4 Disember 2019

BATUK BERDARAH - APA PUNCA? ( Pengedar Batu caves Selayang )

Batuk berdarah huzzz ngeri gak bila dengar...Camana pulak boleh kena batuk berdarah ni ya?
Sebelum tu baik kita kenali apa itu batuk berdarah..yang sebenarnya batuk berdarah ni adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk ia berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua je tapi seram juga bila alami begitu kan, sekali sekali  atau dengan kuantiti yang banyak. 

Kalau nak tahu lah kan batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab. Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain contohnya hidung dan perut.




BATUK BERDARAH



Bagi nak menentukan punca pendarahan adalah sangat penting kerana ia dapat membezakan rawatan, jangka masa untuk sihat dan hasil rawatan. Seandainya anda atau kelurga anda mengalami  batuk berdarah, sila berjumpa doktor dengan segera supaya punca batuk darah dapat dikesan dengan cepat..Jangan sekali-sekali buat sambil lewa...akibatnya kita sendiri tak ketahui apa sebenarnya penyakit kita kan...



Tadi kita dah tahu kan mengenai Batuk berdarah, sekarang kita cuba tengok APA  Gejala-Gejala yang PERLU diketahui agar tak terlepas pandang....

Sebenarnya dari berlakunya - Batuk berdarah adalah tanda untuk kebanyakan penyakit, dari jangkitan kuman hingga ke kanser. 

Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:

*Sakit dada terutama ketika menarik nafas
*Penat
*Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
*Demam
*Nafas laju
*Berpeluh waktu malam
*Kurang selera makan
*Penurunan berat badan tanpa dirancang



Perbezaan diantara Batuk berdarah VS Muntah Darah


BATUK BERDARAH MUNTAH DARAH
BATUK YANG TIDAK SEKALI DENGAN MUNTAH MUNTAH DENGAN DARAH SERENTAK
PERNAH MENGALAMI SAKIT JANTUNG MASALAH PENCERNAAN
TIADA SISA MAKANAN DALAM DARAH SISA MAKANAN DALAM DARAH
MERAH JAMBU ATAU MERAH PEKAT MERAH PEKAT YANG MENYURAPI KOPI PEKAT



APA PENYEBAB SEBENAR BOLEH TERJADINYA BATUK BERDARAH ya , kakina nak share manalah tau ia boleh membantu anda semua....

*Radang paru-paru (pneumonia)

*Tibi

*Kanser paru-paru

*Bronkitis kronik

*Bronchiectasis

*Nanah paru-paru

*Jangkitan kulat terutama “mycetoma”

*Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)

*Paru-paru berair ( pulmonary edema)

*Jantung lemah (congestive cardiac failure)

*Hipertensi pulmonari

*Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura

*Penggunaan ubat pencair darah  contoh: warfarin, heparin

*Penyakit auto immune dan vasculitis ( Wageners Granulomatosis,  Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)

*Kecederaan kepada paru-paru

*Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).

*Salur darah pecah selepas batuk yang kuat

***Banyak kan sebab-sebab boleh terjadinya batuk berdarah..selama ni kita cuma kata paru-paru rosak je..ingat benda nak berlaku kita ketahui.Oleh itu jaga lah kesihatan anda..



SEBAIK DAPATKAN - UJIAN TERLEBIH DAHULU bagi memastikan betol2 bila berlakunya BATUK BERDARAH..

Ujian yang dijalankan adalah ujian makmal termasuk ujian kahak dan darah serta xray paru-paru. Bergantung kepada punca dan bentuk batuk darah tersebut, ujian bronkoskopi dan imbasan CT mungkin diperlukan terutama jika kanser paru-paru disyaki. 

Selain dari itu, bronkoskopi juga boleh digunakan untuk mengesan lokasi pendarahan dan pendarahan tersebut boleh cuba dihentikan. Angiografi pulmonari juga boleh dibuat untuk mengesan lokasi pendarahan.


RISIKO BILA MENGALAMI BATUK BERDARAH / KOMPLIKASI nya akan terjadinya :

*Lemas (asphyxia)

*Ketidakstabilan hemodinamik

*Anemia (kekurangan darah merah)

*Jangkitan kuman paru-paru

*Kegagalan buah pinggang



RAWATAN YANG PERLU PADA MEREKA yang MENGALAMI BATUK BERDARAH.... ia terbahagi pada 3 peringkat...

*Menghentikan pendarahan

*Memastikan pesakit tidak menyedut semula darah ke dalam paru-paru

*Merawat punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah

Rawatan batuk berdarah bergantung kepada kuantiti darah yang keluar dan punca ia berlaku. Darah yang keluar dalam kuantiti yang sedikit tidak memerlukan rawatan yang spesifik dan serta-merta. 

Walau bagaimanapun, punca batuk berdarah tersebut perlu dikenalpasti dan dirawat. Sebagai contoh, jika punca batuk berdarah adalah dari keradangan paru-paru (pneumonia) dan nanah paru-paru maka pesakit memerlukan antibiotik. Jika batuk berdarah berpunca dari tibi, ubat anti-tibi akan diberi.

Bagi kanser paru-paru, jenis dan tahap kanser serta keupayaan pesakit amatlah penting untuk menentukan rawatan yang selanjutnya. Agen antifibrinolitik (contoh: tranexamic acid) adalah salah satu pilihan yang ada untuk memberhentikan pendarahan.

Batuk berdarah yang banyak adalah satu keadaan yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Ia boleh menyebabkan kematian berpunca dari lemas(asphyxia). Langkah-langkah yang perlu diambil adalah pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan dengan segera.

Di hospital, doktor akan merawat dan cuba mengenalpasti punca pendarahan. Jika batuk berdarah terlalu banyak sehingga menyekat salur pernafasan, bantuan pernafasan akan diberikan. Antara cara-cara menghentikan pendarahan yang boleh diambil adalah:
Intubasi bronkial terpilih (Selective bronchial intubation)


Dimana tiub pernafasan dimasukkan ke dalam paru-paru yang tidak berdarah dan bantuan pernafasan diberikan kepada paru-paru tersebut. Ini dapat mengelakkan darah mengalir masuk ke dalam paru- paru yang normal.

1.Bronkoskopi
ubat adrenaline
cecair yang sejuk
kaedah tamponade
kauterizasi (cauterisation)
laser koagulasi

2.Embolisasi salur darah arteri bronkial ( bronchial arteri embolisation)
Angiografi pulmonari dibuat untuk mengenalpasti salur darah yang luka dan gam atau gegelung (coil) akan dimasukkan untuk menutup luka tersebut.

3.Pembedahan
Pembedahan selalunya adalah pilihan yang terakhir di mana paru-paru yang berdarah akan dibuang.


ADA KE CARA UNTUK MENGELAK DARI  TERKENA BATUK BERDARAH ni....
Untuk kata lah mencegah memang tiada cara yang tertenu bagi menghalang batuk berdarah berlaku pada diri kita...Yang penting perlu kita buat adalah...dengan cara :-
- GAYA Hidup sihat
- Berhenti merokok
- Bersenam
- Berjumpa doktor seawal mungkin jika ada batuk berdarah





VIVIX


Anda boleh juga ikhtiar dengan supplement shaklee - VIVIX tonic pekat yang menjadi pilihan ramai bagi memulihkan sel-sel dalaman yang rosak...VIVIX ni sejenis tonic untuk diminum yang mana ia adalah minuman campuran unik botani POLYGANUM CUSPIDATUM,ANGGUR MUSCADINE,ELEDERBERY EROPAH dan LOBAK UNGGU. 

Ia sangat kaya dengan PILIFENOL sehingga menjadikan VIVIX ni sangat unik . Kalau nak tau POLIFENOL adalah kumpulan FITOKIMIA yang mana terdiri dariapda sebatian tanaman yang mengandungi khsiat ANTIOKSIDAN dan sel anti-penuaan yang semulajadi..

Rujukan seandainya anda inginkan lebih details tentang BATUK BERDARAH..

Lordan JL et al. The pulmonary physician in critical care case 7: Assessment and management of massive haemoptysis. Thorax 2003;58:814±819

D. Gompelmann et al. Advanced Malignant Lung Disease: What the Specialist Can Offer. Respiration 2011;82:111–123


VIVIX mahal...tak mahal sebenarnya...
yang dah membeli dengan murah , kakina nak bagitahu boleh beli 2 botol dengan FREE keahlian + free postage + juga next month bonus tau...
Kan murah...yang bijak pasti diri anda , bukan saya...
sayang diri anda....sayangi kelurga anda...



Yang teringin nak perolehi atau nak mencuba nak dapatkan  VIVIX SHAKLEE  ini boleh hubungi saya KAKINA :

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini







Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , TAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan