26 Disember 2019

RESDUNG - APA TU SEBENARNYA ( Pengedar Batu caves Selayang )

Biasa kita dengar orang kata "RESDUNG"..
Biasa orang kata Resdung lah tak boleh makan tu tak boleh kena habuk
Paling tidaknya sory lah aku Resdung ni tak boleh sejuk lah nanti bersin je...

Sebenarnya kan...last week ada seorang customer kakina call tanyer product shaklee yang dapat membantu mengurangkan selesma yang menyerang pada dirinya...dan beliau berkata "saya resdung lah kak..ada tak ubat shaklee boleh pulihkan...

Mula lah kakina bertanyer ..Resdung? bagaimana tu ya...alergik makanan,habuk ataupon alam sekitar...

Nak dijadikan cerita nama customer kakina ni adalah Puan CT.....allhamdulillah puan CT nak menerangkan bagaimana beliau boleh mengalami RESDUNG...

Beliau bekerja di satu syarikat yang berhawa dingin..dan beliau sering bersin serta mengalami hidung berair...Beliau berkata badan terlalu sensitive bila kawan2 dalam opis bersin...esoknya beliau akan mengalaminya juga.

Dan paling ketara...didalam Opis terlalu sejuk sehinggakan keadaan diri beliau tak tahan terpaksa pulak pakai baju sejuk  dan mudah saja bersin hidung berair..kepala pon jadi sakit katanya...

Setiap kali mengalami maasalah ni ke pergi klinik...sebab demam secara automatik akan menyerang...MC lah jawabnya sebab kepala jadi berat dik bersin yang kerap...
Pergi klinik faham2 je lah kan..pasti doc bagi ubat demam,selesma juga antibotik...Tapi RESDUNG tetap on juga tiada ke sudahan...

Beliau kata nak cuba #set RESDUNG shaklee...supplement membantu dalam kesihatannya......



RESDUNG



Sebelum kakina bebel dengan lanjut...moh lah kita kenali 
Apa itu Resdung ?
Ia adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

DIdalam penduduk negara kita - Dianggarkan hampir 25% mengalami penyakit resdung yang serius. 

Untuk info dan mukin ramai yang tahu bahawa Tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelimumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. 


Detail Mengenai - PENYAKIT RESDUNG...
Pasti ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. 

Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


APAKAH PULAK RESDUNG kait pada SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.

Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.


Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.


APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.



KENALI GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya



APA YANG BERLAKU BILA MENGALAMI RESDUNG / KEBURUKANNYA BILA ADA RESDUNG 
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


MARI KITA KENALI BAGAIMANA PUNCA BAKTERIA BOLEH MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. 

Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.


b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.


c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.


d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.



ADA BERAPA SEBENAR  - JENIS  RESDUNG 

*Akut
*Kronik



KITA KENALI - APA YANG DIKATAKAN RESDUNG AKUT...


Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.


Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.


Antara ciri-cirinya RESDUNG Akut ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.


* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.


* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.



APA PULA YANG DIKATAKAN - JENIS RESDUNG KRONIK


Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.


Bila seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami masalah seperti:


*Kegatalan pada bahagian muka yang teruk

*Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.

*Kerap bersin pada waktu pagi

*Ada kalanya hidung tersumbat

*Tanpa demam tetapi hingus bertambah


*Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala

*Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.



SIAPA PULA YANG  BERISIKO MENDAPAT RESDUNG....


1. Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat

2. Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung


3. Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok


4. Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

5. Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.



6.Dewasa


Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.





BEBERAPA TIPS  BAGI MENCEGAH DAN RAWATAN RESDUNG...

* Banyakkan berehat yang cukup.Baring lah dimana bahagian badan yang boleh bernafas dengan betol agar dapat melegakan resdung

* Pesakit resdung jangan sapu rumah ..lebih baik gunakan vacum ataupon mop untuk membuang sampah

* Amalan minuman panas atau cecair panas seperti teh dan sop

* Elakkan makanan yang berunsur seafood yang mana ia kaya dengan sumber protein serta juga belacan

* Lap muka dengan tuala yang suam.



ADA KE CARA UNTUK KEMBALI PULIH SEMULA DARIPADA RESDUNG?

Selain cara atau tips yang ada , anda boleh juga mengamalkan supplement shaklee untuk kembali cergas semula seperti beberapa supplement yang ada dibawah ni...

Mari kita kenalinya dengan lebih dekat lagi...


SET RESDUNG




A. ALFALFA COMPLESX SHAKLEE ( Size L/S )
* Ia mempunyai kelebihan anti keradangan atau anti kulat 
* Ia kaya dengan sumber klorofil serta dapat membantu mengurangkan keradangan terutamanya jika ada ezema , resdung , alergik dan gegata..
* Ia juga berfungsi sebgai agent Detox yang mana ia mampu mendetokkan toxin , asid yang berlebihan serta kuman kerana itu lah penyebab berlakunya Resdung

*** Bagi pesakit SLE tidak digalakan ambil ALFALFA 

B. B-COMPLEX SHAKLEE
*Ia mengandungi B6 yang mana amat penting untuk pemuliharaaan selaput lendir yang sihat serta membantu dalam pengeluaran antibodi badan
* Ia membantu dalam mengurangkan bengkak
* Ia membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
* Ia memelihara sistem saraf serta berfungsi sebagai anti-stress


C. VITAMIN C SHAKLEE
* Ia bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu badan kita mengalami side effect daripada pengambilan drug anti histamin
* Ia dapat menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
* Ia membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
* Ia dapat meningkatkan fungsi T-CELL dan juga MACRPHAGE ( Fungsi sistem pertahanan badan dan sel darah putih.
* Ia dapat meningkatkan pertumbuhan tisu
* Ia dapat meningkatkan antibodi badan lebih kuat dari seranga demam selesma..

Sekiranya berminat untuk mendapatkan  SET RESDUNG  SHAKLEE  ini boleh hubungi saya:

1) Dengan segera melalui WhatsApp

2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini



Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , Taman BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang, Bukit Idaman..dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat...seperti Johor , kelantan , perak, pahang juga Sabah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan