Hai jumpa lagi kita dalam topik kulit berjerawat .Jerawat yang paling tak disukai oleh semua orang termasuk lah saya sendiri heeeee. Jangan kata lah ada orang yang suka kan jerawat ni sungguh pelik namanya.
Paling tidak pon bila jerawat timbul pastinya terkeluar kata "apasal lah ko timbui" nak aku picit ke,gerammm pulak tengok ko ni" tapi apa jadi sure jari tu terus memicit kan...udah terbantut lah cik jerawat tupaling tidak pon kutel or kobet tu perkara biasa kan boz saya sendiri berbuat begitu.Hasilnya muka jadi berbelang berparut..dah tu cari pulak merata ubat or skincare bagi hilangkan jerawat dan parut. Rasa2 dapat tak hasilnya.
Sedih murung bila tengok muka dah tak lawa parut sana sini dengan jerawat lagi yang timbui. Pening stress lagi lah menjadi cik jerawat tu.
Tapi kan apa sebab nya jerawat tu suka keluar?
Kalau nak tahu terdapatnya banyak kulit mati yang menyumbat pori-pori kelenjar pilosebasea. Produksi minyak jerawat (sebum) yang berlebihan. Pertumbuhan bakteri Propionibacterium acnes.
Penggunaan kosmetik yang tidak selalu dapat ditoleransi oleh kulit setiap orang.
Perubahan hormon, misalnya menjelang menstruasi, tiga bulan pertama masa kehamilan, atau akibat PCOS.
Stres memengaruhi gaya hidup seseorang, termasuk dalam pola makan yang dapat memicu jerawat.
Jerawat boleh tumbuh Jerawat juga boleh dicegah . Ada tips yang berguna sekali untuk yang inginkan bebas jerawat.
Membersihkan wajah sebelum tidur.
Mengelola stres dengan baik.
Menghindari penggunaan pakaian yang terlalu ketat.
Membersihkan peralatan kosmetik dengan menggunakan sabun dan air hangat secara rutin.
Memilih kosmetik non-comedogenic, yang sifatnya tidak menutup pori-pori di kulit.
Menggunakan pelembap non-comedogenic, yang tidak dapat menyebabkan jerawat dan sesuai dengan jenis kulit.
Menghindari memicit dan memegang jerawat, kerana ia akan menjadikan jerawat bertambah banyak.
Menghindari menggosok wajah dengan menggunakan kain atau sarung tangan dengan permukaan kasar.
Menjaga kebersihan wajah dengan membersihkan wajah dua kali dalam sehari, untuk mengangkat sel-sel kulit mati, minyak yang berlebihan, serta sisa kosmetik di permukaan kulit.
Bagaimana nak hilangkan jerawat cara tradisional or moden? ramai je yang menggunakan cara mudah yang ada disekeliling kita juga. kakina sendiri menggunakannya diantaranya adalah:
Air Basuhan Beras
Sediakan air basuhan beras ketika anda membasuh beras, masukkan air basuhan tersebut dalam bekas kosong. Kemudian basuh seluruh muka sehingga rata. Biarkan dalam setengah jam, selepas itu basuh muka anda dengan air bersih.
Bedak Sejuk dan Kulit Kayu Manis
Ambil 2-3 kulit kayu manis dan lebih kurang segenggam bedak sejuk. Kemudian tumbuk kulit kayu manis tadi sehingga menjadi serbuk halus, selepas itu campuk serbuk kayu manis. Tambah sedikit air suam dan sapu atau lumurkan campuran tadi pada parut di muka. Petua ini juga boleh hilangkan bintik-bintik hitam jeragat pada muka. Amalkan 2-3 kali seminggu.
Tomato
Ambil sebiji tomato yang dipotong kemudian lumur di muka yang berjerawat, ulang beberapa kali dalam seminggu.
Madu
Ambil sedikit madu lebah asli dalam sesudu dan sapu di bahagian muka yang berjerawat, selepas itu biar kering kemudian basuh dengan air bersih. Ulangkan amalan ini 2-3 kali seminggu. Insha Allah jerawat akan hilang.
Selain itu juga boleh amalkan dengan vitamin2 shaklee..boleh dimakan juga boleh buat masker tau..meh jom kita baca lagi penerangan vitamin2 untuk kulit muka. Kita kenali SET BASIC yang paling ramai wanita juga lelaki amalkannya
Vitamin C sebagai Perlindungan antioksida dengan vitamin C
Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk:
Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar
Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
Membantu dalam penyembuhan luka
Mempertahankan kulit daripada radikal bebas
ESP Dimana kulit sememangnya perlukan sumber protein untuk membina kulit yang sihat.
Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
Membekalkan asid amino yang penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum
Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari
Gla Complex pula adalah sebagai mengkekalkan kelembapan kulit dengan Gla
Kulit yang sihat bergantung kepada jumlah lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga
Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik
Mengekalkan kelembapan kulit
Melawan keradanga
Ada lagi vitamin untuk yang inginkan lebih glowing tau. ada Collagen powder , VIVIX , ResV juga B-complex dan Vitamin E.
Collagen bagi meningkatkan keanjalan dengan kolagen
Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur.
Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:
Kulit yang lebih anjal
Mengurangkan kedutan
Mengurangkan parut
BCOMPLEX penyebab jerawat adalah kurang B6. B-Complex lengkap dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. Ia juga bagus bagi penghidap jerawat kronik kerana B-Complex mampu mencegah stress.
Nah jangan tunggu lagi , cuba sebaiknya petua yang ada dan amalkan vitamin2 terutamanya vitamin C shaklee jimat tau. Jangan tersalah pilih product ya , buat pilihan terbaik kerana itu semua adalah pilihan anda juga.
Yang teringin nak perolehi atau nak mencuba nak dapatkan SUPPLEMENT SHAKLEE boleh hubungi saya KAKINA :
Buat pilihan yang tepat bersama SHAKLEE...satu-satunya supplement yang terbaik dan sudah ada dipasaran lebih daripada 100 tahun...
Pengedar- Rawang Perdana , Selayang, Batu caves , Gombak , Taman selayang , Pinggiran Batu caves , Taman seri Gombak , Greenwood,Hospital Selayang ,Kampung Nakhoda , Kampung Laksamana , Taman Koperasi Polis,Balai Polis Bukit Idaman, Taman Samudera , TAMAN BOLTON , Taman Jasa Utama , Bandar Baru Selayang...dan lain2 lagi . Penghantaran POS dimerata tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan