7 November 2019

GREEN JUICE - Resipi Dari Dapur Kakina ( Pengedar Batu caves Selayang )

Green juice memang sedap...betol2 sedap...
tak caya meh try...

Disebalik cerita green juice ni sebenarnya dahulu memang kakina pernah buat tapi dok main-main je...suka suka..dan lebih mudah kata angan-angan taik ayam...ikut mood...

Tetapi bila dah mula suka...hari-hari pon nak buat nak minum tiap pagi dan siap bawak stok ke pejabat...
syok tak...kemaruk tak kakina ni....

Bukan susah pon buat benda ni...paling mudah sebab tak perlu masak...pon...
hanya sekadar basuh dan potong2 je...dan blender...boleh terus minum atau simpan dalam frezze..beku kan boleh je minum nanti...Tetapi sebaik2nya...minum pagi sementara perut kosong...

Green Juice ni banyak khsiatnya tau...
kulit bersih..
Badan slim...yang penting ia DETOX segala toksin dalam badan....sebab tu ramai yang mengamalkannya untuk kesihatan...



GREEN JUICE

Green Juice - Minuman serat


Nak Resipi bagaimana kakina buat..mudah je tau...
paling mudah sekali....yang penting ada bahan bahannya...simple2 je...



GREEN JUICE


A. GREEN JUICE versi kakina ( normal )

Bahan-bahannya adalah:-
1 batang Saldry
1 biji Buah Epal Hijau
1 biji Timun Jepun
Secekak Ulam Pengaga
1 biji Buah Lemon
Sayur Kale / salad
AIR kosong ( suam atau sejuk )

Caranya ...
Basuh semua bahan
Dan Potong kecil ...masukkan dalam balang blender bersama air ...
Terus blender hingga hancur
Boleh di minum terus atau masuk frezzer




GREEN JUICE

Bahan-bahannya....

Atau

B. GREEN JUICE dengan ESP Shaklee 

Bahan-bahannya adalah:-
1 batang Saldry
1 biji Buah Epal Hijau
1 biji Timun Jepun
Secekak Ulam Pengaga
1 biji Buah Lemon
Sayur Kale / salad
AIR kosong (sejuk / suam )
2 Scoop ESP

Caranya ...
Basuh semua bahan
Dan Potong kecil ...masukkan dalam balang blender bersama air ...
Terus blender hingga hancur
Boleh di minum terus atau masuk frezzer




GREEN JUICE

ESP + Green juice



GREEN JUICE

Bahan2 Green Juice....add EPAL MERAH..




GREEN JUICE

Green Juice siap diminum



Mengapa kakina suka dengan Green Juice sekarang ni....

Meh baca khsiat nya yang sebenar 1 persatu ya...jangan ingat minum ni minuman biasa-biasa je...sebenarnya ia terlalu banyak khsiat juga serat...ramai yang mengamalkannya...


Khasiat buah epal Hijau 
SEPERTIMANA  kita ketahui ia memang masam kan...Ramai diantara kita memang tak suka makan EPAL HIJAU...

Tahukah anda ia bagus dan baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. Kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan.
ia juga  mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. 

Selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. 

Epal hijau ini bukan sahaja mempunyai khasiat dalam buahnya sahaja malah kulit buah ini juga mengandungi vitamin bagi membantu permukaan kulit agar sentiasa cantik berseri.

Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.


Khasiat Batang Saldry -  
Ia merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga Dula umbelliferae yang  merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi . 

Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. 


Khasiat Ulam Pengagga pula - ni memang menjadi kegemaran kakina sebagai ulam ...Mari kita kenalinya dengan lebih dekat lagi...

*Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.

*Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.

*Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.

*Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.

*Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa dan banyak lagi sebenarnya....

*Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.

*Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.


Khasiat Timun Jepun...
Ia berwarna hijau pekat dan lebih dikenali dengan nama Zucchini di negara Jepun..ia banyak terdapatnya di negara Jepun kerana Timun jepun memang disukai oleh rakyat jepun...terutama makanan yang berunsur sushi... 

Diantara khsiatnya adalah...

Mencegah dehidrasi Sebanyak 95 peratus daripada zucchini adalah air. Air berfungsi untuk menjaga keseimbangan tubuh dan mencegah dehidrasi. Jadi untuk mereka yang sukar minum air putih 2 liter sehari, zucchini juga boleh dijadikan alternatif kudapan sihat.

