Gastrik pula apa tu...kalau nak tahu kedua2nya adalah berlainan..nak tahu lebih lanjut kena baca sampai habis lah kalau gitu....jangan mara...ner...
Cara pemakanan dimana ...
- suka makan makanan yang pedas ..bukan pedas biasa2..
pedas yang melampau..tiap hari...
- Kerap biarkan perut kosong....iaitu makan tak tentu masa...
- suka minum minuman yang berasid atau makan makanan yang masam . bercuka..atau jeruk..
- Kerap makan makanan yang berlemak...
memang makanan begini sedap TETAPI ingat makanan begini lah peyumbang utama terjadinya GERD atau lebih dikenali denagan nama lain iaitu ESOFAGUS REFLUKS DISEASE
Jangan ingat ia sama...ya...cara rawatannya pon berlainan..mari kita kenali dahulu apa itu GERD dan GASTRIK...
GERD..
Ia lebih kepada radang dibahagian esophagus atau salur makan. Ia terjadi dibahagian
perut kita yang bersambung dengan salur makan terdapat satu injap yang
dipanggil Lower Esophagus Splichter (LES).
LES ini berfungsi menyekat
pengaliran semula asid perut ke salur makan semasa proses penghadaman. Asid
refluks terjadi apabila LES gagal berfungsi dan tidak tertutup yang
menyebabkan asid perut yang dirembeskan semasa penghadaman makanan tadi
berbalik ke dalam saluran esophagus atau salur makan atau kerongkong.
Apabila
asid ini berbalik ke saluran salur makan, struktur dinding esophagus tidak
mampu mengendalikan asid tersebut dan menyebabkan rasa terbakar yang dikenali
sebagai pedih ulu hati.
Bagaimana GERD boleh terjadi...Ia terjadi apabila asid refluks berlaku dengan kerap atau lebih 2 kali dalam
seminggu sehingga menyebabkan asid menghakis lapisan salur makan.
Kita kenali TANDA - TANDA GERD dahulu :
*Radang atau
pedih ulu hati
*Sakit dada
*Sukar menelan
*Batuk kronik
*Suara lebih
kasar
*Mual
*Muntah
*Pening
*Perut kembung
atau berangin
*Sesak nafas
terutama ketika berbaring
*Sendawa kuat
yang berlebihan
*Kerisauan yang
berlebihan (anxiety)
Ramai yang kata GERD berpunca dari keadaan tekanan yang ada pada customer...sebenarnya ia bukan...ia disebabkan cara pemakanan empunya itu sendiri..namun ia antara faktor yang boleh memburukkan lagi penyakit itu. Saintis mendapati pengeluaran asid perut amat sensitif terhadap keadaan emosi kita.
Selain tekanan, obesiti juga antara faktor pencetus GERD. Berat badan yang terkumpul pada bahagian perut akan menekan diafragma dan LES hingga menyebabkan otot LES menjadi longgar.
Tidak memeranjatkan jika diberitahu bilangan orang yang menderita GERD kian meningkat di negara ini memandangkan Malaysia tersenarai sebagai negara yang mempunyai paling ramai penduduk gemuk di Asia.
Merokok turut menjadi faktor risiko GERD kerana nikotin berpotensi mengendurkan otot LES, seterusnya menolak asid perut naik semula ke dalam esofagus
Cara Rawatan GRED adalah seperti
*Antacids: Ubat ini bersifat alkali dan berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Contoh ubat adalah Aluminium hydroxide dan magnesium trisilicate.
*H- receptor antagonist: Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan rembesan jus gastrik ke dalam perut. Seterusnya ia akan mengurangkan penghasilan asid dalam perut yang mungkin akan menyebabkan keradangan dibahagian esofagus berlaku. Contoh ubat adalah ranitidine dan cimetidine.
*Proton-pump inhibitor: Ubat ini pula berfungsi untuk menyekat penghasilan asid hidroklorik di dalam perut. Contoh ubat adalah omeprazol, esomeprazole dan pantoprazole.
Manakala GASTRIK pula ialah
Ia sebenarnya lebih berkaitan dengan perut. Di dalam perut kita terdapat satu lapisan mukosa
yang bertindak sebagai penghalang atau pelindung lapisan perut kita.
Apabila
kita makan, makanan tersebut akan melalui proses penghadaman. Ia berlaku
apabila Asid Hidrokloriktidak stabil semasa proses penghadaman makanan
tersebut.
Asid Hidroklorik merupakan antara asid yang kuat dan mampu menghakis
dan boleh mencederakan lapisan perut sekiranya terkena.
Sekiranya lapisan
mukosa tadi menipis ia boleh menyebabkan bengkak, atau dinding perut luka dan
menyebabkan berlakunya gastrik.
PENYEBAB BERLAKUNYA GASTRIK Seperti :-
*Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa
*Pengambilan makanan yang berlemak, pedas, berkafein, bergas secara tidak terkawa
*Waktu makan tidak teratur
*Perokok/perokok pasif
*Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
*Pengambilan alkohol
TANDA-TANDA Anda mengalami GASTRIK adalah...
*Pedih dalam
perut
*Cepat kenyang
walaupun hanya makan dengan sedikit
*Loya
*Kembung
*Hilang selera
makan
*Najis
hitam/berdarah (gastrik kronik)
*Muntah
(gastrik kronik)
*Sakit dada
*Sukar menelan
PUNCA-PUNCA GASTRIK DAN GRED adalah...
*Cara atau jadual pemakanan yang tak teratur
*Kerap makan makanan yang pedas melampau , minuman berkarbonat
*kerap beremosi mudah stress...
Untuk Rujukan:
- Katz PO. Medical therapy for gastroesophageal reflux disease in 2007. Rev Gastroenterol Disord. 2007 Fall. 7(4):193-203
- Gallup Organization. Heartburn Across America: A Gallup Organization National Survey. Princeton, NJ: Gallup Organization; 1988.
- Fass R, Sifrim D. Management of heartburn not responding to proton pump inhibitors. Gut. 2009 Feb. 58(2):295-309.
- Hampel H, Abraham NS, El-Serag HB. Meta-analysis: obesity and the risk for gastroesophageal reflux disease and its complications. Ann Intern Med. 2005 Aug 2. 143(3):199-211.
- DeVault KR, Castell DO. Updated guidelines for the diagnosis and treatment of gastroesophageal reflux disease. Am J Gastroenterol. 2005 Jan. 100(1):190-200.
- Sveen S. Symptom check: is it GERD?. J Contin Educ Nurs. 2009 Mar. 40(3):103-4.
Sebaiknya jaga lah kesihtan...jaga pemakanan juga gaya hidup ...
agar tidak mengalami masalah-masalah penyakit yang ada....
Kalau boleh memang tak nak sakit Tetapi cara dan gaya hidup kita sendiri kita tak jaga...
makan ikut hati...makan ikut rasa...supplement langsung tak nak makan...
suplement adalah makanan tambahan bukan nya ubat...
Pengedar- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , tAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan