29 November 2017

RESIPI KUIH PUTERI AYU SEDAP DARI DAPUR KAKINA

Salam sejahteraa semua
Salam sayang sahabat-sahabat....Hari ni kekawan ada tak idea nak masak makanan apa untuk minuman petang.....Okay kalau tak der kakina nak share satu resipi satu kuih ni...mukin ramai yang tahu cara-cara membuatnya....

Nak dipendekkan cerita sebenarnya ni lah pertama kali kakina mencuba dan membuat #kuih puteri Ayu ni...

First time...tu....seram gigil takut pon ada tau...almaklumlah takut tak jadi kang jadi apa pulak...membazir karang nanti...

Demi semangat juga keinginan nak mencuba...kita boleh je kan...bak kata orang tua-tua..kita yang buat dia bukan dia buat kita...YAKIN BOLEH IN SHA ALLAH boleh...

Acuan kuih memang dah beli lama sesangat lama...tersimpan je gitu....nak buat sehari demi sehari....Akhirnya now...nah jadi juga lah kuih Puteri Ayu kakina....


Resipi Puteri Ayu

Okay disini kakina share kan Resipi Puteri Ayu - kukus by kakina ya...mudah je sebenarnya..resipi ni....


RESIPI PUTERI AYU - 

Bahan-bahannya adalah seperti :-

3 Biji telor ayam
1 Cawan Gula Pasir ( kalau nak manis lagi boleh tambah ya )
1 sudu Teh Ovellete
1 Cawan santan kotak
2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu Teh Banking Powder
Sedikit perisa pandan
Sedikit pewarna Hijau

Kepala parut ( Taruk garam + tepung gandum, gaul rata ) kukus dalam 5 minit


Cara-caranya :
1. Telor + gula + ovellete + perisa pandan kisar sampai gebus

2. Ayak tepung gandum + baking powder

3. Bila adunan kisar dah gebus naik betol2 cantik , tuangkan santan selang seli dengan tepung gandum..putar hingga rata..

4. Bila adunan dah rata masukan pewarna hijau...

5. Acuan disapu dengan minyak dulu sebelum tekan kelapa parut di dasar bawah...

6. Tuangkan adunan tadi atas kelapa parut yang dah ditekan...

7. Kukus selama 10-15 minit ya dengan api yang besar...

***Okay dah boleh dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang



Resipi Puteri Ayu

Cantik kan kejadiannya selepas dikukus selama 15 minit



Resipi Puteri Ayu

Dah siap...boleh di hidangakan pada keluarga....


Pada yang nak mencuba sila kan ya....

Rajin-rajin lah memasak..untuk kelurga anda...jom masak...yurk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan