26 Ogos 2018

RESIPI - BAKSOO SEDAP dari Dapur KAKINA

Assalammualaikum semua..
Selamat beristirehat pada yang bercuti dan selamat berkerja pada negeri Johor, kedah , kelantan ..dah seminggu kan adik-adik bercuti..moh lah bersekolah kembali...

Hari ni kakina cuti..cuti bekerja tapi tak cuti dari memasak...
Normal lah kan dah pon kata perempuan...ibu pada anak2...tak masak macam tak best pulak..sekali sekali nak gak masak yang lain sikit.  Semalam hari sabtu suami dah masak,,,hari ni Ahad day..mama masak pulak.cm rutin harian mama yang masak.

Tapi kali ni mood malas sikit...nak cepat nak relax...nak mudah je...sekali masak satu jenis boleh makan dengan nasi juga macam-macam boleh....

Jom kita intai apa yang kakina masak di sunday day...hari bersama kelurga...
Makan makan je,,,duduk rumah....restkan badan boleh golek2 lepas tu...nak makan berulang ulang pon boleh je....

Resipi kakina kali ni adalah BAKSOO SOP...
Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang kakina guna untuk buat baksoo ni...


Resipi Baksoo Sedap

Resipi Baksoo Sedap dari Dapur Kakina


RESIPI - BAKSOO SOP Sedap  dari Dapur KAKINA

Bahan-bahannya dalam sop:-

1 Ekor Ayam  ( kakina guna ayam Pencen je sebab dia lagi manis nak compare ayam bandar , Nak guna ayam kampung pon boleh juga - potong kecik tapi jangan lah kecik beno,agak2 lah ya )
4 batang serai ( dititik / diketuk )
2 inci Lengkuas ( di potong nipis )
4 helai daun salam kering
1/2 Kilo bebola daging
2 batang Kayu manis
4 biji buah pelaga
5 biji Bunga lawang
3 sudu besar rempah sop ( beli dari kedai yang buat rempah siap atau kedai mamak runcit ataupon pasaraya , dalam tu ada jintan manis,jintan putih , ketumbar,rempah kurma, rempah kari disatukan dengan sukatan )
Garam...


Bahan untuk Di Kisar:-

2 biji Bawang MERAH ( besar )
6 biji Bawang merah ( kecil )
5 Biji bawang putih
2 incin halia
5 batang serai
2 biji Buah keras


Bahan-bahan untuk tambahan didalam hidangan Baksoo ni yang kakina buat tadi:-

MEE kuning - celur
Mee hoon - celur
Nasi impit rebus
Taugeh
Daun sop dipotong halus
Bawang Goreng
Ayam dicarik / siat2 - goreng dahulu lah baru boleh disiat2 halus ( ayam daging )


Resipi Baksoo Sedap

Baksoo Sedap dari Dapur kakina


Cara- caranya mudah saja :-

1. Bahan yang dah celur taruk tepi....

2. Bahan kisar tadi ditumis dengan masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serai yang dititik dan lengkuas yang dipotong nipis.dan rempah sop masak hingga naik minyak ..baru masukkan ayam yang dipotong tadi....

3. Bila ayam dah gaul rata..masukkan air agak2 lah berapa nak kuah banyak mana...biar mendidih dalam 1jam..sebab kakina guna ayam pencen..bagi serap betol rempah..

4. Masukkan daun salam,,tunggu dalam 1 jam ya..rasa lah dah lembut belum...baru masukkan bebola daging...

5. Masukkan garam...sikit dan air asam jawa...rasa lah ya...
dah siap..masak...boleh dihidangkan dengan sambal kicap...tengok resipi dibawah pulak..



Resipi Sambal Kicap Sedap

Sambal Kicap Versi kakina


Resipi Sambal Kicap kakina

Bahan-bahannya:-

Cili api ( kakina guna 30 biji ciliapi )
3 biji Bawang merah yang kecik - dipotong dua
2 biji bawang putih - dipotong dua
Air asam jawa 
Gula
Kicap manis cap kipas udang


Cara-caranya :

1. Goreng Bawang merah , bawang putih hingga kuning

2. Goreng cili api hingga masak ( tutup lah ya karang meloncat pulak cili api tu )

3. Angkat dan sejukan sebelum diblender,,,

4. Blender semua bahan termasuk lah kicap air assam jawa guna air masak ya bukan air mentah amik sikit je..dalam 1 susu besar...

5. Blender hingga hancur..dan rasa...



Resipi Baksoo Sedap

Hidangan lengkap Baksooo


Oklah dah siap....Baksooo kakina...

Maaf lah ya ..kakina tk guna cili sos atau pon tomato sos sebagai bahan extra...
kakina lebih suka guna sambal kicap sebab lagi pedas lagi kikkk...

Selamat mencuba sahabt2 sekalian...

Next resipi...in sha allah...nanti kakina share lagi...

Masak lah dengan seikhlas hati..dengan asih sayang ..yang tak sedap pon jadi sedap bila kita memasak derngan ikhlas....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan