30 Jun 2023

ZIKIR TENANGKAN HATI

Setiap manusia ada masalahnya sendiri .Bila masalah timbul pastinya kerisauan hati dan juga pemikiran akan berserabut..Yang kaya pon risau yang misin lagi lah risau bila ada masalah ..Tipu lah manusia boleh lari daripada masalah nya..



"ZIKIR -PENENANG HATI"

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah

Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah

Maka bagi meredakan masalah juga mentenangkan jiwa baik kita berzikir dengan tenang sambil mengingati allah yang agung allah yang Esa allah yang satu..

Zikir yang sangat digemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri kita iaitu Hasbi Rabbi..

Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..


Jika kita merindui akan seseorang, lafazkanlah dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik...

 

Seandainya dapat memahami setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah... Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita..

Jom amalkannya.Moga2 bermanafatnya juga memberikan ketenangan pada diri kita semua..berZIKIR lah sebanyak mana yang diinginkan lebih banyak lebih baik daripada kita berbuat sesuatu yang tak berfaedah

Renungan :
Mencintai Allah, bermakrifat kepadaNya, selalu berzikir kepadaNya, mencari ketenangan denganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, berharap dan tawakkal hanya kepadaNya, dengan keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, itu semua adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Dan itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan