2 Ogos 2018

KANDUNGAN KALORI DALAM MAKANAN RAKYAT MALAYSIA

Kalori ...
Sebut je kalori pasti tahu kan apa tu kalori?

Agak-agaklah kan ramai tak yang tahu kandungan kalori dalam setiap makanan yang ada diMalaysia ni...

Siapa bijak memang bijak ...
Yang tak tahu mari kakina share sikit ya...

Rakyat Di Malaysia memang suka makan-makanan yang pelbagai rasa pelbagai varity sebab di Malaysia sendiri rakyat nya hidup dengan pelbagai kaum pelbagai tradisi...kan...

Ada Melayu , Cina , India , Iban , kadazan...dan bermacam-macam lah...bak kata makanan mesti macam-macam...

Tu kaum...
Dalam kaum ada jenis pulak kan...lelaki dan perempuan...
Kalori lelaki adalah 2000 saja tau...ia berbeza dengan perempuan yang kurang sedikit daripada lelaki  dimana wanita adalah 1800 saja...Setiap hari badan kita hanya perlukan kalori dengan jumlah itu bukan lebih ..kurang boleh lah...

Dari situ pula tau tak berapa banyak kandungan kalori didalamnya...

Mari kakina explint sikit lah ya...dengan bberapa jenis makanan yang ada dan biasa kita amalkan...


kalori dalam makanan


Kita tengok kandungan KALORI didalamLAUK -PAUK dahulu ner:-

1. Ikan kembung masak kari dah tentunya ia berkuah kan dah tentunya ada santan kan...ni biasa kan ( 85 kalori ) ada didalamnya ni untuk sekor ikan kembong bukan 2 or 3 elor

2. Ikan tenggiri masak bercili - siapa suka masak bergini...
Ini adalah ukuran sepotong ya ( 142 kalori ) kalau yang suka makan banyak ikan tu, yang kata tak moh nasi nak ikan je...ha...sikit ke kalori dalam 1 keping ikan...

3. Daging lembu masak kari , andainya lah kita makan dua ceduk senduk tu (210 kalori ) ya

4. Ayam kari pula adalah (250 kalori ) sepotong

5. Sambal udang ( 70 kalori ) ni anggaran satu senduk je bukan 2 or 3 senduk

6. Ayam goreng  (255 kalori ) sepotong


JENIS KUIH MUIH pulak ya...

1. Cekodok pisang kegemaran kakina - anggaran sebiji besar tapi setengah je (180 kalori )

2. Popiah goreng - sebiji (130 kalori )

3. Pisang Goreng - sekeping ( 170 kalori )

4. Bubur kacang -semangkuk ( 100 kalori )

5. Bingka ubi - sepotong ( 220 kalori )

6. Karipap - sebiji ( 130 kalori )


JENIS MINUMAN yang biasa menjadi POPULAR rakyat Malaysia adalah :-

1. Minuman bergas - 1 tin dalam lingkungan berat 285g ( 120 kalori )

2. Minuman kotak - 1 kotak yang berat 250g ( 105 kalori )

3. Mentega 2 sudu teh ( 75 kalori )

4. Aiskrim 2 skop ( 390 kalori ) wow paling banyak tau  bayangkan kalau makan lebih daripada 2 skop..berapa kalori anda dah guna...

5. Susu pekat manis 1 sudu makan ( 71 kalori ) if kita guna buat TEH or Milo berapa sudu kita guna? cer kira ya...


JENIS BUAH-BUAHAN yang digemari ...

1. Buah Tembikai sepotong ( 20 kalori )

2. Buah Durian - 5 ulas (64 kalori )

3. Buah limau - sebiji ( 42 kalori )

4. Buah pisang emas 2 biji ( 76 kalori 0

5. Buah mangga sebiji ( 103 kalori )

6. Buah Jambu batu sebiji ( 110 kalori )



JENIS MAKAN YANG WAJIB biasa kita amalkan seperti :-

1. Nasi putih  satu cawan setengah  (260 kalori )

2. Nasi goreng bertelor  sepinggan  ( 635 kalori )

3. Mee sop semangkuk ( 380 kalori )

4. Mee hoon goreng sepinggan ( 550 kalori )

5. Nasi ayam yang kosong ya sepinggan ( 300 kalori )

6. Nasi bryani ayam sepinggan ( 880 kalori )

7. Nasi lemak bersambal sepinggan (400 kalori )

8. Roti canai kosong sekeping (200 kalori )

9. Pau ayam sebiji ( 203 kalori )



Ni pula MAKANAN SEGERA OR FASTFOOD yang sedap yang paling banyak kita makan :-

1. Peha ayam goreng satu ketol je ( 130 kalori ) bayangkan kalau pergi KFC berapa ketul kita makan...takkn satu je kot

2. Kentang goreng satu peket kecik je tau ( 405 kalori )

3. Burger keju /daging / ayam satu ketul ( 425 kalori )

4. Kentang putar satu bekas kecik macam KFC punyer tu ( 90 kalori )

5. Sate ayam sedapnya secucuk tau ( 35 kalori )


* Ni satu contoh:
Andai seorang lelaki sehari makan:-
- Pagi - Nasi lemak (400 kalori ) 
- Lunch makan NASI putih ( 260 kalori ) + ikan tenggiri goreng bercili ( 142 kalori ) + air kotak ( 105 kalori )
- Malam Nasi goreng bertelor  sepinggan  ( 635 kalori ) + air kosong
- Malam extra Buger ayam  ( 425 kalori ) + air bergas ( 120 kalori ) 


Cuba kita kita jumlah kalori dia makan sehari
- 400 + 260 + 142 + 105 + 635 + 425 + 120 = 2,087 kalori dia ambil...ni biasa2 je Kalau lah kata makan lagi bnyak lagi lah bnyak kalori dia ambil kan...


Tapi langsung tak buat senaman or bergerak...
Apa akan jadi padanya...

Risiko ...
Penyakit yang paling laju datang adalah:-
- Kegemukkan
- Kolestrol tinggi
- Kencing manis dan ....

Jom jaga kesihatan...jaga pemakanan jaga gaya hidup yang sihat....

#infosihat
#kakinapengedarshaklee
#shakleeSelayang
#shakleeBatucaves

Tiada ulasan:

Catat Ulasan