Menjaga kesihatan mata - Anda ada keluhan terhadap mata? Sudah tidak selesa jika menggunakan kaca mata terlalu lama? Cuba jadikan zucchini pilihan menu baru kerana sayur ini mengandung vitamin A yang berfungsi untuk menjaga kesihatan mata.

Mencegah sembelit Berdepan masalah sembelit menjadi tidak selesa jika kerap berlaku kerana akan mengganggu aktiviti yang dilakukan. Zucchini dapat memberi penyelesaian kerana serat yang terkandung dalam sayur ini menjadikannya sebagai salah satu alternatif pencegah sembelit.

Meningkatkan sistem imun - Mereka yang terbiasa hidup dalam kota besar dengan kesibukan tugas seharian pasti sering merasa cepat letih malah sistem imun juga menjadi berkurangan. Ini kerana, pencemaran yang banyak terjadi di bandar besar membuat tubuh mudah sakit. Cuba tambahkan zucchini dalam menu seharian kerana kandungan antioksidannya mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh.

Meningkatkan kesihatan lelaki - Penyelidikan terdahulu mengatakan sayur ini mampu mencegah risiko terjadinya Benign Prostatic Hyperthropy. Salah satu penyakit yang biasa disebut dengan BPH ini adalah gangguan seksual lelaki. Cuba makan zucchini secara teratur untuk menjaga kesihatan seksual.

Mencegah radangRadang yang berlaku pada tubuh lebih lagi dalam tempuh lama tentu membuatkan badan tidak selesa. Kandungan asid lemak omega-3 dalam sayur ini diketahui memiliki kemampuan dalam mencegah peradangan. Jadi, sangat dianjurkan untuk mengambil zucchini secara teratur.

Mencerdaskan otak Asid folat sudah diketahui mampu meningkatkan kemampuan otak. Oleh kerana saiz zucchini kecil, ia sesuai dimakan kanak-kanak sebagai alternatif kudapan sihat

Mencegah hipertensi Kandungan kalium dan magnesium telah ditemui dalam zucchini dan kedua-dua mineral ini berperanan dalam mengawal tekanan darah tubuh. Bagi mereka yang memiliki hipertensi, amat baik jika memakan sayuran ini.

Mencegah penuaan awalAntioksidan yang terkandung dalam sayur ini memiliki banyak manfaat. Salah satunya adalah mencegah radikal bebas dalam tubuh, bagi mereka yang bimbang dengan kondisi kulit, cuba memakannya secara teratur. Zucchini mampu mencegah penuaan awal.

Anti kanserKandungan glukosilonat dalam zucchini mampu menurunkan kesan daripada gejala kanser. Cuba konsumi zucchini secara teratur supaya jauh dari penyakit ini.

Mencegah diabetesZucchini mampu mengatasi diabetes jenis 2 jika diambil secara teratur. Kandungan vitamin B-kompleks dibantu dengan zink dan magnesium akan mengurangi kadar gula berlebihan dalam darah. Jadikan sayuran ini sebagai kudapan untuk kesihatan.

Mencegah osteoporosisSemakin bertambah umur, semakin berkurang pilihan menu makanan. Ini kerana keadaan organ yang mulai berkurang fungsinya, terutama tulang. Jika zucchini dikonsumi secara teratur, maka akan menurunkan kemungkinan terjadinya osteoporosis.

Menjaga kesihatan jantung -  Banyak vitamin yang terkandung dalam sayur ini menjadikannya makanan kaya khasiat. Kandungan vitamin K berperanan aktif dalam menjaga kesihatan jantung.

**** Penyelidikan terdahulu mengatakan bahawa sayur ini juga mampu menurunkan kolesterol.


Khasiat LEMON...
Apa pulak yang bagusnya dengan LEMON ni ya...
Jom kita selidik sikit...

Ia bertindak sebagai Agent detox..dimana lemon ni bersifat antiseptik dan mempunyai kesan pembersih yang bagus untuk hati, buah pinggang juga darah. Tahu tak hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis .Dimana bila dibersihkan , badan kita mula rasa bertenaga dan bersemangat je...Itu sebab lemon perah campur dengan air panas dan minum dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati..

Ia dapat juga membekalkan vitamin c secara semulajadi yang baik dan ia membantu didalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit birit..kalau nak tahi kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan.

** Dengan lemon juga .ia membantu niat seseorang nak kurus dengan sihat dan selamat..

Yang baik kita ikut...yang tak betol kita tinggalkan...
Untuk lebih sihat..jom kita amalkannya...


SAYA juga Pengedar Shaklee di kawasan- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan