28 Disember 2017

KHASIAT HALBA YANG TERBAIK

Kenai tak apa ni?
Ini lah HALBA yang kakina cakap hari tu...yang kakina makan dan minum apabila mengalami kencing kotor hari tu...

Halba ni sebenarnya didalam masyarakat melayu memang kurang digunakan atau pon diamalkan...mukin ada mukin tidak...

Nama lain HALBA ni adalah FENUGREEK. Berwarna coklat terang dengan bebentuk menyerupi permen..Biji halba ni kalau dalam masyarakat INDIA memang popular  kerana kaum india menggunakan sebagai rempahratus tambahan didalam masakan kari.


Khasiat Halba


Selain daripada ditambah didalam masakan untuk menambah keenakan hidangan, tidak ramai yang ketahui manafata harbal dari sudut kesihatan. Tanaman ni tumbuh subur dan luas di INDIA, MESIRdan juga negara TIMUR TENGAH.

sELAIN NEGARA TIMUR TENGAH. negara seperti PAKISTAN, INDIA dan Sri Lanka sering menggunakan halba dalam rempah masakan mereka seperti kari dan gulai. Kaalau di Malaysia di TERENGGANU dimana NASI DAGANG turut menjadikan halba antara bahan utama dalam hidangan.

Cara yang terbaik adalah dengan di goreng tanpa minyak..dan bila nak guna didalam masakan cuma masukkan je...Kalau nak tau aroma nya lagi wangi nanti tau..

Selain untuk masakan ...di INDONESIA halba digunakan sebagai JAMU..Di India ia juga digunakan sebagai rawatan AYURVEDA ..kerana ia dipercayai mengurangkan kadar kolestrol dalam darah .

Manakala pada perubatan tradisional INDIA, CHINA juga ARAB mengatakan ia sebagai penawar DIABETES.

BIJI HALBA ni sebenarnya mengandungi sejumlah kandungan yang menyihatkan  seperti protein, zat besi , air , kalsium juga karbohidrat. Ada juga daripada kita yang mengamalkannya dengan madu...Pada ibu yang menyusu bayi elok amalkan halba ni bagi menambah air susu.

TETAPI pada ibu hamil ingat ya...IA TIDAK boleh diambil oleh ibu hamil kerana zat yang dikandung didalamnya boleh membuatkan kontraksi pada rahim.Ramuan ini juga dapat menggangu penyerapan zat besi dan ia juga tidak boleh diambil oleh pesakit anemia kerana pesakit anemia memerlukan ubat bagi tambah darah.



Mari kita tengok TENTANG KEGUNAAN BIJI HALBA ..yang ramai tidak ketahui...

1. SANGAT BAGUS UNTUK TULANG
Ia mampu menjaga kesihatan tulang. Biji halba ni mengandungi kalsium  yang baik untuk tulang kita. Tulang kita lebih kuat tanpa hadirnya penyakit seperti osteoporosis. Di shaklee ada juga kalsium hebat iaitu OSTEMATRIK untuk anda amalkan.

2. GIGI YANG SIHAT
Ia mampu menjadi sumber makanan yang menyihatakn gigi kita. Bukan hanya untuk tulang, ia juga kaya dengan vitamin dan mineral yang mana melindungi gigi daripada jangkitan kuman mahupon bakteria

3. ANTI ANEMIA
Ia juga bagus bagi makanan untuk anti anemia. Biji halba mengandungi zat besi yang mana ia mampu menambah produksi sel darah merah dalam tubuh sehingga penyakit anemia tidak akan muncul pada tubuh badan kita dan ia juga tidak menganggu kesihatan.

4. PENAMBAH TENAGA
Ia berfungsi didalam memberikan tenaga ke tubuh kita. Seandainya seharian kita mempunyai jadual kerja yang padat...dan mana kita memang mengamalkan biji halba ni setiap hari , ia boleh mengurangkan kita berasa penat.

5. MENGATASI DEHIDRASI
Ia sangat bagus bagi mengurangkan berlakunya dehidrasi. Kandungan air didalam biji akan memberikan air yang cukup ke tubuh badan . Di mana badan pon akan kurangnya berlaku dehidrasi.

6. IA MENURUNKAN KOLESTROL
Sekiranya anda memang mempunyai kolestrol yang tinggi..ada baiknya anda amalkan biji halba ni...kerana ia bermanafat bagi menurunkan kolestrol jahat di tubuh ...juga mampu mencegah pelbagai penyakit berjangkit pada tubuh.

7. MENGATASI BISUL DI KULIT
Biji halba boleh digunakan sebagai ubat luaran...dimana bila BISUL dah matang...tumbuh biji halba dan sapukan padanya...ia akan cepat surut dan sembuh...


8. MENYEMBUHKAN PANAU, KURAP
Biji halba boleh digunakan untuk penyakit kulit seperti panau , kurap..Kerana ia sememang nya sebagai anti kulat ...



Khasiat Halba

Selain yang ada 8 manafat diatas kita perlu juga perlu ketahui berberapa  lagi manafatnya - HALBA..

1. Anti penyakit Kencing manis
2. UBAT demam
3. Baik untuk melancarkan proses bersalin
4. Membantu producksi ASI
5. Menguatkan Jantung
6. Menguatkan Ginjal
7. Menguatkan Paru-paru
8. Melancarkan Haid
9. Menstabilkan Nafsu Makan
10. Menstabilkan berat badan
11. Mengatasi Sembelit
12. Melancarkan air kencing
13. Membantu pembesaran payu dara

Itu lah manafat BIJI HALBA yang perlu kita ketahui untuk kesihatan ..sebenarnya banyak lagi manafat yang ada.Itu sebab Masyarakat India suka mengamalkannya...

Semoga ia lebih bermanafat untuk semua...
Untuk lebih sihat jaga lah cara pemakanan juga kesihatan ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan