11 Julai 2017

RESIPI RENDANG AYAM SEDAP dari DAPUR KECIL KAKINA

Hai...salam sayang buat semua...
Sebut pasal Rendang ni kan...boleh terliur air liur kan...kalau boleh nak je makan hari2...
Rendang biasa kita dengar dimakan time hari raya je kan...Betol TAK?..Sebenarnya sekarang tak kira bila-bila boleh makan..Nak makan boleh je masak..kan..



Biasanya Rendang ni adalah ayam, daging..kerang...kan...Sebab itu paling disukai ramai....Kakina pon suka rendang daging..dimakan pulak dengan ketupat nasi atau ketupat pulut ( ketupat daun palas ) juga lemang...Adoi .sedapnya...

Sekarang ni dibulan syawal ...banyak open house menyediakan hidangan tu...Kalau payah sangat beli je lemang yang ada di jual ditepi-tepi jalan.....mereka ada menyediakan rendang sekali...

Ok lah kat sini kakina nak share #Resipi Rendang Ayam...
Pada yang belum reti buat tu...nak cuba silakan...In sha allah pasti anda berpuashati...Yang penting mencuba.....


RESIPI RENDANG AYAM dari DAPUR KAKINA

Bahan-bahannya :
Seekor - AYAM  potong 20 ketul ( if nak kecik lagi pon boleh )
2 ringgit - Santan kelapa
1 Ketol - Gula Melaka (racik halus ler..bagi cepat sikit larut nanti)
1 peket - Kerisik 
5 helai - Daun Kunyit (potong halus)
8 helai - Daun Limau purut (potong halus)
sedikit garam , gula pasir...
2 keping - Assam Keping
3 sudubesar - Serbuk Kari Daging (BABBAS)
Sedikit minyak untuk menumis...(sory ya kakina memang guna minyak)


Bahan-bahan Kisar.. 
*3 biji - Bawang Merah ( Besar ) 
*6 biji - Bawang Merah ( kecil )
*5 biji  - Bawang Putih
*7 batang - Serai
*6  biji - Cili Kering / 5 biji - cili padi (pada yg suka pedas)
*1 biji - Buah keras
*2 inci - Lengkuas
*2 inci - Halia



Cara-caranya seperti berikut :-
#Masukkan minyak...tunggu panas
#Bila dah panas , masukkan bahan kisar tadi...dan serbuk kari daging...tumis hingga betol2 kering baru masukkan ayam yang sudah dipotong
#Dah digaul rata masukkan air sikit..agak2 lah ya...juga assam keping..garam..gula serta gula melaka yang dah diracik tadi
#Dan masukkan santan sekali...biar betol2 masak...
#Bila dah nampak sikit kering air nya...masukkan kerisik kedalam serta gaul ...tunggu sampai pekat..
#Last sekali masukkan daun kunyit..daun limau purut..dan gaul rata...
#tadaaa dah siap boleh makan




Dah siap kan...mudah je kan...
Pada yang teringin membuat silakan..

#rendangayampilihanku
#sedaptaurugitakcuba
#stargazerblog

3 ulasan:

  1. sedapnya rendang..lagi-lagi kalau dapat makan dengan lemang..kenyang. Tak payah cari nasi dah.

    BalasPadam
  2. sedap rendang, paling suka makan bila raya. Kalau tak beraya, bila teringin memang masak. Cuma kita tak suka letak daun limau purut. hehe.

    BalasPadam
  3. Lahhhhh macam senang je. Asy tak oernah try masak sendiri rendang sebab takut complicated nak masaknya.

    BalasPadam