Pahit nya si dia banyak khsiatnya tau...Ramai yang tidak ketahui itu lah yang sebaiknya diamalkan daripada makan sesuatu yang kita memang dah tahu kesannya yang memudaratkan seperti makan ayam lebih daging lebih jadi apa ?
1. Peria katak jenis yang kecil sedikit dan berwarna hijau tua...
2. Peria yang berwarna hijau yang mana ia bentuk lebih panjang warna pon hijau muda
Pokok peria sebenarnya hidup menjalar...dan berkait dengan pokok atau dahan atau apa saja untuk hidup...
Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita tau...Dimana setiap peria mengandungi 92.4 % lembab, karbohidrat sebanyak 4.2% , protein 1.6% , mineral 0.8% , fiber 0.8% dan lemak sebanyak 0.2%.
Peria atau nama lain adalah MOMORIDICA CHARATIA sejenis sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden . Pelbagai khsiat yang ada pada peria dimana ia mengandungi protein,lemak,mineral,serat,karbohidrat ,vitamin juga kalsium.
Dahulu-dahulukan peria ni lebih dikenali dengan nama KAMBAS ..mereka guna untuk rawat penyakit kencing manis ,darah tinggi dan buasir.
Kalau nak di ikutkan peria katak lebih pahit daripada peria yang warna hijau muda.Tapi pada kakina dua2 pon sama je...Yang penting kita tahu pelbagai kan resipi menjadi lebih sedap dimata sedap juga berselera untuk dimakan...
Sebenarnya Peria memang banyak khasiatnya tau....bak kata 1001 khasiat...
Ia sangat kaya dengan khasiat didalam sudut kesihatan badan kita...
Nak tahu tak?
Meh kakina kongsikan 12 kebaikkan PERIA yang munkin ramai tidak ketahui selama ini....
1. Dapat sejukkan suhu BADAN..
Kalau nak tahu hasil daripada air rebusan PERIA dapat menyejukkan bahagian dalaman tubuh kita...Ia juga boleh diambil ketika musim panas..
2. Baik untuk PESAKIT KENCING MANIS..
Jus buah peria sesuai sekali dijadikan satu hidangan sebagai menu harian pada pesakit diabetes. Sebenarnya buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula didalam darah..itu bestnya..
3. Atasi Masalah Pernafasan
Campurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat merawat penyakit lelah dan haid yang terlewat.
4. Menggalakkan Penghasilan Susu
Jika ingin banyakkan lagi penghasilan susu badan, anda hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.
5. Atasi Masalah Haid
Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.
6. Cantikkan kulit
Peria juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.
7. Tambah Tenaga Untuk Wanita Berpantang
Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Peria akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat.
8. Merawat Buasir
Daun peria cukup berkesan untuk merawat penyakit buasir. Caranya mudah, ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi. Manakala akarnya pula jika dihancurkan boleh digunakan untuk disapukan di tempat buasir.
9. Mengurangkan Masalah Mata
Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Di situlah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.
10.Neutralkan Darah
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah kulit. Amalkan mengambil segelas jus peria yang dicampurkan bersama dengan satu sudu kecil jus limau.
11. Baik Untuk Perut
Peria sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.
12. Bantu Turunkan Berat Badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Oleh itu turut berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan jika diamalkan.
Nah banyakkan....
Jangan pulak terkejut...ni lah kebenarannya ..
Selama ni kita tak tahu...sekarang dah tahu kan..Biasa asyik berkata ia pahit untuk dimakan...yang benarnya yang pahit tu plah palign bagus mengamalkannya keran biasa yang pahit tu lebih banyak khasiat....
***PERIA juga khsiatnya....
Pengedar :- Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera ,Taman BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan