dengar rungutan kawan, sedara, adik beradik
"..Aku sakit gastrik lah sekarang ni" tak tahu mengapa boleh terjadi pada diriku...sedangkan aku makan macam biasa je...
Selalu diungkapkan...selalu juga kedengaran bila bersembang ...antara keluarga atau kawan-kawan..

Tapi ada tak kita sedar selama ni kita ikut cara pemakanan yang betol dan ambik kisah apa yang kita makan..?
Cuba jawab persoalan kakina ...siapa berani jawab?
Anda rasa tak cuai dalam waktu makan ? cukup waktu makan...
Anda tahu tak apa kesannya dari makanan yang anda ambil? 

Gastrik antara masalah biasa kan,  secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).


Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).



GEJALA GASTRIK


Untuk info secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Mari kita kenali TANDA-TANDA GASTRIK yang sering tidak diambil kisah oleh setengah orang....
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

****Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


SIAPA PULA  YANG PALING BERISIKO KENA GASTRIK?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
1.Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

2.Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

3.Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini ...

4.Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

5.Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


BAGAIMANA - CARA RAWATAN UNTUK PESAKIT GASTRIK ...
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
1.Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

2.Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

3.Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan: biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.


PESAKIT GASTRIK KENA JAGA PEMAKANAN, UBAH GAYA HIDUP Kerana...
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. 
Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


Pesakit boleh juga mengamalkan supplememnt shaklee untuk meredaakan GASTRIK..
Seperti ESP + PEPPERMINT + OSTEMATRIK...



SET GASTRIK


ESP - ENERGIZING SOYA PROTEIN

Ia  merupakan sumber protein yang terbaik dimana ia dihasilkan daripada kacang soya . Kacang soya ini adalah sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang mana ia dapat meneutralkan keasidan didalam perut.

Nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sek-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel yang lama dan telah rosak, akibat dari dihakis oleh asid hidroklorik kerana proses pencernaan makanan 


OSTEMATRIK / KALSIUM

Ia adalah merupakan kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Sepertimana yang doc suggest pada pesakit Gastrik kena wajib mengambil atau minum susu atau kalsium..Ini kerana ia lebih pada sifat beralkali dan ia juga mampu meneutralkan asid yang memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati terjadi...

Jangan terkejut kakina kata bila badan kekurangan kalsium ia lah menyebabkan gastrik timbul. Itu sebab bila kita tengok bayi atau kanak-kanak atau mereka yang minum susu memang tak der gastrik kan...

Tahukah anda bahawa ubat gastrik yang ada banyak mengandungi kapur didalamnya..mukin anda tak perasaan kan...ubat tu pon adalah SINTETIK...


Peppermint Ginger Plus 

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Bila dah kena gastrik kena lah berdisplin ..jangan ingat nak tibai je semua...Pesakit gastrik sebenarnya boleh pulih sepenuh ..Namun bukan hari ni buat amalan sihat esok lusa dah senang..yang penting kenalah menjalani kehidupan gaya hidup yang sihat, jangan sekali-sekali skip makan..

1. Makan secara teratur 
2. Elakan makanan yang pedas dan masam
3. Elakann minuman berkafein seperti kopi juga nescafe
4. Kawal stress anda dengan bijak
5. Elakan minuman bergas
6. Berhenti dari habit merokok...


In sha allah dengan izin dari nya , kembali pulih dari GASTRIK disamping mendapat faedah-faedah lain apabila mengamalkan supplement shaklee...

DUIT memang bernilai BESAR bila kita sihat, TETAPI tidak bernilai bila kita SAKIT!!


Yang teringin nak perolehi atau nak mencuba  nak dapatkan  SET GASTRIK SHAKLEE  ini boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini






Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , TAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan