Hari ni Apa khabar ?
Dah siap buat kuih raya ke? atau masih tercari-cari lagi resipi or tunjuk dan hulur je...
Jom hari ni kakina nak share RESIPI SEMPERIT BISKUT DAHLIA yang biasa kakina buat ketika hari raya...
Nak tau tak resipi nya...moh lah kita baca....Sukatannya mudah je...tak payah nak guna timbang bagai...
sebab kakina memang tak suka guna penimbang..jangan mara ya...
RESIPI BISKUT SEMPERIT DAHLIA dari
DAPUR KAKINA
Bahan-bahan nya :
1 Cawan Mentega atau Butter
1 Cawan Gula Halus2 Biji Kuning Telor
2 Cawan Tepung Jagung atau Tepung Kastrad
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Ubi
2 Suduteh warna kuning ( kalau guna tepung kastrad tak payah guna pewarna ya )
1 Suduteh esen Vanila
Sedikit ceri warna warni untuk hiasan ( terpulang nak guna apa )
Cara-caranya :-
Putar gula dan mentega.kemudian masukkan telur dan esen vanila .
Ayak ketiga-tiga tepung dan campurkan sedikit demi sedikit kedalam adunan yang diputar tadi.Uli sampai sebati ya.Tmbah tepung jagung andainya adunan masih lembik sangat. Dah siap cetak dan taruh pada dulang yang dah di gilis dengan mentega. Bakar dalam 15 minit ke 20 minit.
Ok dah settel....kan
Mudah je kan..
Kat sini kakina nak share sikit lah ya petua tentang biskut dahlia ni...
Bagi dia lebih rangup dan cantik je...
*Rehatkan sekejap adunan tadi yang dah dicetak dalam setengah jam sebelum di bakar dalam oven.
*Masukkan atau rehatkan adunan tadi ke dalam petiais setengah jam sebelum ia di cetak.
*Ni penting jangan sekali-kali guna putih telur dalam adunan biskut dahlia
Selamat mencuba ya....Dah cuba simpan lah resipi ni andainya sedap....
Moga2 dapat kita share bersama resipi yang ada...
Terimakasih sekali lagi kerana sudi melayan blog kakina...dan menggunakan resipi yang serba ringkas ni...
Kakina halalkan resipi ni ...pada yang ingin mencuba nya...
Untuk resipi lain...in sha allah akan kakina update lagi ...the next episode..
SELAMAT MENCUBA ya...
Syoknya kak ina boleh buat kuih raya sendiri.
BalasPadamInsya Allah bila dag ada oven, Asy nak cuba hehehe
Comelnya kuih ni. Hihi... nda sampai hati mau telan kalau comel gini ๐๐
BalasPadamWaauuuu...cantik banget sih..
BalasPadamBaru tau ade pantang larang buat biskut ni.. Selama ni tau ngap je.. Eheheee
Boleh try buat. Sya suka semperit. Comey biskut k ina
BalasPadamWah seronoknya kalau pandai buat biskut.. Collen selalu asyik tak menjadi je... Tak ada bakat kot nak membaking๐ ๐
BalasPadamCantiknya biskut ni. First jumpa yang ada kaler-kaler pink.
BalasPadamBiasa jumpa yang kaler kuning je.
Ni yang rasa nak buat kuih raya tahun ni.
oooo.ini pula kuih semperit.Majikan sya balik2 sebut kuih ni tp x kenal
BalasPadam