Peria Katak / Peria kecik ..
Biasa Buah peria ni, memang ramai yang tak suka makan...
Sebab setengah orang kata dia pahit...tak boleh masuk dalam mulut....
Tetapi tahukah anda bahawa KHSIATNYA PERIA KATAK untuk mereka yang menghidap kencing manis..
Dahulu memang anak-anak kakina tak pandai makan peria katak ni, lagi-lagi bila dibuat sayur ..memang kakina dan suami je makan....kasihan kan...
NAK DIJADIKAN cerita pada satu hari kakina try buat resipi peria kata cara goreng ..dengan resipi kakina...allhmdulillah setiap kali masak mesti habis...syukur-sesangat...ana-anak semakin suka makan nampaknya ..itu lah yang terbaik untuk kesihatan ..kan...
Jom kakina perkenalkan lebih dekat lagi dengan PERIA KATAK ni...
Peria Katak mempunyai satu sumber perubatan yang mana ia mengandungi insulin yang diperlukan oleh badan manusia..
Bagi mereka yang sememang nya menghidap penyakit KENCING MANIS , insulin dalam badan mereka sudah tidak berkesan keatas gula yang diambil...
Oleh itu insulin yang terdapat didalam peria ini lah menggantikan insulin yang tidak dapat lagi dihasilkan oleh badan..Sebab itu dengan pengambilan buah peria katak didalam menu harian adalah sangat penting untuk mereka yang menghidap kencing manis
Oky di sini kakina share beberapa RESIPI Masakan daripada Buah Peria katak ya...
Diantara RESIPI2 yang ada paling laris adalah VERSI GORENG plaing cepat habis ..dapat pulak makan panas-panas ...krakkerup-kerakkerup....sedap nya....kakina yang goreng pon laju je...makan dulu..heeee
PERIA KATAK CELUP TEPUNG
A. RESIPI PERIA KATAK CELUP TEPUNG
Bahan-bahannya:-
Buah Peria dalam Beberapa biji
4 Sudu BesarTepung Readymade ( Bistari brand)
1 Sudu Besar Tepung Jagung
Garam sikit
Lada sulah sikit
Serbuk Cili Merah
1 sudu Ketumbar + 1 1/2 sudu jintan manis + 1 1/2 jintan putih (digoreng tanpa minyak dan kisar sedang halus )
Caranya :
- Mudah saja...belah dua buah peria ...buang biji dan potong tipis2...
- Basuh dengan air...
-Toskan air dan boleh gaul dengan semua bahan sampai rata
- Goreng dengan api sederhana ,sampai kering...dan angkat..
- terus boleh hidangkan....
- mudah je kan
PERIA KATAK TUMIS TELOR
B. RESIPI PERIA KATAK TUMIS TELOR
Bahan-bahannya...
4 Biji Buah Peria ( belah dua buang biji )
2 biji Cili merah (potong nipis )
2 Biji Bawang Merah ( tumbuk )
2 Biji Bawang Putih ( tumbuk )
2 Biji Telor
Garam
Minyak untuk menumis
Caranya :
-Belah dua peria katak , buang biji dan potong tipis-tipis
-Panaskan kuali ...
-Bila minyak dah panas...masukan bahan tumbuk dalam kuali, tumis sampai naik bau...
-Masukkan peria katak tadi gaul sampai rata...
-Pecahkan telor dan gaul sampai betol2 kering telor
-Masukan garam dan gaul sampai rata...
-Masuk cili merah yang dipotong...gaul kejap dah boleh angkat...
-Boleh dihidangkan dengan nasi putih + ikan goreng..aummmmm
PERIA KATAK MASAK UDANG TUMIS CILI KERING
C. RESIPI PERIA KATAK MASAK UDANG TUMIS CILI KERING
Bahan-bahannya:-
PERIA KATAK dalam 3-4 biji ( dibelah dua buang biji dan potong nipis )
*4 Biji Bawang Merah
*3 biji Bawng Putih
*1/2 Inci Halia
*10 Tangkai cili Kering ( direbus )
Udang Basah ikut berapa orang makan ( guna 1/2 kg )
Assam jawa
Garam
Gula
Cara-caranya:-
Peria katak dibuang biji dan potong tipis, rendam dengan air + garam
Tumis bahan blender (*) sampai naik bau
Masukkan garam , gula , air assam jawa sikit
Dah agak kering masukkan air sikit kalau nak berkuah...
Masukkan peria kata dan Udang ...garam, gula
Gaul dan tunggu dalam beberapa minit dah boleh dihidangkan...
PERIA KATAK MASAK LEMAK KUNING SOTONG
D. RESIPI PERIA KATAK MASAK LEMAK KUNING BERSAMA SOTONG
Bahan-bahannya:-
Peria Katak 3-4 biji ( belah dua buang biji + potong nipis rendam )
*4 biji bawang merah yang kecik
*3 biji bawang putih
*4 biji cili api
*1/2 inci kunyit hidup
*1/2 inci halia
Sotong ( 1/2kg )
2 batang serai ( ketuk )
1 kotak santan
1 keping assam keping
Cara-caranya :-
Peria di potong dua buang biji ..dn potong nipis
Tumis Bahan blender sampai naik minyak sambil masukkan sekali serai yang diketuk tadi..
Bila dah kering masukan air sikit ..
Asam keping masukan bersama sootong
Bila tengok sotong dah mengecut masukan peria yang dah dipotong tadi
GAUL rata dan masukkan santan , garam + gula sikit
Rasa ya...dan bagi didih kejap
dah boleh hidangkan....
Nak tau cara hilang kan PAHIT pada Peria Katak...mari ..kakina share sikit....
Petua Tentang nak Hilangkan Pahit Peria Katak..
- Belah Dua dan Potong Tipis-tipis
- Rendam dengan air bercampur garam dalam 15 minit...
Mereka yang menghidap KENCING MANIS -resipi PERIA KATAK ni terbaik untuk anda...
Selain boleh dimasak dengan pelbagai resipi...peria katak boleh juga dibuat JUS...anda boleh campur dengan gula batu...ataupon boleh diblender begitu saja....
Paling mudah potong dua buang biji makan mentah atau direbus begitu ...makan seperti ulam je...
SELAIN dengan mengamalkan makan PERIA KATA sebagai alternative untuk bebas daripada KENCING MANIS ...
Anda boleh juga mengamalkan supplement shaklee iaitu VIVIX yang mana ia sangat bagus untuk mereka yang bermasalah didalam pelbagai penyakit termasuk lah KENCING MANIS...
Bahan-bahannya terdiri daripada ANGGUR MUSCADINE , LOBAK UNGGU , ELDERBERY EROPAH, POLYGANUM CUSPIDATUM...
Kalau nak tahu VIVIX mengandungi resveratrol .
Resvertrol adalah antioksidan yang sangat berkesan dimana ia dihasilkan daripada tumbuhan.
Resveratrol yang ada ni dapat membantu menghalang rintangan insulin yang membuatkan badan seseorang menjadi kurang sensitif pada kesan hormon yang berfungsi bagi mengurangkan gula didalam darah yang mana ia lebih dikenali sebagai insulin...Rintangan insulin ni lah penyebab utama kepada berlakunya kencing manis...
Sekiranya berminat untuk mendapatkan VIVIX ini boleh hubungi saya:
1) Dengan segera melalui WhatsApp
2) Membuat pembelian sendiri menggunakan online transfer ataupun kad kredit dengan klik icon di bawah ini.
Penafian:-
*Produk-produk
ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis,merawat,menyembuh atau mencegah
sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan