2015 DEC, adalah hari dalam sejarah...kami dipertemukan..dalam majlis RE-UNION...
Bayangkanlah 33 tahun terpisah...akhirnya dipertemukan , walapon tidak semua yang dapat menghadirkan diri..waktu itu...Bak kata kita merancang tuhan yang menentukannya....
Siapa sangka kan...berkat ADMIN juga kerajinan rakan-rakan yang lain kami semua dapat bersatu...berpelukcium..menangis..ketawa, gurau senda...masa sehari macam sekejap je...rasanya....
Kami sebenarnya bersekolah di SEKOLAH RENDAH BAKRI BATU 5,Muar, Johor. Kakina lahir di Muar juga bersekolah di Muar...Kebanyakkannya daripada kami adalah sekelas daripada darjah 1 hingga darjah 6...
Lepas darjah 6 , iaitu lepas peperiksaan penilaian darjah 6 ni lah kami terpisah...selama 33 tahun lamanya...
Masing2 membawa haluan masing-masing membawa haluan menimba ilmu..yang lebih tinggi...Macam kakina . hanya pergi sekolah biasa saja di Bakri Batu 6,Muar johor.
2016 - Perjumpaan kali kedua ketika sambutan HARIRAYA AIDIL FITRI ...dari situ lah keakrbaaan kami semua semakin akrab kembali...Mula-mula kami berkumpul di rumah Cikgu Masitah Mohd Ali...sebenarnya beliau ni dahulu adalah Penolong pengawas sekolah..Jadi masa sekolah rendah memang kami takut padanya...Garang juga beliau...seronok sebenarnya bila dapat berjumpa kembali kawan-kawan sekolah, banyak cerita cerita yang boleh mengamit memory semula...RINDUNYA...kakina pada sahabtku..sayang...
Selepasa habis beraya di kampung kami masing-masing balik bertugas..kami merancng pula menziarahi rumah sahabat-sahabt yang di bandar...tak semua dapat ikut, biasalah bila dah balik rumah masing-masing banyak aktiviti nak dibuat...kami berkumpul dalam beberapa orang je...walapon sedikit kami betol-betol gembira...FIRST rumah kami pergi Bandar SERI PUTRA rumah Puan Roziyati kamsir...orang nya kecil je...manis pulak tu...Siapa sangka kan...kakina boleh sampai ke sana pulak...
Dari Bandar Seri PUTRA...sehingga ke SENAWANG...rumah sahabt ANITA SALLEH seorang pegawai bank di senawang...Besar rumahnya...cantik pulak tu...First time juga kaki kakina sampai di Senawang...macam-macam juadah disediakan...
Selepas ke SENAWANG singgah pulak ke Bangi , rumah sahabat yang lain..yang ni special sikit...sebab beliau adalah BFF kakina masa sekolah rendah juga sekolah menengah hingga form 3...dan kami adalah sekampung iaitu kampung parit tanjung, muar,johor...Dengan beliau lah biasa kakina pergi sekolah dan balik sekolah naik basikal...tak kira panas hujan kami redah...Nama beliau adalah Aniza...baik orangnya kecil je orangnya dan sekarang bekerja si salah satu syarikat guaman di Bangi...
Last sekali dah nak malam juga lah...seharian kami beraya seakaaan...Rumah Mustafa....
Klau nak tau Mustafa ni adalah ketua pengawas masa di sekolah rendah...dia ni kereeek sikit garang...memang kami kurang bercakap walapon kami sekampung....lagi-lagi budak pandai kan...mana nak kawan dengan kakina....
ITU LAH kisah rakan-rakan SKBBL dari mula hingga berjumpa sewaktu berhari raya - 2016.Moga- 2017 kami dapat dipertemukan lagi sekali....rindu betol pada semua...
Sudi kah dikau semua berjumpa ngan ina lagi...sahabat mu yang pendiam dahulunya...tak ramai kawan...tak banyak cakap...
#kisahhariraya2016stilldalamemoriku
#akurindupadamusemua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan