15 November 2019

KENALI 10 JENIS BAHAN TERLARANG DALAM PRODUCT KECANTIKAN ( Pengedar Batu caves Selayang )

Kakina nak tanyer sikit kat kekawan semua...rasa2nya product kecantikan yang kekawan guna tu ada tak mengandungi bahan-bahan yang terlarang or bahan kimia...

Perasaan tak? atau kekawan lebih mementingkan keputusan juga hasilnya yang putih melepak..kesan lain tak peduli...

Rasa-rasanya...semenjak kebelakangan ni ramai yang merungut bila beli product kecantikan hasilnya mula oky after stop habis muka...ramai yang sanggup membeli sebab product viral product hangat....Tapi ingat ya kekawan semua kita jangan mudah terpengaruh




BAHAN TERLARANG,


Disini kakina list 10 bahan kimia yang banyak terdapat didalam product kecantikan...ni sebahagiannya ia..sebenarnya ada banyak lagi...

Kekawan boleh baca  yang kakina sertakan....dibawah ni ya...ni cuma sebahagian ya sebenarnya banyak bahan yang tak sepatutnya ada pada setiap product kecantikan....

Ni hanya untuk info bersama...jangan tersilap langkah ya kekawan semua...



Midazolidiny Urea Dan Diazolidinaly Urea

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas paraben. Bahan utamanya adalah formaldehid yang dikenali untuk mengawetkan mayat dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. 

Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.


Methly, proply, butly dan ethyl paraben

Digunakan sebagai Pengawet juga  melanjutkan had masa luput produk. .Paraben digunakan sebagai bahan pengawet untuk mengelakkan pembentukan kulat mikroorganisma

Walaupun diketahui beracun, kandungan ini masih banyak digunakan.
Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.
Paraben bukan agen semulajadi malah ia buatan manusia dan semestinya ia punyai kesan buruk pada kulit. 

Paraben juga menghasilkan estrogen yang tidak normal di mana merangsang kanser payudara. Estrogen merupakan hormon yg berperanan penting dalam menjaga kesihatan dalaman wanita. 

Mereka yang punyai kulit sensitif, penggunaan produk yang mengandungi paraben boleh mengakibatkan ruam dan alergi. 

Paraben yang sering dilabel pada produk kecantikan kulit ialah methylparaben & prophylparaben. Walau bagaimanapun, kesan hanya boleh dilihat selepas penggunaan pada jangka masa panjang. 


Petrolatum

Elakkan petrolatum atau wangian berbahan petrolatum kerana ini  daripada pengeluaran minyak bumi atau petrol. 

Memang tidak digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi pewarna tiruan kerana pewarna ini biasanya diperolehi daripada petroleum atau tar arang baru. 

Kulit mudah jadi radang atau iritasi. Jika sesuatu produk itu dilabel sebagai D&C (Drugs & Cosmetics) bermakna produk itu mengandungi pewarna tiruan. 


Proylene glycol

Ini adalah gliserin sayursayuran yang dicampur dengan alkohol dan diperbuat daripada gandum.

Propylene glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. 

Kajian terkini menunjukkan zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

Alkohol sering digunakan dalam produk kecantikan kulit untuk berikan kesan kering dan ia bertindak dengan pantas. Jenis-jenis alkohol seperti Alkohol SD, Alkohol Denatured & Alkohol Isoprophyl menjadi pilihan alkohol dalam produk kecantikan kulit. 

Alkohol bertindak baik pada kulit berminyak kerana ia mampu mengawal minyak dengan segera serta menjadikan kulit berasa ringan. Meskipun ia bertindak baik, tetapi kesan kering boleh menghakis permukaan kulit secara perlahan dan ia sangat bahaya kerana boleh menjadi halangan pada perubahan dan pembaharuan sel kulit. 

Penggunaan alkohol dalam jangka masa panjang boleh buatkan liang pori anda terbuka dan penampakan bintik seperti lebam jadi lebih ketara. 


PVP/VA Coloymer

Zat kimia yang menghasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk semburan rambut dan kosmetik lain. 

Dianggap boleh beracun kerana partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru-paru yang sensitif.

Bahan ini harus dielak kerana ia mengandungi karsinogen. Karsinogen ialah sejenis bahan yang mampu menyebabkan kanser pada tisu. Selain kanser, minyak mineral boleh menyebabkan masalah pertumbuhan jerawat, kulit kering, & penuaan. 

Mereka yang punyai kulit berminyak akan menghadapi risiko tertinggi dengan penggunaan bahan ini kerana minyak berlebihan membentuk lapisan pada permukaan kulit sehingga menutup pori-pori yang menjadi gangguan pada pengeluaran toksin dan menyebabkan masalah jerawat. 


Stearalkonium chloride

Ia dibangunkan oleh industri tekstil sebagai pelembut kain. Zat kimia ini juga terkandung dalam perapi dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.


Sodium lauryl sulfate (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah kegatalan pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.


Pewarna sintetik

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini dan jangan sekalikali menggunakannya.


Haruman sintetik

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Apabila anda menggunakan produk wangi, semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit.

Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan gatal kulit.


Triethanolamine

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan Ph dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.
Label kandungan tidak terperinci pada produk kecantikan juga semakin berleluasa di negara ini dan banyak produk kecantikan wajah dijual menawarkan pemutihan dalam tempoh singkat yang dijual di laman sosial.

Kebanyakannya tidak menyatakan kandungan pada label. Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat, jeragat dan krim malam turut dijual pada 'harga berpatutan dan ada yang terlalu murah'.

Namun, produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Produk biasanya yang dibekalkan dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Filipina itu digunakan secara berleluasa.

Ia boleh menghakis kulit dan sesetengahnya menggunakan lemak khinzir.



Bagaimana nak tengok untuk pastikan product kimia tu ber RACUN ke tidak?

Kekawan boleh tengok link yang kakina sertakan ...bagi mendapatkan kepastian bahan tu bahaya ke tidak...



BAHAN KIMIA DALAM PRODUCT KECANTIKAN



Kekawan boleh layar laman web yang kakina sertakan bagi kepastian betol ke product tu lebih terjamin dan selamat juga memudaratkan KULIT MUKA anda...Beringat jangan terlalu berpandukan Testimony yang ada ya...Berfikir lah dengan wajar...Pilihan adalah ditangan anda sendiri..sayang diri sayangi wajah anda..

Untuk dapatkan product yang terbaik..tak kira supplement atau skincare..
shaklee adalah pilihan tepat anda...nak tau lebih lanjut boleh terus wasap kakina ya...


Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang ,  Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan