28 November 2017

KACANG KELOR ATAU KACANG MURUNGGAI

Kacang apa ni..panjang je....?

Kekawan kenai tak...?
Pada yang dah biasa makan tentu kenai kan....

Kalau nak tau kacang ni dipanggil "kacang kelor ataupon kacang murunggai , ia lebih dikenali dan digemari oleh masyarakt India....Biasa mereka akan campurkan kacang kelor ni didalam kari kambing , ikan , ayam..ia juga boleh digoreng macam masak sayur tu...

Sebelum ni kakina pon tak kenai sangat dengan kacang Kelor ni...
Biasa pi pasar tengok masyarakat India beli...Pada satu hari suami beli dan masak dengan kari kambing....masa itu lah baru tahu ni kacang apa..apa guna nya...

Area rumah kakina pon ada jiran yang tanam pokok ni...ingatkan pokok apa...sebab buahnya panjang je....

Lah ni baru ku tahu....ini lah kacang kelor....
Mari kita tengok lebih lanjut mengenai kacang kelor ni ya....


Kacang kelor atau Murunggai


Kalau kekawan nak tahu kacang kelor ni berasal dari keluarga tumbuhan Morigaceae yang mana dengan nama saintifi nya adalah Moringa Olifela..

Di Malaysia rakyat lebih dikenali  dengan nama #Kacang Kelor ataupon Murunggai

Pokok kacang kelor ni pasti ramai yang tak mengetahui bahawa poko ni adalah pokok ajaib tau...Kerana khsiat yang ada padanya sesangat mengagumkan dan memberikan terlalu banyak manafat kepada manusia..



Murunggai


Biasa kita tengok di Malaysia Masyarakat India ada tanam pokok kelor ni...
Pokok yang tinggi melampai..kekadang tu sampai 10 meter tingginya . Masyarakat Melayu dan China kurang mengetahui betrapa khsiatnya kacang kelor ni...

Untuk pengetahuan sahabat -sahabat semua bahawa kacang kelor ni mengandungi VITAMIN Z , B1, B2, B3 , C , KALSIUM , POTASIUM , BESI ,ZINK , KRONIUM, TEMBAGA , MAGENESIUM , MANGANESE , PHOSPHORUS serta 20 JENIS ASID AMINO yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia.

Ia sangat berguna dalam erti kata dalam penyembuhan Lumpuh , infl amasi , demam , batuk , selesma ,masalah didalam pernafasan dan penyakit paru-paru.

Bukan saja buah nya yang berkhsiat...
Daunnya pon juga berguna dlam menyembuhkan penyakit seperti rahang gigi yang berdarah, anemia dan memulihkan fungsi badan.

Dahulu kala kacang kelor ni memang menjadi salah satu herba pada kaum asli...

Ramai dah sedar betapa  bagus nya kacang kelor ni...dimana ia dapat mencegah daripada kanser berlaku dan memulihkan fungsi badan...Ia juga di gunakan dalam rawatan barah dan memulihkan ketengangan emosi kerisauan dan strees.

Benih dan akar kacang kelor pula sebagai antibotik semulajadi yang mana didalam jangkitan penyakit kulit...

Kalau nak tahu beberpa saintis telah menkaji tentang kacang kelor ni yang mana ia memberikan kesan yang cepat didalam rawatanpenyakit kulit, menurunkan tekanan darah , mengurangkan kebengkakan , menurunkan kadar bacaan gula dan melegakan sistem saraf didalam badan.

Didalam kajian terkini pakar2 mengatakan dan menemui Kacang kelor ni juga ada mengandungi #CYTOKININ. Dimana ia berfungsi didalam meningkatkan didalam pengeluaran air susu dan mencergaskan lagi regenerasi sel badan kita.



Kacang Kelor masak ikan kari


Hari ni kakina masak ikan jenahak dengan kacang kelor...memang sedap lelemak gitu...
kita tak payah nak buh asam jawa didalam kari ikan....ia dah jadi macam assam jawa pulak.

Itu lah kacang kelor atau Murunggai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan