Hari ni masak apa menu ye rakan-rakan sekalian...
Tentu sedap kan juadah hidangan yang disediakan...pelbagai menu tentunya...
Hari ni kakina masak yang simple je..Almaklumlah kakina sebenarnya seorang ibu bekerja ..Rutin kakina macam biasa lah bangun seawal pagi dalam pukul 5.00pagi tu kalau tak buat hidangan breakfast yang berat seperti nasi lemak...kalau masak nasi lemak kena lah bangun awal lagi...
Normal pada kakina...sebab memang dari mula berkhawin lagi ..anak2 kecil masa tu...memang bangun seawal pagi menyediakan makanan untuk suami...dan anak-anak...Seronok rasanya..bila kita masak ada yang makan...Lagi-lagi sekarang anak-anak semua dah besar panjang , lagi seronok memasak...
Sekarang pon suami kakina bawak bekal ke kerja...sebab suami kata senang sikit dan jimat...Makan kat kedai makanan tak sedap..mahal..."pandai tak suamiku"...Bijak bijak
Oklah tk moh bebel panjang kang melalut pulak...Hari ni kakina nak share
"RESEPI ASSAM PEDAS IKAN PARI" yang munkin ramai dah tau...Tetapi kakina nak share gak mana tau ada yang sudi ...Jom tengok ...yurk...
MY RESEPI :
"ASSAM PEDAS IKAN PARI DARI DAPUR KECIL KAKINA"
Bahan-bahannya :-
Ikan Pari / Kembung ( ikan apa je ikut suka,jangan yang kecik sudah ler)
Daun Kesum ( 50 cents )
Bunga Kantan ( 2/3 kuntum )
Assam Jawa
Garam
Gula
Lada Hitam ( 1/2 sudu Teh )
Sayur seperti Terung Bulat,Bendeh (ikut kesukaaan masing@)
Bahan-bahan kisar
* Cili kering ( dalam 10-15 batang direbus buang biji )
* Bawang Merah Besar ( 2 Biji )
* Bawang Merah Kecil ( 4 biji )
* Halia ( 2 inci )
* Kunyit Hidup ( 1 inci )
* Bawang Putih ( 4 biji )
* Belacan ( 1 inci )
- Masukkan minyak, tumis semua bahan kisar..masak hingga pecah minyak dan naik bau..
- Masukan lada hitam dalam 1/2 suduteh
- Masukkan air (agak2) ya ..bagi didih dulu pastu masukkan ikan ..bunga kantan..sayur yang anda suka...bagi betol2 masak..baru masuk kan daun kesum...
- Bila dah masak curah air assam jawa dan garam..gula sikit ,rasa lah ya...jangan kang masam sangat...
- Masak lebih kurang 15-20 minit dah ok untuk dihidangkan
Dah pon siap kan...mudah je kan...
Sebenarnya menu ni memang kegemaran anak-anak kakina...
Kakina pon suka gak...boz..memang dulu-dulu arwah abah kakina suka makan assam pedas...Tetapi tak lah semua bahan kisar tu dikisar...Arwah abah akan suruh mak tumbuk semua tau...Kalau kakina yang masak memang kisar je..tak larat nak tumbuk...Arwah abah akan tahu dan rasa..siapa masak...mak or kakina...heee pandai tak..bijak tak..
( itulah sedikit kisah tentang arwah bapa kakina yang telah meninggalkan kami seklurga buat selamanya -rindu padanya tetap terasa..apa2 pon alfatihah untuk arwah abah..moga rohnya tenang disana)
Ada yang berminat nak cuba , sila kan...mencuba...
Selamat mencuba ya kekwan-kawan...
Nak ordr supplement shaklee boleh je, mai wssp kakina 017 2785151
sedap tu asam pedas..pembuka selera satu keluarga.
BalasPadamSedapnyaaaa. Macam best je resepi ni. Asy tak pernah lagi masak buh black pepper.
BalasPadamMesti lagi mengancam!
Sedapnya. Orang muar memang terer masak asam pedas. Nyum nyum.
BalasPadam